Thursday, June 18, 2015

767 ~ Hari Pertama di London....


Berbelah bagi akak nak cerita tentang percutian ini. Tak tahu mana nak mula. Yang paling senangnya rasanya mulakan ikut turutab hari.. Jika sentuh satu2 terasa nanti jd caca marba cerita akak.

Akhirnya akak putuskan nak cerita ikut hari. Senang. Selesai kisah satu persatu.

Hari Isnin.

Awal pagi kami dah bangun. Bersiap2 untuk menyerang bandar London. 

Stesen keretapi Hayes mmg sangat berdekatan dgn apartment... Ambil tiket seharian. Maknanya kita boleh guna utk naik tren ataupun tube underground.

Kami naik underground ke Bayswater.
Malaysia Hall antara stesen Queensbay dan Bayswater.  Jalan kaki dari Bayswater ke Malaysia Hall di Queensborough agak jauh juga. Beberapa blok dari stesen Bayswater.. Manakala dari Malaysia Hall ke stesen Queensbay tidak berapa jauh. (Tp yg untungnya.. Turun di Queensbay kena naik anak tangga sebanyak 145 anak tangga. Kalau turun di bayswater tidak berapa banyak anak tangga). Bagi org sakit macam akak mmg takkan mampu naik begitu banyak anak tangga.. 



Eleh.. Baru 3hari tak jamah nasi.. Dah mencari lauk kari kambing dan sambal belacan dan sambal ikan masin.....
Sambal terung pun angkut sekali.....
Tekak melayu ni mmg tak boleh layan...

Selesai makan kami ke Oxford Street. Nak mulakan menyerang...
Tetiba dapat call dari Hospital London Bridge suruh datang dialysis awal.
Dari Oxford Street kami terus ke London Bridge Hospital.

Selesai pendaftaran terus depa bawa ke bilik dialysis. Bersama2 dgn mak-mak arab yg sedang dialysis. 


Inilah sahabat yg membantu membuang toksin yg berkumpul selama tak dialysis.


Dapat menu juga.
Sebab baru makan akan memilih minum kopi dan aiskerim.


Dr Vasantha yg banyak membantu mencarikan tempat dialysis. Kakaknya Dr Annam yg bertugas di Serdang.

Selesai dialysis dalam pkl 900mlm kami terus pergi dinner di Paddington Stesen.

Keretapi akhir adalah pukul 1100malam dan keretapi terakhirlaa yg kami naik utk pulang kerumah. Mujur kami sempat dapatkan keretapi tersebuf. 

Terasa kekurangan betul tanpa memiliki kenderaan sendiri.
Jika di rumah/tanahair sendiri tak lah terasa sangat terkejar2 begitu. Tapi kan namanya nak rasa pengalaman... Harungkan jer...
Bukan selalu ek?...



9 comments:

  1. pengalaman mengembara itu pengalaman terindah..makcik..salam ramadhan kareem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Dil
      Pengalaman bersusah payah di negara orang...

      Delete
  2. Seronok juga merasai pengalaman berkenderaan awam di tempat orang... :)

    ReplyDelete
  3. Seronok juga merasai pengalaman berkenderaan awam di tempat orang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunggub kakcik
      Mmg terasa sangat bila kena berjalan2 kesana sini tanpa kemudahan bagai di tanahair sendiri.

      Delete
  4. Replies
    1. Maksud pB bayaran utk dialysis?
      Mmg kena pB
      Bayaran yg paling tinggi jika dibandingkan bayaran yg akak kena waktu dialysis di Korea dan Adelaide ..

      Delete
  5. Alamaknya...bestnya ke landen...bilalah dapat pergi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa ALLAH Uncle
      Akak doakan agar impian uncle itu akan tercapai.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata