Ni citer dari Qeeb pula.
Katanya selepas hantar kami di gate C27.. Dia terus pulang ke hotel sama2.
Bermulalaaa tugas besar buatnya hingga sampai ke London.
Bangun seawal pukul 5pg
Bangunkan adik2.
Bilik berasingan.
Satu bilik 2 org.
Lps solat subuh, 615pg check out.
Tunggu di hentian shuttle tren untuk lihat tv waktu utk check in.
820am masih tiada apa2
850am baru ada pemberitahuan di tv flight MH004 tunggu di gate mana.
Rupanya sama gate dgn kami naik malam tu C27.
ALHAMDULILLAH
Tepat pkl 900pg dah masuk utk boarding. K/terbang berlepas 950pg.
Dpt tmpt duduk sederet...
Aisyah yg sgt sukakan ayam tetiba tak lalu makan ayam.
Perutnya rasa mual.
Mujur selepas itu ada diberi snack biskut oreo dan pretzels
Kakak zahrah pula ada bawa bekal jelly bean.
Kemudian, sebelum tiba London mereka di hidangkan dgn Lasagna.
Sebaik tiba...
Qeeb mencari ibu dan abah spt yg dijanjikan.
Mesej abah qeeb baca kemudiannya dan baru tahu plan dah bertukar.
Qeeb terus bawa adikberadik ke kaunter immigration.
First sekali ditanya umur.
Ditanya juga parents mana.
Tgk di landing card dan minta tgk tiket balik.
Ditanya kenapa tiada ibu abah sbb Aisyah ada bersama mereka.
Sbb Aisyah masih minor.
(Part kena soal ni yg amat kami risau sbb jika depa tak puashati dgn jawapan yg diberikan.. Depa akan terus hantar anak2 kami menaiki flight seterusnya pulang balik ke Malaysia)
Kan besar ceritanya nanti...
Qeeb cerita tiket habis waktu ibu dan abah beli tiket sbb menunggu buat passport baru.
Dpt beli tiket next flight.
Ditanya ada sesiapa tunggu tak?
Bila depa puashati baru depa lepaskan.
Qeeb pi ambil bagasi sbb mmg niat kami check in bagasi dgn anak2 sbb niatnya kami nak tunggu anak2 sampai baru keluar tp plan dah bertukar.
Bila akak tanya qeeb rasa bagaimana..
Masa mula2 turun k/ terbang, dia rasa confidence
Tp bila tak nampak ibu abah dan kena soal mcm2 dgn immigresen.... Baru rasa sayu.
Baca arahan selanjutnya dari abah mmg banyak membantu.
Keluar dari kastam menuju jln keluar rasa takut juga jika ibu abah tiada...
Nampak ibu abah dah tunggu mula rasa lega.
Menitis juga airmatanya setelah bertemu kami kerana lega terlepas beban yg besar.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Selamat kami berkumpul semula akhirnya.
ya Allah..dil yg sayu makcik..alhamdulillah...Allah pelihara mereka..daebak qeeb..pasni boleh g korea plak ye..hehehe...
ReplyDeleteBetul tu Dil
ReplyDeleteMmg mereka dlm peliharaan ALLAH.
ALLAH juga memudahkan perjalanan kami .
Syukur Alhamdulillah.
Rasanya belum masanya Qeeb lepas ke Korea sendirian...
Kikikikiki
Alhamdulillah...akhirnya semuanya selamat berkumpul...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH
DeleteMmg sangat2 bersyukur kakcik
Kami ni mana pernah berpisah dgn anak2.. Waima depa tak lepas nak masuk asrama pun..