Sunday, June 28, 2015

771 ~ Kisah hari Khamis dan Jumaat.

Hari Khamis...


Awal pagi suami akak dah berangkat ke Heathrow Airport mengambil penerbangan ke Barcelona. Ada seminar yang harus di hadiri disana. Makanya kami semua keluar ke Bandar London tanpa boss.

Setelah tiba dengan keretapi di Paddington Station... Akak membawa anak2 ke Oxford Street. Di situ memang pusat membelibelah.




Gedung pertama kami masuki. Terus mencari barang barang yang diperlukan.
Gedung ini tidak mempunyai pakaian kanak2. Maka kami masuk gedung yang kedua. Memang ada pakaian untuk kanak2. Seronok memilih pakaian untuk Aisyah. Di samping itu kelihatan ramai pelancung dari Malaysia. Sempat berkenalan dengan seorang dari mereka yang sedang menanti kakaknya membeli belah. Datang dari Subang Jaya dan telah seminggu berada di sana.

Selesai membeli belah, terasa lapar pula. Kami menaiki teksi menuju ke Malaysia Hall. Akak macam dah tak boleh nak makan selain dari di Malaysia Hall. Lauknya memang kena dengan selera. Tambahan pula Aisyah sangat gemar memakan ayam goreng yang dijual.



Selesai makan kami menaiki teksi menuju ke Paddington Station. Dari sana kami ambil tren pulang ke Apartment.

Hari Jumaat...

Awal pagi kami dah bangun. Akak ditemani oleh Qeeb untuk mendapatkan rawatan dialysis di Hospital.

Kami keluar awal pagi itu.
Keretapi tidak begitu sesak dan mudah mendapat tempat duduk.



Hentian teksi juga belum ramai penumpang.





Olehkerana tiba hospital agak awal, kami membeli sarapan dan menunggu waktu pusat rawatan dibuka.. Kami duduk2 di bahagian tingkat bawah hospital.



Tiba waktu pusat rawatan dibuka kami pun ke tingkat 12.

Menu diambil dan sarapan dihantar.


Selesanya ada yang melayan.
Kerusi yang disediakan pun sangat selesa.



Selesai rawatan kami dibantu oleh nurse yang bertugas menalipon perkhidmatan teksi. Kami menunggu di tingkat bawah dan  taklama kemudian teksi pun datang.

Asalnya teringin hendak berjalan2 di Oxford Street tapi memikirkan payah nak bergerak tanpa kenderaan sendiri... Kami pun pulang ke Hayes. Beli makanan di Hayes dan makan di apartment.

5 comments:

  1. best jalan2 dengan anak 2 dah besar, dah boleh jaga akak. Alhamdulillah.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      ALLAH bg rasa nikmat tumpang perhatian anak2.....
      ALLAHUAKBAR

      Delete
  2. Alhamdulillah... semuanya nampak dipermudahkanNya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik
      Saya sgt bersyukur..
      Jika waktu merancang dan melaksanakan percutian ini mcm2 halangan sampai terasa dah berat hati nak pergi tapi bila disana semuanya ALLAH permudahkan...
      Subhanallah.....

      Delete
  3. wah nice foto :)

    cepat sembuh ya

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata