Friday, June 12, 2015

765 ~ INNALILLAH HIWAINNA ILAI HIROJIUN


Al-Fatihah

Teman dialysis akak iaitu Pakcik Salleh telah pulang ke rahmatullah pada hari Rabu lepas.

Muiz berkhidmat dgn Pakcik Salleh.
Nampak gayanya tiada lg lah kelibat Muiz di unit Dialysis.

Akak baru tahu berita tersebut pagi ini. Andai tahu awal mmg akak akan ziarah kak Rauzah pd hari Khamis. Kabarnya arwah meninggal pada hari Rabu malam Khamis.

Akak masih ingat sewaktu akak mula2 mendapatkan rawatan dialysis. Jika akak turun kereta di Lobby Hospital, selalu terserempak dgn Pakcik Salleh yg turut turun di Lobby setelah dihantar oleh kak Zah. Kami sering jalan seiring masuk ke unit dialysis. Awal2 dahulu Pakcik Salleh boleh jalan sendirian memggunakan tongkat... Tapi beberapa tahun kemudian beliau menggunakan kerusi roda dengan di bantu oleh Muiz. Sejak itu Muiz menjadi sebahagian dari keluarga unit dialysis.

Kami turut di bantu oleh Muiz dgn pelbagai bantuan. Muizlah sering membantu membeli makanan di kantin, ambilkan air utk rawatan dialysis, ambilkan selimut... Membantu pesakit dialysis yg berkerusi roda dgn menghantar pesakit tersebut ke Lobby... 
Bertahun jugalah Muiz berkhidmat untuk kami.


Nampaknya selepas ini tiada lagi gurau senda dan ketawa riang Muiz di unit kami.
Semuga roh Pakcik Salleh di tempatkan bersama roh para Solihin.

7 comments:

  1. INNALILLAH HIWAINNA ILAI HIROJIUN
    AlFatihah

    ReplyDelete
  2. Innalilillahiwainnailaihirojiuunn
    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  3. Innalilillahiwainnailaihirojiuunn...Al~Fatihah
    sejak ai cuci darah kat davita tu, dah 3 orang kawan dialisis ai meninggal. terasa sgt2 sebab bukan setakat berkawan dengan pesakit2 tu, tp berkawan juga dengan peneman masing2..

    rindulah akak pada Muiz tu nnt kan..baik budi orangnya..

    ReplyDelete
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata