Tuesday, October 09, 2012

435 ~ Hahahaha... boleh hdup????








Nampakkan dahan Rosselle nak keluarkan bunga?

Citernya di 'flash' back 2 bulan lepas...

Akak kan suka makan curry puff. Dalam seminggu mesti sekali atau dua kali atau tiga kali.. akak mesti pergi beli curry puff. Jika u all dah lupa... Curry Puff ni di jual di halaman rumah seseorang... Dan tuan punya kiosk Curry Puff ni ada menanam pokok Rosselle.

Ada sekali tu Rosselle tersebut berbunga lebat.  Tah  dimana mulanya perbualan... tiba-tiba akak lihat Qeeb berdiri di tepi pokok Rosselle yang berbunga dan memetik sekuntum. Dalam hati nak jer tegor... "Oiittt, pokok orang lah...."

Bila Qeeb masuk dalam kereta,.. ( Ni kes ibu Qeeb jenis tunggu dalam kereta, bagi duit kat Qeeb dan Qeeb yang kena keluar beli... HEh HEh HEh...) Akak pun tanyalah apasal pergi cabut bunga Roselle orang?

" Orang tu bagi... dia tanya nak tanam Rosselle tak?  Lepas tu dia suruh petik sendiri... "

" Laaa..... apasal amik satu jer????" Getus ibu Qeeb...

" Malu lah... "

Rosselle terus diletakkan di Glove compartment.

Lebih kurang seminggu... buka Glove Compartment.. nampak biji2 keluar dari pecahan bunga Rosselle yang dah kering. Pesan kat Qeeb, bagi kat bibik suruh tanam...

Sebulan kemudian, Qeeb menjerit dekat pohon Mata Kucing...

" Ibu.... Rosselle dah berbunga!!!"...

Hah... Hah.. Hah... Siapa menyangka..

Akak pun mengusik bibik..

" Bibik ni minta dari jiran sebelah kotnya... dia terus tanam pokok jiran sebelah  bagi.."
( Kebetulan akak perasan jiran sebelah pun punya Rosselle yang berbunga lebat... )

Jawapan bibik :

" Apoooo????? Saya semaikan biji pokok yang Qeeb bagi tu... saya tanamlah...."


Ada dua pohon Rosselle yang bibik tanamkan di pasu Mata Kucing. Ini kes rumah dah kena tiles.. tanam pokok dalam pasu jer....

Bibik ni.. jika setakat bibik benih macam tu pun dia boleh tanamm dan hidup... memang salute kat dia..

10 comments:

  1. Agaknya bibik tu tangan sejuk. kan orng kata tanam apa pun idup.
    Saya dulu tak tau apa pun Roselle, tp sejak sorang kawan blogger bawak Jus Roselle ni, saya rasa sgt sedap. Saya pun rajin beli Jus Roselle kat pasaraya bancuh kat rumah. Nak tanam, tangan saya panas kot. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. azie...
      akak samalah dengan azie.. tangan panas..
      beli pokok mangga dan mata kucing yg berbuah, bawak balik.. terus gugur buah2 tu... sampai sekarang tak berbuah2... :(

      Delete
  2. Akak
    Sah bibik you tu ada bau2 bacang dgn incredible hulk.. green fingers gitu, heheh..

    Pokok roselle dah berbungakah? so I quote Hadis pernah menyebut lebih kurang bunyinya begini:
    Jika rumah tu ada buah2an... panggil sekelian jiran2mu... ekekekekke" ... Sukerrrr :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehheheehe...
      oh kekander...
      adinder sedang print kad jemputan ni menjemput sekelian jiran datang menikmati buah mangga dan buah roselle....

      Delete
  3. tangan sejuk tu~bukan semua orang ada tangan kebun~he~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bujal...
      yup bujal..
      bukan semua orang jugak punya 2 anak perempuan comel-comel.. :)

      Delete
  4. Tapi pokok roselle memang senang hidup. Cuma kalau dalam pasu bila besar sebab boleh lebih tinggi dari kita senang nak tumbang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie...
      jika begitu... benih roselle yang ini akan saya tanamkan di tanah...

      Delete
  5. bunga dia cantik. sebelum petik buat makan atau buat jus atau buat kek, amik gambo dulu....hihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      Orait...
      Tentu osome...
      sebab pokok sendiri kan???

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata