Sekali lagi kita menyambut Hari Raya Aidil Adha 2012
Di kesempatan ini akak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Alhamdulilllah.. pernah beraya di Padang Arafah... pernah beraya di Mina.. pernah beraya sendiri di Pulau Pinang... pernah FIL dan MIL beraya dengan kami di Pulau Pinang dan pernah juga beraya di Hanoi, Vietnam.
Tahun ini kami beraya di rumah terlebih dahulu kerana paginya akak akan ke opis... selesai di opis balik rumah dan kemudian balik Melaka.
Asalnya tak terpikir nak masak apa-apa pun. Mengenangkan budak yang berselera makan ni, akak pun buat rendang ayam dan kuah kacang. Berbuka petang tadi kami berbuka dengan nasi impit dan lemang. Alhamdulillah... walaupun puasa... cukup rasa asam dan garamnya.
Sekali ambil 3 ketul peha ayam...
kemudian tambah lagi...
memang budak ayam ni...
Bila lihat Aisyah menikmati makanan, hilang segala rasa penat ibunya...
ALHAMDULILLAH.
mesti sedap. memang seronok masak buat anak yang berselera.
ReplyDeletemadora...
Deletebiasa-biasa jer..
biasalah bila mak2 yg masak...
anak2nyalah yg akan memuji habis2an....
Kenapa eh, budak nama Aisyah suka makan ayam? My Aisyah pun saaaaaangat lah suka ayam. Terutama Ayam Goreng!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha buat AKAK sekeluarga.
hehehehehehe
Deletesebab initial nama mereka A dan mereka lahir dalam tahun Ayam....