Wednesday, June 03, 2015

762 ~ Sambung citer ya...


Kami selamat tiba pg tu.
Dah merangka nak cari tempat lepak tunggu anak2.
Terserempak dgn petugas Airport berbangsa melayu.
Cerita pdnya nak menunggu anak lg 10jam.
Katanya tak boleh menunggu.

Lagi rasa sayu dan hiba...
Hati makin membayangkan kepayahan anak2 nanti.

Perjalanan kami tempuh waktu malam yg amat panjang.Malam yg sungguh panjang dari KL ke London. Akak tak dpt lelapkan mata walau penat dan mengantuk. Memikirkan perjalanan anak2 dan penyesalan yang amat kerana meneruskan rancangan bercuti dgn perbezaan perjalanan.

Keluar Immigration kami masih cuba mencari kerusi kosong yg kurang sibuk tp tak ada. Mmg polisi airport tidak menggalakkan orang awam berlama di airport. Selesai urusan depa tinggalkan airport untuk penumpang lain pula.

Lantas kami buat rancangan keluar dari airport dan menuju ke apartment yg akan kami sewa.

Memandangkan waktu check in pukul 3ptg dan masa masih sangat jauh lg nak ambil anak... Kami bercadang menyusuri semula tempat yg pernah kami pergi waktu honeymoon 23tahun dulu.....

Naik tren ke Paddington.
Kemudian pi sarapan. 
Lihat2 Pekan Paddington jika masih terdapat restoren Melayu yg pernah kami pergi. Bangunan Mara disana pun dah tutup. Restoren tersebut pun dah tiada.

Dari Paddington kami ambil xpress tren ke Airport. Masih risaukan anak2.
Rasa lama sungguh masa menanti.
Kami terus menerus WA anak yg sedang dlm perjalanan bg tau jgn panik. Mudah2an sebaik depa tiba, qeeb buka WA dan dpt arahan yg akan menggurangkan resah depa sebab plan asal dah bertukar.

Mata kami makin melekat di screen k/terbang Arrival. Tunggu maklumat MH004 tiba.

ALHAMDULILLAH
MH004 tiba pkl 450pm.
Rasa Syukur yang teramat sangat.
Debaran masih dirasai memikirkan bagaimana Qeeb jawap di immigresen.
Bagaimana jika pihak Kastam memeriksa beg2 yg dibawa oleh 3 org remaja dan seorg budak umur 10 tahun tp badan mcm 12 tahun?

Tunggu dlm 45minit... Kelihatan Qeeb sdg menolak troli keluar.
ALLAHUKBAR 
ALHAMDULILLAH
SUBHANALLAH
 Amat bersyukur kami padamu ALLAH
ALLAH pelihara perjalanan anak2 kami.

Segera dapatkan Qeeb dan semua.
Amat bersyukur bilamana Qeeb berjaya organised tentukan adik2 kakaknya takda tercicir...
Agaknya sebab Qeeb juga menarik nafas lega melihat kami.. Menitis juga airmatanya bersama kami.

Lepas ni, Qeeb boleh bawa adiknya makan angin ke Korea...
Kan... qeeb?





5 comments:

  1. AllahhuAkbar! bergenang airmata kakcik baca catatan ini...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. debaran berakhir. untuk capai berani kena lalui takut.

    madora

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat sampai
    Memang lain kali boleh la Qeeb saja bawak adik2 jalan... ibu & abah jalan berdua...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...makcik..awat mata dil tetiba masuk habuk ni..huhu...sob sob..touching...

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah...baca cerita akak ni, berdengup2 jantung..huhu

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata