Melihat pemandangan ni mmg sangat menyakitkan mata...
Tuan punya basikal ni tak heran lansung basikal dia. Dia cuma teruja waktu hari pertama. Kemudian terus tak mahu lihat dan naik....
Akak ingat masa akak kecil2 dulu.
Basikal mmg tak punya.... Harap kalau kawan arwah mak datang rumah bawa basikal... Sambil dia duduk2 borak dengan arwah mak sambil dilayan dengan dijamu kueh dan kopi oleh arwah makcik, dapatlah akak pinjam dan bawa keliling kampong. Pandai bawak pun melalui basikal pinjam jer.
Anak murid mak datang mengaji pun sempat juga jadi mangsa akak pinjam waktu mereka dtg mengaji dirumah akak. Ada yg punya basikal saiz sederhana dan sangat sesuai dengan akak.
Merasa puas jugalah pinjam sewaktu beliau datang belajar mengaji dirumah akak.
Bilamana akak pulang ke kampong Sg sekah, nilai, Ng Sembilan... Ayah saudara akak punya basikal tua.
Mmg basikal ni waktu awal 60an dan tahun 70an kiranya hanya orang berada mampu memiliki basikal ini. Arwah bapa saudara tu kiranya Tok Ampat di kampong tersebut.
Bila akak balik kampong, basikal ni akan jadi mangsa akak untuk di bawa keliling kampung dan pergi cari sedara sebaya di ceruk kampong. Lepas tu kami akan sama2 ke pekan kecil untuk menikmati pemandangan kereta, bas yang lalu lalang di pekan tersebut.
Waktu usia akak 10tahun (baya aisyah) badan akak taklah besar sangat. Nak memulakan mengayuh basikal besar menggunakan berbagai cara jugalah.
Langkah pertama
1 kaki masukkan bawah palang
2 lengan sebelah kanan sangkut di palang basikal.
3 tangan kiri untuk memegang handel basikal
Bila dah ada keyakinan baru tangan kanan turut pegang handel basikal.
Kemudian bila dah yakin dan lancar mengayuh begitu, ketinggian pun dah membenarkan akak untuk melangkahkan kaki kanan sepenuhnya di sebelah kanan basikal.
Bila dapat duduk di kerusi basikal dan mengayuh dah dikira kemenangan. Dah berjaya bawa basikal.
Aisyah tiada rasa ingin menguasai basikal.. Sebab tu baru sekali cuba dah mengalah. Keinginan hendak membawa basikal hanya ada pada seorang saja anak akak iaitu anak kedua. Anak pertama, ketiga dan keempat semuanya dibelikan basikal seorang satu... Tapi 'urge' nak bawa tak ada lansung.
Waktu baru beli dan dipasang roda kecil disisi basikal, sukalah depa main... Bila akak buka dan biarkan tanpa roda sisi... Depa dah tak mahu perjudikan
Nasib mereka mengayuh sampai pandai.
Itu yg buat akak rasa sedih lihat mereka. Akak dapat basikal sendiri pun sewaktu harijadi ke 14. Arwah mak belikan dengan harga rm275 di sebuah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Balik bawa naik teksi. Berbunga-bunga rasa hati.
Jenama Raleigh.
Puas bawa pergi sekolah, beriadah di padang... Tuition.. Mengaji..
Tapi taklama akak merasanya.
Ianya hilang sewaktu akak mengulangkaji dirumah seorang teman. Akak ambil sikap sambil lewa dengan meninggalkan basikal tersebut tanpa berkunci kerana fikirkan basikal itu akan selamat ditinggalkan di hadapan tangga rumah beliau. Memang kesal dan terkejut tapi lagi sayu waktu nak beritahu pada arwah mak basikal dah hilang. Arwah mak tak marah walau ada rasa sedikit kesal. Ada juga beliau ofer nak ganti yang baru tapi akak terasa tanggungjawap nak menjaganya sangat besar dan takut tak mampu menjaganya.
Baru faham kenapa arwah mak ambil masa nak belikan basikal itu untuk akak.
Al Fatihah buat mak.
Assalamualaikum Akak,
ReplyDeleteEnteri Akak yang ini menyingkap kembali zaman Mak Long kecik dulu. Basikal udahlah tinggi, nak juga kayuh basikal maka naiklah selit macam dalam gambar tu. Sebelah tangan pegang handle, sebelah tangan lagi kepit palang. Bila dah boleh kayuh bawak senget kiri, senget kanan sebab kaki tak tiba pada paddle.
Mak Long
DeleteKenangan teramat manis kan?
Jatuh dan rantai basikal tanggal belum citer bab tu lagi...
Assalamualaikum. Nostalgia membaca coretan ini. Sama juga dengan anak saya.. basikalnya terbiar begitu saja. Seperti kata Puan, dia juga agaknya tidak mahu memperjudikan nasib. Ditambah lagi dengan tiada kawasan sesuai di sekitar rumah. Pernah sekali saya cadang nak jual di 2nd hand shop.. dia bersetuju saja.
ReplyDeleteBegitulaa anak kita skrg ni
DeleteTak 'adventureous' mcm kita dulu2..
Masa hendak, tak sempat menyempat.... Rasa payah jer sikit dah give up
assalam makcik..rindunya nak naik basikal.. dil ada basikal tua tu...ada palang...atok punya..skrg dh jadi tukun abah kata..hehehe..bila xde nak..bila dh ada lama2 jemu...huhuhu
ReplyDeleteBasikal besar tu kira challenging terbesar buat makcik. Bila berjaya mmg rasa sgt puashati dan terasa di puncak kinabalu....
DeleteAssalamualaikum Kak.
ReplyDeleteSaya dok kata nak beli gerek tak beli pon lagi. Satni kalau beli, rumah dah la haluih...nak pi boh tang mana?
Waaalaikummussalam uncle
DeleteHihihihihi
Akak pun letak belakang buai dlm rumah....
Sbb takda tmpt letak