Monday, June 15, 2015

766 ~ Meh akak kisahkan satu persatu.


Mula2 mmg terasa banyak sangat dugaannya nak bawa anak2 pi bercuti ke luar negara. Dengan kisah tiket berasingan penerbangan... Masalah dialysis yg kejap begini kejap begitu... Akhirnya ALLAH permudahkan segala urusan. ALHAMDULILLAH.

Anak2 dah berkumpul dgn kami keesokkan harinya. Tenang rasa hati.
Hari Isnin kami mulakan merayap2 di bandar London.

Apartment kami terletak di Hayes. Sangat dekat dgn Heathrow tp agak jauh sikit dari kota London. Tujuan asal tinggal di luar London adalah merasai kehidupan luar London. Apartment yg agak mewah dan selesa yg boleh menempatkan kami 6 beranak. Tidak perlu mengambil 2/3 bilik hotel jika menginap di tengah kotaraya London.

Perjalanan ulang alik ke London menggunakan keretapi. Sama mcm ETS dan ERL jika di Malaysia. Tiap kali dari Hayes ke Paddington Station mengambilmasa dlm 30minit jika berhenti di stesen tertentu.. Jika berhenti di semua stesen.. Ambil masa sedikit... Dlm 45 minit.



Andai hendak kemana2... Setibanya di Stesen Paddington.. Boleh ambil teksi. Untuk kami anak beranak 6 org hanya teksi Vito yg sesuai. Teksi Black Cab hanya utk penumpang seramai 5 org.


Vito yg digunakan sbg teksi.


Black Cab yg berwarna warni..
Ada marroon.. Putih .. Biru..
Tidak hanya hitam.

Ada ketikanya akak pergi dialysis berdua dgn suami atau Qeeb.. Kami hanya mengambil Black Cab. Besar dan selesa juga. 

Pengangkutan awam seperti keretapi dan teksi amat mudah. Untuk yg ingin memandu ke dalam kotaraya London.. Perlu mengikut waktu tertentu sebab ada zon larangan dan waktu yg dibenarkan. 
Asalnya ada plan nak sewa kereta sepanjang di London tp tak pasti tempat akak dialysis yg terletak di kawasan zon terlarang atau tidak... Kami banyak menggunakan pengangkutan awam iaitu teksi dan keretapi.

Tambang keretapi berbeza2.
Waktu puncak 530pg hingga 930pg mahal sedikit dari waktu biasa iaitu mulai pukul 930pg. Akak dapat shift pagi cuci darah, akak harus ambil tren awal iaitu pkl 7pg. Jarang berpeluang menggunakan tren pukul 930pg ke atas.
Akak pernah ambil tren pkl 8pg dan bila tiba Paddington.. Tempat menunggu teksi dah sesak dgn penumpang lain. Beratur panjang. Naik keretapi pun sesak jika lebih pukul 7pg. Penuh sampai tangga.
Merasalah ikut kenderaan awam dan bersesak2 sama dgn org pergi bekerja.



13 comments:

  1. assalamualaikum,
    waaaa bestnya pi london

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam anyss
      Alhamdulillah
      Dengan izin ALLAH jua...

      Delete
  2. Assalam kak,
    Bestnya dapat tengok negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Juju
      Alhamdulillah
      Dengan izin ALLAH jua...

      Delete
  3. diizinkan Allah pijak bumi London dalam sejuk gedi berpuluh tahun dulu.Tentu banyak bezanya.Mana tahu ada tuah dapat ke sana lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      In syaa ALLAH
      Muga2 ALLAH permudahkan lagi hajat cikgu utk ke sana.

      Delete
  4. Selagi saya dok baca pasai Landen ni...selagi tu lah jiwa saya meronta-ronta nak menonton Rugby World Cup yang bakal berlangsung disana tak lama lagi...huaarggghhhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle mmg kena pergi juga menonton Rugby World Cup tu..
      Maybe bukan sekarang, mungkin rezeki dengan anak2 nanti... Lg laaa meriah.

      Delete
  5. bestnyer...alhamdulillah.bermacam pengalaman tu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Dil
      Bila jauh diperantauan mmg byk pengalaman yg berbeza dari di negara sendiri..
      Dil lagi puas merasainya kan?

      Delete
  6. Pengalaman yang bermacam ragam...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu kakcik
      Selama 10hari kami merantau... Mmg berbagai2 yg kami rasai....
      Apapun syukur Alhamdulillah..
      ALLAH beri peluang merasainya..

      Delete
  7. Pengalaman yang bermacam ragam...:)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata