Saturday, January 16, 2016

712 ~ Percubaan pertama..


Umuq dah 52 tahun
ALHAMDULILLAH

Dulu waktu tinggal di Melaka.. Bila petang akak sering pergi Klebang membeli Kuih Keria Antarabangsa.
Rasanya yg lembut-dikurangkan tepung dan disira menggunakan gula melaka... Boleh bayangkan kan? Kesedapannya dan ketagihannya nak pekena untuk minum petang...

Semalam akak teringin sangat. Belajar resepi dari mydearest dan terus keluar perintah minta Qeeb belikan keledek.

Balik kedai Qeeb minta akak lihat adakah betul apa yg telah dibelikannya. Kerana kedai runcit takda label makanya dia tak pasti betulkah keledek yg dibelinya kerana keledek, keladi dan kentang diletakkan dalam satu kotak.

Was-was juga rasanya.
Alahmdulillah. Betul keledek yg dibawa pulang. Terus terang akak ni pun tak pernah guna keledek dalam masakan atau rajin nak buat kuih. Itu yg anak2 pun tak kenal yg mana keledek dan keladi.


Rebus sampai empuk.

Then lenyek sampai hancur.

Then letak tepung sedikit sedikit. 
Sampai adunan tak melekat.


Bentukkan.
Waktu awal mmg cantik kecil comel. Kalau jual satu 25sen.
Bila dah masuk biji ke empat.. Mulalah besar dan kalau jual sebiji seringit.
Hahahahahahaahha.

Then gorengkan.
Pastu angkat ketepi.
Masakkan gula dan letak air.

Kacau2 sampai berbuih.
Sampai tak nampak air .. Masukkan kuih yg dah goreng .
Proses menyira berjaya.
Alhamdulillah.
Pernah mencuba menyira... failed.
Lansung tak pernah cuba sampai semalam.


Alhamdulillah.
Bila makan rasa lembut.
Tepung tak banyak kuih tak keras.
Alhamdulillah.

Umur 52tahun.
Masih belajar....

4 comments:

  1. kuih feveret dil dn kini anak2 pun suka..kt mesir keledek sgt murah...sekilo seringgit..jadi rajin buat makcik..memang pejam2 mata makan..hehe.. alhamdulillah kehidupan mmg tempoh belajar hingga mnutup mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus gitu
      Humairah awal lagi dah kenal keledek hihihi

      Delete
  2. Mak Long pun suka kuih keria keledek. Nampak sangat menyelerakan, tambahan keledek mengandungi banyak khasiat berbanding dengan kentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pulak suka dan terlebih rajin nak buat sendiri.
      Akan jadikan kuih bila2 ada tamu dtg.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata