Sebenarnya akak menumpang dialysis selama 2 bulan di An Nafis, seksyen 3, Bandar Baru Bangi dengan keadaan yg sangat selesa. Sehinggakan akak terlupa nak buat entry sewaktu dialysis di sana. Walhalnya, tiapkali akak dialysis di luar (selain dari Unit Dialysis Hospital Serdang)... Mesti akan ada entry sebagai tanda ingatan untuk kenangan akak nanti bila memori dah lupa-lupa.
Apabila kami pesakit diarahkan berpindah ke Unit Dialysis Hospital Shah Alam, suami akak mencadangakan agar akak mencari tempat dialysis kendalian syarikat swasta yang ada di sekitar Bandar Baru Bangi. MA Haji Mulok memberi satunama pusat dialysis swasta yang ada berdekatan dengan rumah akak.
Akak terus pergi bertanya pada seorg petugas pusat tersebut. Beliau amat bertimbangrasa dan berjanji akan membantu dan berpakat dengan pesakit shift pagi andai ada pesakit yg sanggup beri akak shift pagi dan ambil
Shift tengahari. Alhamdulillah.. Setelah berbincang dengan pesakit tersebut, beliau berjaya mendapatkan akak slot pagi.
Lalu sejak bulan November 2015, akak memulakan rawatan dialysis di An Nafis dengan selesanya. Dahlah berdekatan dengan rumah, bila selesai nak ambil
anak sekolah pun amatlah mudah.
Tiba2... Sabtu 2hb Jan baru ni...
Petugas di Pusat An Nafis bgtau akak bahawa pesakit yg memberikan akak slot pagi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu telah mahu kembali slot beliau atas sebab2 peribadi.
Yang tinggal hanya slot kedua pukul 1130-330ptg setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
Akak masih mempunyai 2 org anak yg sekolah. Perlu di hantar dan diambil. Jika biasanya shift akak memang waktu pagi 800-1200tghari di Hospital Serdang... Akak mudah hendak menghantar dan mengambil anak sekolah. Slot pkl 1130pg - 320ptg mmg tidak sesuai.
Bincang dgn suami... Akak perlu mahu atau tidak buat dialysis di Hospital Shah Alam kerana disana ada shift ketiga iaitu pukul 430ptg - 830mlm.. Shift pagi memang dah tiada olehkerana awalnya akak dah memilih utk dialysis di Pusat Dialysis swasta.
Syukur Alhamdulillah.
Sebaik dapat berita begitu terus akak hubungi Penyelia Ketua jururawat Sister Rodiana. Dengan kadar segera akak dapat tempat.
Jadinya..
Tak sempat akak nak berselfie2 di Pusat Dialysis An Nafis bersama dengan staffnya. Kerana dalam keadaan selesa yg amat memikirkan masih ada sebulan dua lagi akak akan dialysis di sana. Mana nak menyangka rezeki akak sementara jer di situ dan tertulis pula rezeki akak di Hospital Shah Alam walau dah cuba mengelak.
Disini ingin akak rakam setinggi2 penghargaan buat petugas yg bertugas merawat akak iaitu SN Ct, SN Ikin, SN Shikin dan SN Ina. Budi mereka akan akak kenang hingga akhir hayat. Rasanya nanti bila2 akak singgah dah ambil gambar dengan mereka. Terasa rindu juga dengan mereka.
Disini ingin akak rakam setinggi2 penghargaan buat petugas yg bertugas merawat akak iaitu SN Ct, SN Ikin, SN Shikin dan SN Ina. Budi mereka akan akak kenang hingga akhir hayat. Rasanya nanti bila2 akak singgah dah ambil gambar dengan mereka. Terasa rindu juga dengan mereka.
ALLAH Maha Mengetahui.
Kita hanya boleh merancang....ALLAH dah tentukan. Macammana elakpun.....
ALLAHUAKBAR....
Insaf rasanya.
Budi yang baik pasti menjadi kenangan sepanjang hayat... :)
ReplyDeleteBenar kakcik..
DeleteSama macam budi org beri rasa beras bario.. Sampai hari ini teringat sebabnya jika tidak mmg tak tahu rasanya macamana...😉
harap-harap, saya tidaklah menghadapai masaalah kesihatan hingga terpaksa didialesiskan...
ReplyDeleteIM
DeleteALLAH menduga kita dgn ujian yg mampu kita hadapi.
Sebab itu ujian kita berbeda...
Semuga kita terus redha dan tabah menghadapinya.
allah allah..Allah yg tentu segalanyanya..moga Allah mudahkan segala urusan makcik dan semua...takecare ye makcik..
ReplyDeleteDil
DeleteJazakillahu khaira ya ukhti Dil dengan doa yg indah.
U too.. Take care
Jauh diperantauan.