Sunday, October 28, 2012

450 ~ Raya Haji Tahun Ini....



Raya Aidil Adha Tahun ini jatuh pada hari jumaat. Akak tidak menumpang dialysis di Hospital Melaka sebaliknya dialysis di opis sendiri... Meriah dengan 'sedara mara' kita sendiri....

Lihat 'mak sedara' Puan Loo yang berbaju kurung.... sweet kan. Pagi2 dia dah ucapkan selamat hari raya ..
'Kakak sedara' lagi sorang yang berbaju merah tu seperti biasa belikan paper.... 




Selesai dialysis kami balik ke Pernu, Melaka. Esoknya ada majlis Qurban untuk keluarga kami.

Hari sabtu... acara melapah daging melibatkan saudara mara sahaja.
( Kebanyakan kenalan yang dijemput mempunyai agenda mereka sendiri... Mujur ramai sedara mara.. taklah rasa sangat..)

Pak Long dan anak sedara Pak Long yang sangat rajin....
Umar walaupun baru tingkatan satu, amat rajin membantu..




Acara memasak di ketuai oleh Kak Noi.. sepupu kami yang memang pakar masak...




Kedua Biras, Adik ipar dan sepupu turut membantu.



Selain dari Daging Masak Asam.. hati juga digoreng sebagai lauk tambahan.
Gulai Nangka masak lemak dan ikan masin turut dimasak bersama...




Kemana saja Umar sangat rajin membantu.
Memang bertuahnya kedua ibu dan bapa Umar.



Anak sedara yang turut sama membantu.



Selesai melapah dan memotong... acara makan beramai-ramai pula...
memang berselera bila makan begini...
Alhamdulillah..











Balik ke Bangi pagi ini kelihatan jalan agak sesak.
Kami ambil keputusan keluar ke tol Seremban/Port Dickson dan masuk ke bandar Seremban untuk ambil Highway Lekas.




Banyak lega walaupun jalan dari Tol Seremban nak kesini agak mengelirukan...





Ada pula kereta yang dipandu laju dan terbalik di Highway Lekas.
( Maybe pemandunya seronok lihatkan highway ni lengang dan selesa dipandu...)



Alhamdulillah... dah ada jalan alternatif begini memudahkan perjalanan...
Syukur Alhamdulillah... selamat tiba rumah....

8 comments:

  1. Seronoknya berkenduri beramai-ramai di kampung. Gotong royong tu yang seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie...
      mulanya memang rasa malas jer nak balik...
      tapi kemeriahan bertemu sanak saudara... masak ramai2 dalam suasana keluarga.. memang best....

      Delete
  2. best nya beraya...lagi best bila beraya dgn orang2 yang kita syangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu..
      betul cikgu...
      kebetulan saya dengan saudaramara suami memang rapat berbanding keluarga kandung sendiri... memang seronok....

      Delete
  3. best berkeluarga besar, ada kampung untuk berkumpul. meriah, mengeratkan hubungan bersaudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      Alhamdulillah..
      suasana kampong memang meriah...
      memang kena pertahankan dan kekalkan untuk anak cucu akan datang....

      Delete
  4. Saya juga masih dapat meraikan perayaan dgn berkumpul bersama sanak saudara...memang seronok1

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata