Persahabatan itu memang indah.
Berbagai cara untuk ianya bermula dan terus terjalin.
Kami bertemu pertama kali waktu akak ke USS tahun 2010. Beriya-iya beliau berusaha mencari jalan untuk kami bertemu. Alhamdulillah. ALLAH permudahkan pertemuan dua keluarga di Scott Road, Singapore. Kemudiannya kami dijamu dengan Nasi Padang di Masjid Sultan, Kampong Gelam, Singapore.
Sekian lama persahabatan terjalin maka baru2 ini beliau telah Ziarah akak di Unit Dialysis, Hospital Shah Alam.
Hari Jumaat hari yang dijanjikan. Tetapi petang tu hujan. Namun begitu beliau tidak putus asa. Masih mencuba utk mencari dan datang bertemu dengan akak. Terharunya waktu beliau dah berada depan mata akak petang Jumaat lalu.
Anak bujang dan anak dara bongsu beliau. Makin besar dan handsome si abang dan makin ayu si adik. Makcik doakan agar Husaini dan Husna berjaya di dunia dan di akhirat.
Buat ibunya...
Semuga ALLAH permudahkan segala urusan.
tersentuh hati dil..indahnya ukhuwah itu..makcik..semoga Allah berkati kita semua...Ameen Ya Rabb
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pertemuan yang dirahmati. InsyaAllah...
ReplyDelete