Monday, January 25, 2016

717 ~ Akak pernah ada pokok ini..


Ternampak gambar buah ini dalam kumpulan gambar buah2 tempatan akak terus teringat masa kecil dirumah akak pernah ada pokok cermai.

Mungkin ramai yg tak berapa mengenal
Buah Cermai. Daunnya seakan daun belimbing buluh dan pokoknya yg agak tua akan merendang dan lebat dengan buah. Buahnya pula sentiasa masam walau dah masak ranum.


Anak dara akak memang tak pernah melihat buah cermai seumur hidup mereka. Tapi pada suatu hari sewaktu akak menanti anak balik sekolah, akak parking kereta dibelakang rumah seseorg yg mempunyai sepohon pokok ini. Akak menguji minda anak akak dengan bertanyakan apa nama pokok tersebut.
Lama juga diamatinya pokok tersebut. Akhirnya dia menjawap ..." Belimbing bulat ". 

Hahahahahahah...
Memang bulat bulat. 

Selalunya buah cermai ini diambil untuk dibuat jeruk atau ditumbuk letak cili api, garam dan gula. Makan begitu saja.  Buah ni punya biji keras dan walau ditumbuk akan terasa kasar sahaja. Untuk dijadikan sambal belacan makan dengan nasi agak kurang sesuai. Masam2 manis pedas dan berair selepas ditumbuk mmg sedap dimakan begitu sahaja. Tapi mungkin kerana bijinya keras dan rasa tak selesa waktu memakannya membuatkan buah ini kurang popular. Selalunya bila berbuah, ianya jarang diambil dan dipedulikan.


9 comments:

  1. Tiba-tiba kakcik rasa ngilu gigi... :)

    ReplyDelete
  2. dulu kecik2 suka makan buah ..tok suka buat jeruk...lama x jmpa buah ni skrg ..huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang mmg payah nak jumpa
      Maybe kat satu bandar baru bangi hanya sebuah rumah jer ada..
      Makcik tahu sebab lama merayap, baru sekali jumpa..

      Delete
  3. Saya pon rasa ngilu! Hahahahahahaha...kerengga tak banyak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahaha
      Kecor adalah...
      Kerengge banyak kat pokok buah kuini akak...
      Rambutan tak jumpa sebab pokoknya besar rendang.. Maybe jarang seliseh

      Delete
  4. masa kecik dulu, pokok cermai banyak di tepi jalan, memang main ambik je, terus kunyah..heven benor rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah
      Cer tengah kunyah cermai sebut heven... Sure menyembor semua airliur..
      Kan?????

      Delete
  5. teringat pulak mase kecik2 dulu...mak selalu buat jeruk =)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata