ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya.
ALLAH Maha Besar.
Akak dapat merasakan perbezaan berat badan akak sekarang. Mari akak cerita biar anda semua faham apa yang akak repetkan ni.
Selepas akak sesak nafas bulan September lepas, akak berusaha turunkan berat badan akak hingga 60kg. Daripada 70kg akak usahakan agar dapat 60kg. Alhamdulillah dapat capai 60kg.
Bila pada bulan November akak dialysis di Pusat Dialysis swasta, akak sarapan mewah dengan lemak setiap hari dialysis.. 2 bulan diet akak lebihkurang serupa. 2 bulan bermakna selama 24kali
Sarapan pagi akak adalah Nasi Lemak yg amatlah sedap berlemak dengan sambal udang atau sotong ditambah pula dengan kuah nasi dagang dan jelatah timun dan nenas. Allahuakbar.... Tak terkata enaknya.
Dalam masa itu pula berat akak sentiasa tak bergerak bila sampai hari dialysis boleh cecah 68kg... Tarik 3.5kg atau 4kg.... Makanya bilamana tiapkali balkk berat akak hanya dapat 64kg atau 64.5kg. Berhutang sebanyak 4.5kg selama 2 bulan. Memang membahayakan nyawa tapi org degil ni selagi tak sesak nafas... Selagi itu takkan beringat.
Bila akak berpindah dialysis di Hospital Shah Alam... Sarapan yg mewah begitu tidak lagi ada dalam diet akak. Nak pergi beli pagi2 mmg boleh sangat. Nak beli dan makan tiap2 pagi pun boleh sebab setiap pagi akak lapang selepas antar anak sekolah. Akak dialysis waktu petang sahaja... Tapi Alhamdulillah.... Akak berjaya menahan nafsu tekak yg membahayakan nyawa itu.
Di samping itu juga akak berusaha berpuasa setiap hari yg tidak ada dialysis.
Sekarang akak dah berjaya menurunkan berat badan hingga 65kg waktu datang dialysis dan balik boleh dapat 62.7kg selepas ditarik air 3.5kg. Akak nak cepat2 capai berat ideal 60kg semula.
Baru dua minggu dialysis di Shah Alam..Berat badan akak dah menurun. Semuga akak lebih bersemangat utk mencapai had berat ideal iaitu 60kg ataupun kurang daripada itu. Kerana bila berat turun, BP juga akan turun. Bila BP turun risiko penyakit jantung dan stroke juga turun.
Ya ALLAH...
Berilah aku kekuatan.
alhamdulillah semoga kekal dengan berat badan ideal tu...
ReplyDeleteTerima kaseh Angah
DeleteSemoga kekuatan itu tetap datang dan tak akan pergi lagi... InsyaAllah...
ReplyDeleteAamiin
DeleteTerima kaseh kakcik
Makchaq doakan semoga Rahmah dapat berat badan ideal dan kurang risiko..
ReplyDeleteMakchaq ni yang susah nak turun berat... makin naiklagi ada...
Aamiin
DeleteTerima kaseh Makchaq
Go...go...moga berja... Aina doa kan akak akan terus kuat semangat dan istiqomah.
ReplyDeleteAamiin
DeleteTerima kaseh Aina
smoga Allah memudahkan segalanya....tcre makcik
ReplyDeleteAamin
DeleteTerima kaseh Dil