Thursday, September 30, 2010

774 ~ Aisyah-Dentist-jamuan raya



Selesai ambil kesemua anak (macamlah ramai bebenor yerrrr....) dari sekolah memasing... kami mengambil anak yang tak sekolah pula untuk dibawa ke hospital untuk temujanji dengan Pakar Pergigian Pembedahan Kanak-kanak. Lanjutan dari kes Aisyah 'operate buang gigi rosak', temujanji yang kedua adalah hari ini...

Melangkah dengan seronoknya 2 beranak ini....


Tapi sebelum itu kami memenuhi jemputan sambutan hari raya di CHDW. Wad ini bersebelahan dengan CCU (tempat tinggal akak selama hampir sebulan tahun lepas...). Jadinya kebanyakan SN yang bertugas di CCU akak masih kenal. Yang berbaju biru itu adalah SN dari CCU. Dan yang bertudung putih itulah yang datang membantu akak pada tengah malam untuk melegakan kegatalan tapak kaki akak yang dah tak tahan berstokin. Diambilkannya air panas dalam besen dan di lapkannya hingga akak rasa lega sekali. Memang budinya akak kenang sampai bila-bila....



Boss dan anaknya sedang menjamu selera. Juadah yang disediakan memang menyelerakan.... Terima kaseh, sister...



(Lihat yang sedang minum air tu...) Itulah antara SN yang paling akak suka bila bertemu. Pendiam tapi bantuannya pada tengahmalam itu sangat mengesankan.... Tapi.. nak dikirakan memang kesemua staff di CCU banyak jasanya pada akak... Selalu bila ada kesempatan kami bertemu, akak cukup gembira....
Teringat kata-kata sister sewaktu akak hendak keluar wad dahulu...

" Bila Puan di sini, Puan rindukan anak-anak Puan di rumah,.. tapi bila Puan dah di rumah... Puan akan rindukan anak-anak Puan di sini..... "

Betulllllllllllllllllll.... tersangatlah betul.......

(Saja akak curi-curi ambil gambarnya.. nak minta kebenaran..segan pulak...)



Selepas menjamu selera, kami ke ofis abahnya untuk solat zohor. Aisyah pula cukup seronok dapat melukis di White Board yang besar di dalam opis abahnya.... Lihatlah gambar ayam 2 ekor di pasang-pasangkannya.. budak 5 tahun dah faham konsep pasang-pasangan... bahaya ni....



Cukup sampai masa, kami ke Klinik Pembedahan Mulut untuk temujanji Aisyah.



Doktor Pakar yang merawat memang menyediakan pesakitnya dengan cerminmata hitam agar pesakit kecil itu tidak silau dan rasa relax...



Aisyah memang cooooooolllll.....
Umpama orang berkelah tepi pantai....



Cooooooooool sangat......
Aisyah pun tidak merasa gentar ataupun takut... (berbanding dengan maknya pada usia 12 tahun - Lain sungguh budak zaman sekarang... berani... )



My baby yang berani......



Selesai urusan dengan Pakar Pergigian, kami naik ke tingkat 8 untuk menziarahi atuknya pula...



Dekat maghriblah juga baru tiba rumah... punyalah lepak dan penat.... lepas solat isyak, terus ibunya fengsan.....

Wednesday, September 29, 2010

773 ~ Dari Opis....


Lokasi : Opis...
Waktu : 8pagi hingga 12 tghari...

4 keping karipap... Saja suruh bibik beli sampai 4. Nak tengok komen dia... Dia cuma senyum saja... Sarapan yang akak makan pagi ini adalah Kari Daging dan Sambal Terong... Hmmmm memang menyelerakan....

Ingatkan banyak 4 keping karipap... rupanya sekejap ajer dah tak nampak karipap... tinggal plastik saja....
( Masa ambik gambar ni, satu karipap tengah dalam mulut... dah ngap baru teringat nak ambil gambar.....)



Boipren lama yang dah selesai dialysis sempat datang ziarah girlpren dia... nak tau apa perkataan pertama yang ditanya nya...???

Boipren : Awak dah makan?... Makan Banyak tak?....

Akak : Sudah..(tersipu-sipu malu... ) Makan macam biasa jer.... ( Terus tunduk malu.... Jangan lah percaya..... gurauan semata..)



Boipren sempat posing sewaktu isterinya beritahu akak mengambil gambarnya...

Akak : Saya ambil gambar sebab kita dah jarang jumpa... nanti boleh tengok gambar bila rindu...( eeeeeeee nak tersedak rasanya....)



Puan Chan pula yang ada di hadapan akak pun sempat mengusik...

Puan Chan : Dia mahu tengok awak sebab sudah lama tidak jumpa... He miss U........


Begitulah kami di unit ini. Shift kami antara shift yang terbaik... Hubungan kami memang mesra antara satu sama lain.... Alhamdulillah...

Seperti yang pernah akak janjikan sebelum ini.. akak akan bertanya dan interbiu anak gadis ini...
Selesai dialysis, akak terus pergi berjumpanya... setelah mengenalkan diri akak pun mula interbiu...

Akak tanyakan dah berapa lama beliau dialysis... bagaimana puncanya...
borak punya borak... mari akak ceritakan disini....

Sewaktu dia masih bersekolah, dia selalu mengalami 'migraine'. Untuk melegakan sakit kepalanya dia selalu mengambil pil tahan sakit. Lama-lama pil tahan sakit tersebut telah merosakkan buahpinggangnya.

Abangnya telah mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada beliau... beliau hanya dapat menikmati hidup normal selama 5 tahun sahaja... Olehkerana tahap Antibodi yang tinggi, buah pinggang yang diterimanya turut rosak. Selepas 5 tahun. beliau kembali menjalani rawatan dialysis.

Yang paling memeranjatkan ialah... dia bukanlah anak gadis... dia adalah emak orang... terkejut sungguh akak... Usianya 44 tahun dan anaknya yang sulung sudah berusia 19 tahun. Wah..... Akak pun boleh tersilap teka..... Ketawa kami apabila akak beritahu perkara tersebut....
Badannya memang kurus dan kecil... tak nampak serupa dengan umurnya 44 tahun.
Inilah namanya rezeki masing-masing....



772 ~ Saja nak citer kisah semalam...

Semalam akak memaksa diri supaya puasa... berat dah lebih... kena kawal makan dan minum....
dari pagi, akak duduk relax2.. sesekali akak kacau geng di es peee. Mujueqlah dia melayan... jika tidak, harus akak cakap dengan Aisyah....

Ambil anak2 dari sekolah terus bawa mereka ziarah atuk mereka di hospital... FIL suruh kupaskan buah untuk anak2... Sebaik hidang,... zaaaaappppppp langsai.. licin... seumpama ayam jatuh dlm kolam piranha...

Habis waktu melawat, anak2 akak bawa jamu selera di kopitiam yg terletak di lobby hospital... Masing-masing pesan makanan kegemaran masing-masing.. Zahrah dan Ain makan nasi lemak... Qeeb makan mee kari...
nak ceritanya....
akak puasa semalam... jeling2 jugak kat nasi lemak dan dengar qeeb menghirup mee kari.... oooooooooooooo dugaan sungguh... depa order air sirap bandung dan soda.... aduh.... maunyer tergadai puasa akak... tapikan.... mungkin sebab dah tua... godaan itu bolehlah ditepis dengan mudahnya..... (tapi... letihlah juga bersilat bagai menahan godaan...)


Balik dari hospital singgah beli barang bulanan.. anak ada 4 orang... mmg berguna sungguh untuk dikerahmembantu.. seorang tolak trolli... sorang cari barang... sorang tunggu kat kaunter untuk timbang.... sorang (yg comei ittuuuu...) menjeritpanggil kakaknya jika ada yg tertinggal... agar kakak2nya tahu kami di lorong mana....


Lepas dah selesai bayar...
masalah yang timbul bila tempat simpanbarang di belakang dah penoh dgn macam2 maknenek... kami suami isteri suka simpan segala mak nenek toknadok dalam kereta.... sekarang dengan beg2 sekolah anak2... dah penuh katbelakang tu... jenuh memikirkannya... lama2 akak suruh depa sumbatkan jugak bersama2 mereka dalam kereta... sarat sungguh masing-masing dgn barang2....

yang lawaknya...
Qeeb yang duduk di hadapan tak dapat nak pakai talipinggang keselamatan.. u tau... mak dia nnampak lampu talipinggang menyala.... mak dia seperti biasa akan menyuruh anaknya memakai talipinggang....

Ibu : Qeeb, kenapa tak pakai talipinggang?

Qeeb : Ibu, Qeeb nak pakai macamana?...

Akak pandang Qeeb yang dah tak kelihatan sebab ditindih barang-barang....
Mau tergelak sudahnya.....

Tuesday, September 28, 2010

771 ~ Pengaruh yang baik...




Akhir-akhir ini sejak akak telah berkenalan dengan Maher Zain... setiapkali bila akak masuk dalam kereta akak akan membuka CD lagu beliau. Banyak lagu-lagu beliau yang mengingatkan kita pada ALLAH snw.

Anak bongsu akak turut meminati lagu-lagu beliau. Antaranya lagu Insya'Allah dan Alhamdulillah... Barakkallah hu Lakuma juga dia dah turut menyanyikan apabila berkumandang... Alhamdulillah...

Tadi sewaktu akak menyuruh semua anak-anak diam tidak bersuara di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke Hospital menziarahi atuk mereka.. tibalah giliran lagu Alhamdulillah berkumandang dengan sungguh kuatnya. Tiba tiba...
terasa ada tepukan di bahu akak...

Aishah : Ibu, bolehkah saya menyanyi lagu ini?...

Rasa terharu sangat... selalunya Aisyah akan menurut saja titah perintah bondakata ibu tetapi tak tertahan rasanya bila irama Alhamdulillah sudah berkumandang...

Dengan suara anak usia 5 tahun dan pelatnya...

- ALHAMDULILLAH.... ALL PRAISES TO ALLAH.... -

Memang Syahdu...



770 ~ Jaga kesihatan Anda...




Semalam sewaktu di opis, akak ternampak gadis ini... Muda belia lagi...
Kiranya sejak akak dialysis di Hospital Serdang, sudah beberapa orang anak gadis awal dua puluhan yang sama-sama datang untuk mendapatkan rawatan dialysis.

Akak pernah bertanya dan berbual dengan yang sebelumnya.. kebanyakannya pelajar IPTA/IPTS...
Insaf rasanya bila melihatkan mereka diwaktu usia masih muda sudah perlu menjalani rawatan dialysis... walhalnya waktu-waktu tersebut...(akaklah...) sedang menjalani kehidupan yang bebas tanpa penyakit... nak kemana-mana pun tiada halangan...

Insya'Allah...
makin Allah uji.. semuga makin tabah dan redha mereka..

Nanti akak akan interbiu anak gadis ini pula
kita kongsi sama-sama ceritanya....
( Akak kan pegawai kaunter pengaduan merangkap pegawai 'human resources'.....)

Nak ceritanya juga..
sewaktu baru-baru ni akak ada appointment dengan Pakar Nephro, beliau ada beritahu bahawa pesakit buah pinggang makin lama makin ramai di seluruh dunia... maknanya tahap kesihatan penduduk makin menjurus kepada 'kerosakan buah pinggang' dengan kaitannya dengan masalah penjagaan kesihatan individu dan pemakanan...
Makanya....
Jagalah kesihatan anda semua... Jangan tiru macam saya....

Monday, September 27, 2010

769 ~ XTVT hari ini.... Penoh......



Seawal 545pagi... akak dikejutkan oleh boss supaya bangun solat dan bersiap pergi opis... Sempat jugak dia pesan kejutkan sekali anak-anak.... Dengan mata tertutup.. terus keluar mengejutkan anak-anak... dengan mata yang tertutup juga... masuk bilik air.....
( Terrerrrrr tak terrerrrrnya....)
Nak ceritanya...
mata kenapa masih tutup????
sebab mengantuk pun iyer jugak...
mata dah bengkak sebab lebih air pun alasan yang utama....
Last sekali cuci darah hari jumaat..
hari sabtu... hari ahad....
pagi isnin memang akan jadi cenggitu.....

Dah siap semuanya...
keluar rumah seawal 7pagi. Tak payah antar anak2 ke sekolah... terus masuk opis...
S E L E S A nya....
Bawak kereta shendiri...
Apalagi....
Tekan lah sesedap-sedap rasa.....
bukak lagu Maher Zain...
Aduhhhhhhhhhhh.... syahdunya.......

Hari ini parking kereta di depan Klinik Pakar. Kalau datang seawal begini, parking masih banyak.. pilih saja mana suka...

Dari hala Klinik Pakar menuju ke Unit Dialysis ada papantanda ini.....



Bibik import dah bersedia nak menjalankan tugas...
tak main-main you....
tapi you nak tahu...
pagi ini akak suruh dia beli karipap 4 keping...
nasi dan lauk..
dia kata...
" Kakak nanti gemoookkkk... jangan makan banyak-banyak.... "
Berannniiii dia....
Cis......
Sebenarnya akak yang tak berani nak marah dia
sebab kalau dia ngajuk, siapa yang akak nak suruh pergi kantin?....

Bibik dah tau apa yg perlu dibuat kalau sebaik akak tiba....



Pasangan Mr Loo dan Mrs Loo....
Pasangan bahagia....
suka tengok depa...



Sambil tunggu depa 'primming machine'... akak siap menggentel gauze untuk dijadikan 'hentikan' darah selepas jarum ditarik keluar dari lengan.... perlukan 2 gauze yang dah gentel cenggini untuk menutup dua lubang jarum yang dicabut dari lengan....



Puan Chan dan Mr Chan sedang menggantikan air untuk kegunaan mesin...
Superwoman...



Puan Rawizah..isteri pakcik Salleh pun sibuk menyiapkan tempat suaminya...
perasan tak???
bila suami sakit.. para isteri jadi peneman...???
Alhamdulillah.....



Kira opis akak agak meriah hari ini. Dengan panggilan telefonnya.. dengan aduan itu dan ini.... dah namanya opis.....
Bizilah...

Selesai dialysis akak naik ketingkat 8, ziarah FIL yang dimasukkan ke Wad untuk pemerhatian samada akan dibedah kerana ada masalah di Hempedu. Duduk sebentar, akak pun minta diri untuk pulang kerana hendak mengambil anak-anak....

Taklama kemudian SIL datang menghantar pembantu rumah abah dan SIL bongsu yang tadinya sama-sama datang dari Melaka. Anak-anak memang tersangat seronok bila bertemu sepupu dan mak sedara mereka....

Alhamdulillah.........

Sunday, September 26, 2010

768 ~ Jalan raya ramai-ramai...



Seawal pukul 900pagi, kami sekeluarga sudah bersiap-siap untuk kerumah BIL di Bukit Rimau. Di sana kami sudah berjanji untuk beraya dan berkumpul adik beradik untuk berjalan raya ke rumah saudara di Batu Laut, Morib, Selangor.

Anak-anak adalah antara yang paling gembira setiapkali kami berkumpul.



Para ibu dan bapa pun tidak kurangnya juga...



Bila dah bertemu, macam-macamlah cerita yang menarik dikongsi bersama-sama...
begitu juga dengan makanan.... untuk sarapan, kami dihidangkan Laksa johor dan nasi lemak...



Selesai menjamu selera, kami pun berangkat beramai-ramai menuju ke Batu Laut, Morib.
Kelihatan kereta BIL yang ber'konvoi'....



Perjalanan ke Batu Laut melalui Ladang Gadong yang menjadi tempat pembunuhan Jutawan Datuk Sosilawati, peguam, pegawai bank dan pemandu.
Kelihatan para wartawan sedang berkumpul di hadapan pintu masuk ke dalam kawasan Ladang Gadong.



Kami tiba di rumah Busu Ibrahim.



Makcik Ainon sempat menggoreng mee goreng hailam buat kami semua. Tertanya-tanya juga apa Mak Dara dua orang ini sedang lakukan membelakangkan jurugambar?...
Bersungguh-sungguh nampak... sedang mencuri-curi makan mee kotnya.....




Oooooooooooooo rupanya mereka berdua sedang membantu membasuh pinggan mangkuk. Makcik Ainon tinggal seorang dengan suaminya... memang tak patulah kalau mak dara ter... ini tidak membantu mengemas dan membasuh pinggan mangkuk...



Kerja-kerja membasuh disambung pula oleh dua orang Mak Dara berdua ini....
Seorang doktor gigi dan seorang doktor yang seperti doktor singa....(GP-General Practioner)
walaupun mereka berkerjaya... bila masuk dapur... mereka tetaplah Mak Dara yang ter.......



Para suami duduk makan dan berbual bersama Busu Ibrahim dan Makcik Ainon..



Para anak-anak pula cukup seronok bermain diluar kawasan rumah walaupun dalam keadaan panas terik....
Ain dan Aisyah sedang mencari belalang....



Suka tengok gambar ni...
Aisyah, Haziq dan Hazim sedang melakukan sesuatu...



Qeeb buat aksi makan belalang...
Ain cukup takut melihatnya....



Sebelum pulang, kami singgah di Tanah Perkuburan Kg. Kelanang..
Menziarahi pusara ayah dan ibukepada arwah emak mertua...



Kawasan tanah perkuburan...



3 mak dara ter....
dari kiri: emak qeeb,emak umar dan emak hamzah....



3 sepupu dari 3 mak dara tadi....
Umar..Qeeb... dan Hamzah...
tiapkali ada perjumpaan keluarga, mereka akan berkumpul bertiga....



Sempat tumpang solat Qasar dan jamak taqdim di Masjid Al-Azim, Kg Kelanang.



Sempat juga singgah makan cendol di warung ini.
Suami dan adik beradiknya memang ada kenangan manis di gerai cendol banting kerana sewaktu mereka kecil-kecil dahulu tiapkali mahu pulang ke kampung di Banting, mesti dibawa oleh arwah mak makan cendol di sini...



Dua beranak ini pula menjamu selera...



Kemudian kami berpecah ke haluan masing-masing.
Akak pula pergi beraya kerumah dear sista di Rawang.
Kami dijamukan dengan masakan hari raya dengan resepi istimewa....
( Thank you sis.... sedap sungguh kari ayam rekaan you.... Insya'Allah... resepi yang diberi akan di cuba)



Para suami pun rancak berbual...



Aisyah dan Zaharah pula cukup seronok menikmati juadah kuih-kuih raya....



Alhamdulillah....
walaupun kepenatan tapi memang berbaloi berjalan raya hari ini.

767 ~ Sarapan Roti Canai...


Sewaktu kami semua berkampung di rumah mertua... 'biras' akak telah menyediakan sarapan pagi iaitu roti canai. Walaupun kerjayanya adalah sebagai seorang doktor gigi... kemahiran membuat roti canai ada padanya... Bak pepatah 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...'

Maka kami yang berempat turut sama membantu dalam menyediakan roti canai. Pasukan pertama telah bertugas pada malam sebelumnya untuk membancuh dan menguli tepung untuk dijadikan roti. Waktu ini akak tidak turut membantu kerana tidak begitu sihat selepas dialysis di Hospital Melaka.

Pagi-pagi esoknya tugas mencanai, akak turut membantu. Nampak memang mudah... nak membuatnya satu hal pula... dari duduk bersila jadi mencangkung.. dari mencangkung... bersila semula..... sanggup rasanya jika beli saja dengan harga 2 ringgit sekeping. Bukan mudah....(mungkin pertama kali akak mencuba...)

Nak ceritanya juga..
sewaktu akak kecil-kecil dahulu, ibu saudara yang tinggal bersama-sama kami memang selalu akan membuat roti cana sebagai sarapan pagi. Lauk yang di'judu'kan dengan roti canai adalah paceri rambutan. Bila tiba saja musim rambutan tak lekang yang tumbuh di rumah kami, Arwah Mak cik Ramlah akan membuat paceri rambutan dan roti canai. Memang yang tersedap pernah akak rasai.

Ideanya sekarang.... nak buat roti canai boleh belajar dengan 'biras'.... nak buat paceri rambutan... memang tak merasalah sebab pokok rambutan tak lekang dah seperti pupus..... dah tak jumpa lagi... Buat pembaca yang pernah dan masih jumpa pokok rambutan tak lekang... (ada orang panggil 'rambutan masam') harap kongsi sama-sama bagitau dimana boleh didapati....


Saturday, September 25, 2010

766 ~ Nikmatnya bila berbuka.....Alhamdulillah...



Dimulakan dengan bismillah...
opppssssss......
silap...
dimulakan dengan azan maghrib.....

kemudian....
sebaik-baiknya makan buah kurma....
istimewanya ada kurma special....
dihantar terus melalui GDex...
(Kami memang berbuka puasa enam dengan kurma ini sahaja..... thank you sis....)



Kemudian....
sendok nasi....
oppppsssss lupa lagi.....
ulangbalik semula....
doa buka puasa...
doa makan.....
baru lah sendok nasi....

Harap abaikan saja langkah-langkah tersebut.....
sebaiknya ambil saja nasi dan terus sendok kuah..
sedap ni beb....
Masak Lemak Pucuk Paku dan Udang Galah...
( Ja.. mudah-mudahan pucuk paku tepi sungai di sinun..... you boleh makan.... i akan masakkan special untuk you....)


Jangan lupa sebagai penyedap selera....
Goreng ikan patin....
Hmmmmmm...Mmmmmmm......



Setelah bertambah 3 kali nasi...
Langsai....

Alhamdulillah...



Jangan lupa...
Murtabak KL...
(Okaylah.. tapi memang tak boleh nak lawan murtabak raja atau murtabak hameediyah...)