Thursday, October 18, 2012

444 ~ Kerana mimpi....




 2 malam lepas akak bermimpi dijamu dengan Kari Dhal dan dimakan dengan roti canai... Teringat2 sehingga bangun paginya. 

Melalui laman Fb akak bertanya dengan kenkawan bagaimana caranya nak masak Kari Dhal yang sedap kerana sebagaimana kenkawan sedia maklum... akak ni kan Minang... Minang hanya pandai masak Lomak cili api dan berkahwin dengan orang Melaka yang hanya makan Masak Asam.... Hahahahahaha... Mencarilah kesana dan kemari resepi masak Kari Dhal Tulang Lembu.

Akhirnya untuk berbuka petang ini akak telah berjaya memasak Kari Dhal Tulang...
ALHAMDULILLAH.. semuanya memuji sedapppp...

(nampak meriah betul daun karinya, bibik tanam dan daun kari tu subur sangat... dia teruja ambil banyak2 kerana katanya kita bukan selalu masak kari... Daun kunyit pun meriah di tanam oleh bibik...)





Di makan dengan Roti Paratha segera...
( Bibik masak agak mentah... selepas berbuka akak masak semula menggunakan minyak sapi...
Wow!!! memang terangkat.....)




ALHAMDULILLAH...

16 comments:

  1. Salam Rahmah,

    Wah tahniah sbb berjaya masak dhal sedappp..hik3x

    Akak suka kuah dhal pekat kalau makan dengan roti canai atau capati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak nani...
      ALHAMDULILLAH..
      tanya dengan kawan dia bagi resepi yg sedap pulak... ALHAMDULILLAH. suka sangat dah pandai masak...

      Delete
  2. As salam


    gulai dhal ni kalau letak paru lembu lagi best ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussallam...
      paru tu buat rendang, masak asam pun sedap..

      Delete
  3. sedapnya! kalau i jiran, i mintak sikit, lauknya dan daun2nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. madora...
      Tentunya boleh saja..
      bukan setakat daun, anak pokok pun akak boleh berikan...

      Delete
  4. sedappp...boleh lah kongsi resipi ni.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak.
    Hujan2 ni bila tengok kari dhall, alahai.......syahdu rasanya....jangan dok tunjuk selalu kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle...
      Aha..
      Uncle org yg tepat akak nak tanya resepi Kari Dhal... Pure Penang.... :)

      Delete
  6. Sedapnya kari dhal cicah roti canai....terliur sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. norzie..
      kari dhal mmg kena dengan roti canai sejak dari akak kecik2 dulu memang itu sahaja cicahnya... Sekarang ni dah ada sambal dan kari...

      Delete
  7. bahaya kalau malam ni saya mimpi pizza kak. hancho diet herbalife saya kang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...
      kadang2 mimpi ni jangan ikutkan sangat....(siapalah yg bercakap tu???)

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata