Sewaktu kami dijemput oleh Aunty Aini kerumahnya Sabtu lalu... akak sempatlah merakam pokok2 yang terdapat dikawasan rumahnya... Aunty Aini seorang yang 'green hand'... tangan sejuk.... cucuk..tanam terus jadi... maka rumah beliau dah macam taman...
Pokok Bunga Bakawali ni ada kenangan manis buat akak. Arwah mak akak ada menanam dua pokok Bakawali. Seingat akaklah, ia berbunga pada tengahmalam. Bunganya kembang hanya sekali seumur hidup pokok. Akak masih ingat lagi bila-bila pokok bunga ini berbunga, Arwah Mak akak mengejutkan akak.. pimpin akak yang separuh mengantuk melihat bunga ini berkembang. Kata mak bunga ini berkembang sekali sahaja... tak pernah dia tak mengejutkan akak bilamana bunga ini berkambang.. Manisnya kenangan waktu itu.. Memang cantik dan harum.
Ini pula adalah pokok Markisa. Akak kenal pokok markisa kerana pernah melihat sebelum ini. Buahnya masam-masam manis...
Menurut kata Aunty Aini... yang ini adalah pokok Oregano...
Hidup subur di laman beliau... Gemuk-gemuk... sempat pulak dipetikkan pucuknya untuk di cucuk tanam di rumah. Harapnya hiduplah dengan subur.. sebab akak ni memang terkenal dengan 'Hot Hand'...
Yang ini kelakar sikit..
Dalam gelap Aunty Aini bagitau ada tanam Rosemary..
tak nampaklah dalam pasu tu ada dua pokok..
akak petik daun cili dan bau...
siap bagi kenkawan bau lagi...
semuanya diam jer... setuju...
bila ambil gambar baru nampak dalam pasu ada dua tumbuhan...
padanlah tak berbau...
Mujur bukan daun sekentut....
Yang ini katanya Kemboja Thai...
Kemboja putih biasa kita lihat..
Masih lagi pokok Markisa....
Hidup subur..
Yang ini namanya Anak dara malam..
memang wangi...
tanam di tanah jer...
Satu lagi versi Bunga Kebangsaan kita...
jenis kerinting...
cantikkan...
cantik! tangan i pun panas, sama seperti hati i.
ReplyDeletebest rumah banyak tumbuhan, bunga dan hijauan, redup je.
paling best kenangan manis dengan ibu.
madora
madora...
Deletehati panas dengan tangan panas rupanya sama ler... cepat panas hati, tgn tak boleh menanam pokok... kot2lah...
air markisa bes kan kak!!
ReplyDeleteDOc..
Deletejika u jadi ke Makassar... jangan lupa beli Jus Markissa.. even kat hotel... welcoming drink pun depa hidang jus markisa....
takper...dalam hati ada taman maaaa...
ReplyDeletesayang awak....
Delete