Sabtu baru ni kami sekeluarga balik kampung. Lama sungguh dah tak balik kampung. Anak akak no 3 punyai kelas tuition sejak minggu pertama persekolahan hingga ke minggu akhir. Selama 6 minggu dia tuition dari pukul 8pagi hingga 530ptg.
Hanya pada minggu akhir ni baru kami dapat pulang ke kampung sempena majlis kenduri sambut menantu sepupu kami.
Alhamdulillah. Dapat bertemu sanak saudara. Mmg menyeronokkan.
Sebaik sampau dirumah.. Suami akak bercerita sebelum balik ke Melaka, beliau sempat menyorokkan Laptop Surfacenya ditempat selamat.
Tapi...
Masalahnya...
Beliau pula terlupa dimana beliau menyorokkannya....
Aduhai.....selamat selamat dah..tapi dah lupa dimana....
Habihtu... Cammana?????
Hehehe...kes besar juga ni, bila yang menyimpan pun tak ingat kat mana disorokkannya...
ReplyDeleteMemang besar kesnya kakcik
DeleteKalau tak sorok, surface tu ada terletak atas meja belajar...
Bila dah sorok.....
????
Selamat mencari akak.
ReplyDeleteCikgu...
DeleteTanda2 usia meningkat ni kena sama tak dengan cikgu?
(Maaf)
Payah juga kesnya tu. Kalau telefon boleh la nak misscall, itupun kalau bateri hidup lagi.
ReplyDeleteBetul tu azwan..
DeleteJika phone mudah locate...
Kenalah carik pelan2...