Pengumuman.
Gamat telah meninggalkan kami pada waktu maghrib 23hb October 2012. Selesai
menyusu petang tadi dia terus tertidur dan terus tidak bangun-bangun. Perbincangan dengan SIL yang seorang doktor haiwan mungkin Gamat menghidap penyakit yang tidak diketahui puncanya. Maka sebab itu ibunya tidak memperdulikannya.
Hari ini Rabu balik dari dialysis, PPK Balan bertanyakan apakah yang akak makan baru-baru ini. Puas mengingatkan. Rasanya tidaklah ada yang berlemak-lemak sangat. Akhirnya baru teringat malam isnin baru ni, akak telah makan Capati dan Keema kambing. Rupanya Keema kambing tersebut telah menjadi lemak tepu dalam darah kemudian apabila dicuci dengan mesin dialysis, lemak tepu itu tersangkut pada dialyser.
Inilah rupanya lemak yang terkandung dalam dialyser akak hari ini. Mujur darah tak tersumbat. Jika tidak memang kena berhenti dialysis.
(Nampak yang kuning/putih tu? itulah lemak...)
Berusaha PPK Balan menunjukkan yang mana satu sewaktu akak nak mengambil gambar...
Menurut kata PPK Balan, jika makan kari yang menggunakan minyak sapi.. juga boleh menjadikan dialyser tersumbat dengan lemak begitu.
( Terpikir juga bagi yang makan lemak2 daging... begitulah lemak yang tersangkut di salur darah kejantung.)
Menakutkan...kan?.....
Kari Dhal Tulang yang akak masak baru ini menggunakan minyak sapi..
Tumpang sedih pemergian Gamat.
ReplyDeleteOhhh minyak tepu tu boleh stuck mesin dialisis ya. Ohhh bahaya kan?
azie...
Deletemakanan yg berlemak kita makan akan jadi minyak tepu dalam darah... makanya ianya akan menyumbatkan dialyser... memang bahaya...
satu lagi darah beku akan terjadi maka akan merosakkan salur darah pesakit...
Salam Rahmah,
ReplyDeleteCepat betul lemak2 tuh meresap dalam darah..Huishhh takut bila rahmah tunjuk gambar2 tu..
Akak memang jarang sekali makan daging berlemak.
salam kak nani...
Deletesaya pun terkejut...
malam isnin makan, hari rabu terus sumbat macam tu.... mujur sumbat di dialyser.. sumbat disalur darah.. lagi bahaya...
Salam ..
ReplyDeletelaling arwah mak i dulu..kalau dia makan buah durian banyak..mesin dialysis tak bergerak...u pun kena ingat juga durian tu pun jgn makan banyak..bahaya...jaga kesihatan u..yer..
Waalaikummussalam laling...
DeleteSelamat hari raya aidil adha laling...
i pernah dengar, pesakit makan durian, esoknya sesak nafas...
memang i pun tak berapa suka makan durian. Mujur..
ALAMAK!!! *______*
ReplyDeleteAi..
Deleteyes darling Ai...
banyak yg kena pantang sebenarnya....
i yang tak jaga gamat macam qeeb yang baru je mengenali gamat di sini dah rasa sedih.
ReplyDeletemacam gitu rupanya lemak tepu dalam darah tapi kambing dan minyak sapi sedap. nak kena tahan diri dari makan walau sedap.
madora...
Deleteakak pun terasa baru nak seronok lihat badan gamat dah berisi... dah terkedek2 kejar akak nak susu...
Akak pun baru lihat lemak yg melekat di dialyser... menakutkan kan?
Salam kak,saya follow blog akak,baru sedar,kita pon dialisis kat hospital yg sama...hahaha..akak shift 1,3,5 ye?
ReplyDeletesalam arissa..
Deleteyes akak shift 1,3,5
U?