Sunday, October 21, 2012

445 ~ Surat Perjanjian ke Legoland...




Kebelakangan ini Aisyah selalu meminta abahnya membawanya ke Legoland. Memandangkan cuti sekolah hampir tidak berapa lama lagi, abahnya sering menangguhkan permintaannya. Antara alasan yang diberikan ialah peperiksaan akhir tahun belum diketahui keputusannya. Jika sekiranya Aisyah berjaya mendapat semua A, baharulah kami akan membawanya ke Legoland. 

Aisyah tidak pernah dapat menerima penangguhan ataupun kata tidak jika ada sesesuatu permintaannya ditolak. Dia tetap akan berusaha sehinggalah dia berjaya mendapat apa yg dihajatinya... (Adakah kerana Aisyah berzodiak Ketam?... Harap kekanda Som dapat memberikan jawapan.)

Antara usaha Aisyah memujuk abahnya ialah Aisyah akan menulis surat kepada cikgunya meminta dipercepatkan keputusan periksa akhir tahunnya. Setelah alasan itupun tidak berjaya ( kami bgtau mungkin cikgunya lansung tak akan melayan suratnya..) dia telah menulis surat perjanjian untuk ke Legoland. 

Jom kita curi2 baca surat perjanjian Aisyah :-




Isi kandungan surat perjanjian ke Legoland daripada Aisyah Sakinah kepada abahnya...

Hey Abah are you sure we are going Legoland or not? him i see you want or not we can have some a lot of fun. Yeah Yeah.. 
Oh i also forgot if we go to the legoland we also can have some lego toys. This is a last one okey
I mean this is a last toys okay?
Good now this something sign your name okay?
Good now lets start the fun okey? Good.
( komen ibu Aisyah.. bahasa memang tunggang langgang... tapi Aisyah tetap memberi janji...)



Sign your name Abdul Kahar 
( komen ibu Aisyah... siap minta abahnya sign perjanjian ni...)





Ini adalah satu cara Aisyah nak memujuk abahnya membawanya ke Legoland...
Jika ada entry akak ke Legoland sewaktu musim cuti sekolah ini, bermakna perjanjian ni telah pun dimeterai...

10 comments:

  1. Akak,
    Bijak sungguh aisyah. Saya dulu macam tu la kak kalu nak ke sesuatu tempat. Cumanya tidak sampai membuat perjanjian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. juju...
      akak pun macam aisyah nak sesuatu minta sampai dapat... tak guna surat perjanjian... guna merengek jer...

      Delete
  2. Cerdik sungguh budak ketam ni kak..clever girl, Aisyah! ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai...
      budak ketam yang suka makan ketam juga ni...

      Delete
  3. Akak
    Ketam tua (adoi!) yg sorang lagi tu tidaklah seassertive dan sebijak Aisyah. Kalau tak, takkanlah dia kaki merajuk sebab dia tak tau other avenue untuk merealisasikan kehendaknya.

    Bila dah tua, bakat memujuknya terserlah sikit supaya keputusannya 50-50 namun bila tak dapat even 10%, dia terus panjat pokok derian tak turun berhari2, ngeheheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekander...
      terlanjor kekander di atas pokok deriyan tu... turunkanlah sebiji dua buat adinda ya?

      Delete
  4. bijak! kuat kesungguhan. budak sini pun asyik mengajak. katanya kawan kat sekolah semua/banyak yang dah pergi. maknya tak percaya lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. madora...
      kiranya u lagi dekat jika nak kesana ..kan?

      Delete
  5. Replies
    1. gB..
      maybe sebab banyak kakak2.. itu yg panjang sikit akalnya...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata