Pagi terjaga pukul 700pagi.. Aisyah menyanyi .." Yeay Hari ini harijadi saya...." Kemudian Aisyah sambung tidur... Nyenyak betul... sehinggalah akak mengejutkannya untuk keluar sarapan dan ziarah atuknya di Hospital.
Selesai mandi dan sarapan, kami ke hospital... Atuknya dah kelihatan sihat dan telah dibenarkan pulang setelah hampir seminggu berkampung di wad 6E. Alhamdulillah...
Wajah riang budak yang lahir di Pulau Pinang dan tak ikut jadual asal. Ikut jadual patutnya lahir 1hb July 2005.. tapi petang 30hb Jun dia dah minta sangat2 nak keluar... Maka tepat pukul 4lebih, ibunya di sorong masuk bilik pembedahan dan keluarlah anak mami ni hari Khamis 30hb Jun....
Sekarang anak mami Penang ni dah besar... dah 7 tahun usianya...
Sangat berjasa... Pandai mengendalikan kerusi roda menolak atuknya hingga ke kereta...
Cucu dan Atok..
Masa lahir di timang atok.. dah besar menolak kerusi roda atuk.
Selesai menonton Brave petang tadi, singgah sebentar di Baskin Robbins membeli Ice Cream cake untuk anak mami Penang tu..
Cantik kotak yang diberi..
Ais kerim pilihan anak Mami..
Gembira tak terkata..
Awalnya abahnya memberikan hadiah yang diminta..
Pokemon card..
Dalam hati sure dah berkata-kata..
Hek Eleh....!!!! Ini jer yang dapat???
Abahnya memberikan hadiah yang ditunggu-tunggu...
Sama-sama terkejut...
sorang terkejut nak bayar bil..
sorang terkejut tak menyangka dapat..
tapi...
ada yang terkejut sampai baca Ayatul Kursi..
Masih Terkejut..
Dapat Ipad yang di pasangkan cover warna pilihan Aisyah iaitu Hijau...
anak-anak kami memang ada colour coded..
Aisyah warna hijau
Ain warna kuning
Qeeb warna merah
Zahrah warna biru
Terima kaseh Abah..
Abah the best abah in the whole world...
Buat muka garang bila ibunya beritahu umur 7tahun dah kena berhenti hisap botol...