Tuesday, June 02, 2015

761~ ALLAH itu ada.... Berbagai2 dugaan kami sebelum bercuti.


Kan akak ada citer pasal passport hilang?
Akak dan suami dah ambil tiket sbb kami sangka passport anak salah letak.
Cari punya cari tak jumpa2.
Buat polis repot dan buat yg baru.
Ambil masa baru dpt passport baru.
Maka tiket anak2 tak dpt sama flight dgn kami.

Nak cancel semua tp hotel dan tiket ke disneyland dah bayar.
Usahakan agar urusan perjalanan anak berjalan lancar.

Flight kami pd 30hb mei jam 1130mlm
Flight anak2 pd 31hb mei jam 930pg.

Langkah yg terbaek yg boleh kami lakukan..
Check in bersama2 pd 30hb
Anak2 bermlm di Hotel Sama2 yg terletak dlm Satelit Building dlm
KLIA.


Minta petugas hotel kejutkan depa pkl 5pg.
Depa bangun dan solat.
Then siap2 ke Lokasi A380 bay.
(Lupa panggil apa tmpt tunggu flight berlepas?

Kami terpaksa berpisah dgn mereka dgn hati yg berat. Sgt risau keselamatan mereka. Tak pernah mereka travel sendirian begitu.

Kami tiba di London dgn harapan boleh menanti depa sebelum bertemu immigration disana. Polisi sana pula tidak dibenarkan penumpang berlengah2 di ruang lepas turun kapal terbang sebelum pemeriksaan Immigration. Kami terpaksa lepaskan plan utk menanti anak2 sebelum immigration. Hati kami sungguh berat hendak meninggalkan tempat tersebut.

Kami berdoa agar perjalanan mereka berjalan dgn lancar. Kami terus memberi kabar pada Qeeb melalui Whatsapp. Mudah2an dia tak panik pula nanti jika tak seperti plan kami iaitu kami sama2 menanti mereka sebelum bertemu immigration dan kastam.

Kami keluar dari airport dgn hati yg sgt berat... Berdoa agar segalanya dipermudahkan.



9 comments:

  1. Seronok akhirnya dapat bersama keluarga dalam sebuah percutian idaman walaupun terpaksa melalui ujian.... :)

    ReplyDelete
  2. suspen nak tau sambungan...happy holidays semua.Teringat adventure 1st time kat Heathrow..berdepan immigration yg ranggi,tak jumpa org yg tunggu..

    ReplyDelete
  3. Makchaq doakan dipermudahkan kalau naik kapalterbang x risau sangat,
    InsyaAllah... Qeeb pun dah pandai....anak2 ni cerdik dari kita jangkakan.
    Tak ada pasport pun boleh book tiket kan Rahmah.

    ReplyDelete
  4. Memang adakalanya kita terpaksa buat keputusan yang kita tak suka.

    Namun ini mungkin salah satu proses mematangkan mereka.

    ReplyDelete
  5. Memang adakalanya kita terpaksa buat keputusan yang kita tak suka.

    Namun ini mungkin salah satu proses mematangkan mereka.

    ReplyDelete
  6. dah rancang sebaiknya, seterusnya tawakkal. mereka dapat pengalaman baru dan akan belajar menjadi lebih bertanggungjawab. dan akan menjadi kenangan manis. berbekal doa ibu abah. inilah hikmah disebalik ujian.
    selamat bercuti!

    madora

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya dipermudahkan..lps ni dah expert la anak2 akak :)

    sila sambunggggggg.....nak tau cerita jugak. hehe

    ReplyDelete
  8. makcik..apa sambungannya..? pasni blhlah travel sndiri...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Paris Disney? Wahhh menarik tu...rasanya cuaca masih best...kalau di Paris, jangan lupa ke Cafe de la Paix di jalan Champs Elysees. Merupakan salah satu cafe terawal...croissant dan coffee sambil melihat orang ramai lalu-lalang...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata