Pagi Sabtu 13hb Oktober...
Sewaktu keluar dari rumah jam 900pagi, langit dah nampak gelap. Tanda-tanda hari akan hujan... Akak teruskan perjalanan untuk bertemu dengan kenkawan di R&R Seremban. Perjalanan keluar menuju R&R Seremban disertai dengan hujan pagi yang sangat lebat.
Selepas bertemu dengan teman.. kami teruskan perjalanan ke Port Dickson. Terdapat kemalangan yang menyebabkan kesesakan di KM264.5 dan perjalanan agak terganggu sedikit.
Tiba di tol Senawang/Port Dickson jalan sudah mulai selesa dan lancar.
Sementara menantikan 2 orang lagi teman kami, kami membuka bekalan makanan sarapan pagi kami di tepi pantai batu 4, Port Dickson. Kami membawa makanan seorang sedikit dan mula mengisi perut yang dah berbunyi.
Nasi Lemak terbaek dari sahabat kami Puan Salmi Manja.
Nasi Lemak kukus... Akak mengadap sampai 2 bungkus...
Menanti waktu check-in sempatlah kami berposing di ruang lobby Lexis Hotel.
Kami menempah 3 bilik dan setiap 4 orang menginap di sebuah bilik.
Suasana yang sangat nyaman dengan tiupan angin laut setelah pagi tadi kehujanan.
Hari Ahad sebelum pulang, kami berkumpul makan tengahari di Pantai Telok Kemang.
Gerai makanan yang kami singgah ini lauknya memang sedap-sedap bagai lauk yang kita masak di rumah.
Pssttt: Malam tadi ada sessi
Kecohnya dengan gelagat geng kami. Jadi kenangan sepanjang hayat.
Gambar tambahan khas buat Cikgu Hani:-
Sempat posing lagi...
tunggu orang check out pukul 100pm, barulah kami dapat masuk bilik...
Naik buggy ke bilik penginapan..
Yang ini yg tak boleh lupa...
kenkawan yang sporting habis... mengantuk tapi tetaplah ikut kami ke sessi Karaoke... lepas tu kena dera jalan tepi pantai... kikikikiki...
( Luv u alls...)
Lauk ni memang Da best...
Macam makcik kesayangan kita masak jika kita sesekali balik kampong - peribahasa baharu.
Percutian kami ini akan diulangi lagi dalam masa terdekat. Insya'ALLAH.
berendam ramai-ramai dalam swimming pool tak!!?
ReplyDelete:)
doc..
Deletekami mandi yang patutnya pun tak sempat sebab leka bercerita... dan kami tidak ambil bilik yg ada pool. Satu sebab tak minat nak berpolkadot bikini... kedua sebab kami lebih suka santai2 borak2... banyak yg nak catchup..
best nya....some more photos please...
ReplyDeleteCikgu...
Deletebanyak lagi gambar tapi semuanya sedang tidak bertudung...
selesanya duduk2 lepak baring2, sambil berbual2...30tahun punya citer...
Akak
ReplyDeleteSengaja pilih Lexis hotel sbb tak nak tunjuk bakat kuak lentang, kuak kupu2 kan? :-)
.cs..
Kak som...
Deletememang tiada yang berniat nak kuak lentang segala....
kami sessi beramas meswa...
tolong jauhkan saya dari nasik lemak itu!!!
ReplyDeletegB..
Deletetiap2 tahun akak berazam nak jauhkan diri dari nasi lemak... lihatlah? Masih tidak berjaya.... :( Tetap memerlukannya...