Sunday, June 21, 2015

768 ~ Kisah Hari Kedua


Seawal 3pg kami semua dah bangun.
Tidur malam td dekat pukul 1pg dan pagi ini kena bangun awal.

Awal kerana perjalanan kami hari ini ialah ke Disneyland Paris. Keretapi dari London ke Paris tiketnya pada pkl 530pg.

Pukul 4pagi... Langit dah terang di London dan dah masuk subuh.

Olehkerana awal pagi utk ke London.. Dengan ketiadaan keretapi seawal itu, adik ipar yg tinggal di apartment yg sama telah menawarkan diri menghantar kami sekeluarga ke St Pancras Station yang berdekatan King Cross Station. Dari stesen tersebut laluan Keretapi Euro Star ke Paris.




Perjalanan mengambil masa selama 3jam dari London ke Paris. 
Teringat akak waktu ber 'hani mun' ke London tahun 1993. Eurostar belum ada.. Kami menaiki Feri dari Dover di London ke Calais di Peranchis.


Peta laluan keretapi Eurostar dan feri ke Paris.

Setibanya di stesen Paris... Kami semua turun dan mengambil keretapi bawah tanah ke ...... Kemudian kami naik keretapi terus ke Disneyland Paris. Stesen Disneyland adalah stesen akhir.


Keretapi menyerupai ETS tapi 2 tingkat. Mmg teruja nak naik dan duduk di tingkat atas.


Dari stesen menapak sedikit masuk ke dalam kawasan Disneyland Paris.


Mercu tanda Disneyland dgn Castlenya.





Kami mengambil tempat utk merehatkan diri sementara menanti anak2 pergi bermain dengan puasnya. Nak ikut mmg tak larat.
Kami memantau mereka dengan walkie talkie yg dibeli semata2 utk aktiviti begini.


Setiap setengah jam kami menghubungi mereka. Tak terasa risau sangat bila dapat kerap menghubungi mereka.


Kami pula, duduklah berdua di luar Restoren Hakuna Matata... Bila lapar beli fries dan dahaga beli air. Nak berani2 makan ayam goreng atau burger... Tak berani.....




Leka akak melihat ikan koi besar dengan gelagat itik serati.... Cukup menakjubkan.


Sebelum kami pulang, ada perarakan  Disney karakter mengelilingi kawasan jualan. Kami waktu tu berkejar nak solat jamak  taqdim zohor dan Asar. Tempat solat ada disediakan dalam ruang pejabat pentadbiran. Alhamdulillah.


Kami harus keluar awal dari Disneyland Utk mengejar masa menaiki keretapi pukul 9malam pulang ke London. 
Bila sampai di stesen keretapi ...... paris.. Terasa sangat lega kerana jika tertinggal keretapi pulang ke London akan jd besar ceritanya. Pagi Rabu akak ada appointment dialysis di Hospital Royal Free... Bayaran sudahpun dibuat. Nak suka2 tukar hari dialysis tidak semudah itu.

Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar.



Aisyah terasa sungguh letih sebaik dapat tempat duduk di dalam tren. Kami toba di London dalam pukul 1130malam. Tren utk pulang ke apartment kami dah tamat perkhidmatan pukul 1130mlm. Dari stesen St Pancras kami ambil teksi pulang ke Hayes.

Hajat membawa anak2 ke Disneyland Paris telah ALLAH makbulkan. ALHAMDULILLAH.


11 comments:

  1. Alhamdulillah. Seronok melihat anak2 gembira...:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Seronok melihat anak2 gembira...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Setiap ibubapa mmg berusaha menggembirakan anak2 mereka. Muga2 bila depa besar nanti akan mereka kenang usaha ibubapa mereka menggembirakan depa dan memenuhi impian mereka.

      Delete
  3. Alhamdullilah..sronoknye kak ^_^ merasa anak2 akak gi Disneyland...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Akak doakan Ai juga merasa membawa anak2 bercuti di Disneyland. Rezeki semua ALLAH yg tentukan.

      Delete
  4. Baca pun dah rasa penat.. dari pukul 3 pagi sampai 12 malam..
    Tapi budak2 mesti seronok... kita pun seronok tengok depa seronok.. tu yang buat hilang penat...

    Sepanjang kat Disneyland tu Rahmah ngan Dr Kahar tak pi main apa2 ka? Ka sama bersukaria naik dumbo & kuda pusing bagai tapi tak tunjuk gambaq kat kami.... he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq...
      Andai kami muda 30tahun.. Harus kami cuba juga naik apa2 ride....
      Usia dah senja, tak berani.... Takut balik London naik Ambulan.

      Delete
  5. alhamdulillah..bila di rantauan..tiadalah dapat nk bersenang2 kan makcik?tapi itu pengalaman berharga dn indah..seronoknya bila bersama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Pengalaman kami bercuti mmg menjadi kenangan sampai akhir hayat...

      Delete
  6. memang seronok bila berjalan-jalan...disneyland bukan sahaja menjadi tempat yang ingin dikunjungi oleh anak-anak tetapi juga ibubapa. Mendengar lagu "It's A Small World" sewaktu nak masuk pun dah mengembalikan kita ke zaman kanak-kanak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle
      Kalau kami muda sikit mmg seronok rasanya. Skrg rasa bagai peneman anak2... Cuci mata juga.....
      Alhamdulillah... Merasai cuaca dan pemandangan yg indah.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata