Thursday, October 18, 2012

443 ~ Bersemangat...





Sejak beberapa bulan kebelakangan ini selera makan akak memang sangat-sangat meningkat... Makan apa pun selalunya sedap sahaja. Dry weight yang asalnya 63kg telah meningkat tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan seluar dan baju sudah ketat-ketat... Hahahahaha petanda yang tak boleh nak dinafikan bila seluar dah tak boleh nak kancing dan baju tidak boleh nak di butang atau di zip...

Tiapkali datang dialysis berat meningkat mendadak. Sehingga pernah 70kg. Menakutkan..OK...

Sedikit demi sedikit akak cuba kurangkan dengan menarik air tiapkali dialysis dalam jumlah yang banyak. Lantaran itu setiapkali selesai dialysis akak menjadi penat, pening dan tidak selesa. Tapi hanya itu sahaja cara untuk menjaga BP agar tidak mencanak naik.

Sekarang akak dah berazam.. Azam dengan sesungguh azam. Setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad akak Harus Puasa... Wajib apabila setiap Khamis, Sabtu atau Ahad. 4 hari Harus.... 2 hari Wajib....

Akak kena tanamkan dalam minda bahawa... semua makanan yang sedap2 dah akak rasa... cukup2lah... tak perlu lagi nak membahayakan nyawa dan jantung dengan makan-makan-makan-makan-makan sahaja. Balik semalam dapat 65.7kg. Harap2nya tidak meningkat sehingga 70kg lagi.

Dengan berpuasa, akak boleh kawal pengambilan air. Jika tak puasa.. kekuatan nak melawan nafsu daripada minum berlebihan lebih dari had yang dibenarkan iaitu 500ml adalah sangat tipis. Dengan mudah sahaja akak dapat menghabiskan limit (500ml) minum pada waktu tengahari. Dari tengahari nak menyampaikan ke malam????? Panjang lagi tu... memang akan terbabas minum dekat 1-1.5liter air.... itu yang buat berat bertambah-tambah.

Kena kuat...
kena tabah...
kena tanamkan azam nak kurangkan air....

PUASA adalah sebaik-baik penyelesaian.

sayang..
terima kaseh menemankan saya bersahur dan berpuasa...
LUEM

9 comments:

  1. Memang perkara2 cam ni perlu semangat dan azam yg kuat. Sokongan moral dari org tersayang juga membantu! Akak boleh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan...
      betul.. sokongan memang perlu...
      Insya'ALLAH... dan ALHAMDULILLAH menyokong sama...

      Delete
  2. u can do it! ramai yang sayang dan sokong!

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan akak ....akak pasti boleh.
    Semoga sihat dan ceria selalu

    chik Att

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. CA..
      terima kaseh..
      amat menghargainya...
      :-)

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata