Awal pagi dah bangun.
Memikir nak siap sebab ikut waktu awal lagi.
Penat semalam mmg tak hilang lagi.
Keluar dari aprtment lebihkurang pukul 715pagi. Kaunter tiket keretapi dah buka.
Suami belikan tiket 2hala utk kami.
Tren tiba tapi sesak dengan org yg mahu pergi bekerja. Sampai ke pintu sesaknua. Tak mahu terlewat ke hospital... Kami naik juga. Hanya kami berdua kerana anak2 kami biarkan berehat sahaja di apartment kerana malam tadi pun dah lewat pulang. Biar depa sambung tidur selepas solat subuh pukul 330pg.
Menanti teksi di stesen Paddington mmg penuh dengan penumpang. Kena beratur panjang. Memang pukul 800pg - 830 pg mmg waktu puncak.
Jauh juga antara kami dan teksi.
Rindunya nak balik rumah... Bila2 nak kereta dah start enjin dan jalan.... Takyah beratur....
Royal Free Hospital antara hospital yg mempunyai private wing. Kami di arahkan naik ke tingkat 12.. Dan rawatan kami di sana.
Urusan bayaran di buat sebelum pergi London. Tidak seperti di korea dan adelaide... Kita bayar waktu tiba di pusat tersebut. Di Adelaide, hari pertama depa dah ambil bayaran utk 3x rawatan beserta bayaran pendaftaran. Paling mudah di korea... Kita dialysis dulu... Habis dialysis baru bayar..... Sayang Korea.
Pesakit private di letakkan dlm satu bilik khas yg luas pemandangannya. Ada tv juga. Di berikan menu memilih makanan yg diingini. Olehkerana ramai Mak dan Pak Arab yg mendapatkan rawatan persendirian... Menu Halal disediakan.
Akak memilih Nasi Beriani kerana waktu akak dialysis sudah terlepas sarapan pagi. Jadinya akak ambil makan tengahari...
Ya Rabbi memang sedap nasi berianinya. Tak pernah jumpa sesedap itu. Rempah yg sangat wangi dan menaikkan rasa nasi beriani. Sempurna rasa.
Alhamdulillah.
Rawatan yang diberikan juga mmg terbaek. Setiap perbuatan diberi penerangan. Cara penjagaan turut diberikan.
Nurse Sindhu bertugas merawat awak sepanjang 3kali dialysis di situ. Banyak tips yg diberikan. Mula2 lihat mukanya serius.. Tapi peramah pula orangnya sebaik kita dah kenal mesra.
Akak habis rawatan dalam pukul 130ptg. Kerena keletihan sejak hari pertama tiba.. Akak dan suami tidak jadi mengambil anak2 dan membawa mereka berjalan2.
Kami balik ke Apartment kami... Solat dan keluar di sekitar kawasan Hayes. Ada pekan kecil yang cukup segalanya.
Laluan keretapi dari Hayes ke Paddinton. Kadang2 berhenti di stesen kecil kadang2 tidak. Pekan besar yg tetap berhenti ialah Southall, Ealing Broadway dan Paddington.
Apa tunjuk gambar beriani ni kak.....dah tetiba teringat kat MAHBOB pulak...adoiyaii...
ReplyDeleteSorry uncle....
DeleteNak buat catatan utk akak jika berpeluang dialysis di Royal Free Hospital lg... Sebab tu tayang gambar nasi briyani.....
Briyani MAHBOB?
Kat mana tu?
Nak cuba juga nanti....
btul makcik.bila dh merasa duduk negara luar tetiba rasa dgn beskal buruk dil..sbb kt mesir ke sana ke mari jln kaki..dn nak naik kenderaan awam brtbhlh hi..tpi pengalaman.....huhu...
ReplyDeletemakcik..syok baca pnglmn dialisis ditmbh dgn gmbr makanan...sodap...aishh..puasa..hehehe
Silaplaaa termasukkan gbar waktu puasa2 ni...
DeleteSorry..
Akhirnya kita akan rasa walau je mana jua rumah kita tetaplah 'syurga'... :)
ReplyDeleteSungguh kakcik
DeleteMmg rumah kita syurga kita..
beriani nampak sedap! royal free bunyinya free tapi mahal kan sebab royal. gabungan yg aneh. syukur dimudahkan urusan akak dapat rawatan dan servis yang baik, penawar buat kepenatan dan kelecehan bersesakan guna pengangkutan awam.
ReplyDeletemadora
Alhamdulillah..
DeleteSusah payah 10hari jer...
Pengalaman manis tu.... Kekal diingatan sepanjang hayat.
Mmg berbaloi dpt mkn briyani selepas bersusahpayah ke hospital.
selesanya kerusi dialisis kat sana. kalau la kt sini guna kerusi yg sama, mau tido 4 jam tu ;)
ReplyDeleteSungguh Ai
DeletePunyalaa selesa kerusi kat sana....
Setimpal dgn bayaran yg dikenakan.