Thursday, June 25, 2015

770 ~ Pekan Hayes


Petang Rabu iaitu hari ketiga baru akak sekeluarga berpeluang meneroka pekan Hayes. Agak besar juga pekan Hayes yang terletak berdekatan dengan Heathrow.


Ada Muslim Centre...
Tp waktu kami di sana pusat itu sedang di baikpulih dan tiada apa yg berlaku di sana.



Pekan yang ada Pharmacy, kedai barang, kedai baju, kedai hardware, kedai makan, bank dll lagi.

Jalan raya ini betul2 di hadapan apartment kami.
Stesen bas juga berdekatan dengan stesen keretapi.



Kedai milik orang Islam.


Antara beberapa kedai menjual daging dan ayam halal.


Kelihatan Mc D dibelakang tu.
Tapi bila di tanya halal atau tidak, pekerjanya memberitahu tidak halal.


Salah satu dari restoren makanan halal disini. Antara lain ada ayam goreng, burger dan pizza.


Hilang rindu makan nasi basmathi dengan kari daging atau ayam.


Sebahagian dari apartment kami.



Tesco yg berada di bawah apartment kami.



Jalan pintas dari apartment kami ke stesen keretapi. Untuk elakkan dari mendaki bukit naik utk ke pintu utama stesen keretapi ygmana hanya kami ketahui pada hari kedua...



Tinggal selama 8 hari dibandar ini memang menguji orang macam akak yg tak sabar kalau nak kemana-mana jika di rumah sendiri.

1- Kena kejar keretapi. Kadang2 tiba di stesen kena beli tiket jika tidak beli tiket duahala.. Dan mencari platform keretapi yg lalu di stesen  Hayes. Platform ada dekat 15 platform. Ikutlah syarikat keretapi mana yg 'jalan' waktu itu. Jika lepas yg itu tunggu syarikat lain. Satu tiket yg kita beli membolehkan kita naik berbagai2 syarikat keretapi yg beroperasi.
2- Naik waktu puncak turut sama bersesak-sesak dgn orang yang nak pergi kerja.
3- Menunggu teksi utk pulang ke rumah.
Beratur dengan agak lama waktu puncak di Paddington.
4- Kesana kemari tidak sebebas jika memandu sendiri. 
5- Tapi walaupun payah macamana pin..
Pengalaman itu yg mahal. Pemandangan sepanjang perjalanan dan orang yang kita temukan.

Meh akak cerita kenalan yang akak kenal waktu dalam keretapi.
Pagi Khamis hanya akak dan anak2 keluar berjalan ke Kota London. 
Dari rumah akak naik keretapi ke Paddington.

Waktu melangkah naik keretapi akak kena pastikan anak2 akak dah selamat naik keretapi. Kot2laa waktu rebut2 tu akak terlepas pandang anak2 samaada depa sempat naik ke tidak.

Kecoh juga mulut akak memanggil nama2 mereka.
Nampak semua dah selamat naik akak kena pastikan depa dapat tempat duduk. Mata akak liar mencari kerusi kosong. Nak dapatkan kesemua satu tempat mmg tak boleh. Dapatlah depa duduk satu gerabak tapi asing2.

Selesai anak2 dapat tempat akak pin duduklah disebelah wanita ini.

Taklama kemudian wanita ini bertanya akak darimana. Bgtau laa dari Malaysia... ( gatal mulut nak sebut ' i'm Malaysian.. I come in peace :-) )
Pastu dia tanya cuti berapa lama.
Pastu dia bgtau kawan kerjanya pernah datang Malaysia utk hanimun.
Dia pun mula cerita ttg anak dan keluarga sebaik melihat akak ramah melayan.
Part yg paling best bila dia tunjuk gambar kucingnya dan nama kucingnya....
Nama kucingnya Bagira..
Hahahahahaha
Kan sama tu...
Lagilah kami jadi mesra.
Akhir bicara.. Dia beriya-iya mengajak kami sekeluarga ke rumahnya.
Dia bg no talipon dan harap akak dapat kerumahnya. Walau tak dapat pun dia minta akak talipon juga.

Memandangkan masa kami sangat terhad dgn berbagai2 agenda dan tempat nak pergi.. Permintaan itu tak dapat akak penuhi. Lain kali jika ada rezeki.


8 comments:

  1. best pla pekan Hayes ni....makcik..alhamdulillah..jauh perjalanan...luas pemandangan..ramai kenalan..syukur..
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Pengalaman dan kenangan hingga akhir hayat....

      Delete
  2. memang best bual dengan akak yg ramah dan mesra. boleh klik sama frekuensi sampai nama kucing pun sama. nak dapat pengalaman yang mahal mesti bersusah kan. nasi dan pizza tu i like.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Spt akak kata dulu..
      Nama Rahmah kenalah peramah....
      Qeeb komen bila nampak akak berbual mesra dgn teman baru...
      " well..... Itulah ibu "

      Delete
  3. wow...jumpa dalam keretapi saja pon dah mesra...sama macam saya jumpa doktor gigi berbangsa vietnam di le bouveret dulu. Dia pernah tinggal di kem pelarian sungai besi sebelum dihantar ke suisse. Kami jadi akrab. Punyalah akrab, dia cabut wisdom tooth saya tanpa bagi discount...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki
      Teman tapi business mean business...
      Budaya depa kot.
      Budaya org melayu kita... Business dan kawan.... Lebihkurang ja...

      Delete
  4. kat sana pun ada YMCA, ya...

    ingatkan kat Ipoh jer...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata