Thursday, January 14, 2016

711 ~ Dah tender tetap...


Pagi tadi waktu akak keluar nak selesaikan kerja2, akak dengan Qeeb terserempak dengan Pak Halim..(jiran pucuk bebuas). Olehkerana kali
Ini akak naik kereta yang dipandu oleh Qeeb, Pak Halim tak perasan kan akak.

Sewaktu kereta kami berseliseh depan rumah jiran.. Pak Halim siap turunkan tingkap bertanya dengan Qeeb.

" Tumpang tanya.. Yang mana satu rumah Doktor Kahar...?"
Akak nak ketawa. Isu rumah Doktor Kahar belum selesai rupanya. Patutnya Mak Mah dah bgtau 'Darlingnya' Pak
Halim rumah Doktor Kahar no 8.... Tapi akak assumed lepas berdarling darling tu, Pak Halim terus terlupa.. Ekekekekekekekeke

Qeeb menunjukkan rumah kami dan kemudian keluar dari kereta nak menyambut pemberian daun pucuk bebuas dari Pak Halim.


Kadang2 faktor umur juga mainkan peranan buatkan episod mencari rumah Doktor Kahar tak jumpa2.... Tak mustahil walau dah diberitahu.... Bulan hadapan bila beliau menebas pucuk2 pokok bebuas tersebut... Beliau masih akan tercari-cari rumah kami ataupun akan menyangkut plastik berisi pucuk bebuas di pagar rumah jiran sebelah akak.

Believe me Pak Halim
I've been there
Done that.....

2 comments:

  1. Teringin juga nak singgah ke rumah Dr Kahar untuk bertemu dengan isteri beliau, tapi entah bilalah akan berkesempatan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan kakcik
      Jemputlah singgah di rumah kami. Kecik pokok belimbing, pokok beringin saya tanamkan...
      Ekekekekekek
      Peribahasa reka ptg2

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata