Saturday, January 31, 2015

722 ~ Gosip Panassssssss Pagi Sabtu


Mika ibu kucing beranak 4..
Kelabu samseng lama..
Oren samseng baru...

Mika kucing peliharaan kami.
Baru 4minggu bersalin 4 ekor anak yg comel. Warna anaknya ada yang kelabu.. Maka dah terjawap siapa Apaknya.

Baru2 ni ada kucing jantan baru dah menapak di kawasan perumahan kami. Rumah akak jadi station perkumpulan segala kucing tak bertuan. 

Kelabu yang semakin tua masih mahu mempertahankan kawasannya. Maka terjadi pergaduhan antara Oren dan Kelabu. Selalunya depa setakat bertengkar sahaja tanpa ada yg menyerang tapi pagi semalam depa bergumpal sehingga Kelabu masuk dalam longkang.

Pagi ini akak lihat Mika bagai Queen sedang di 'dtg mengadap' oleh Kelabu dan Oren.

Mika atas takhta






Oren sangat memberi perhatian pada Mika. Pantang Mika bergerak, Oren akan mengikuti Mika. Kelabu cuba2 juga tapi Oren yang masih muda lebih pantas.


Sehinggalah akak membuka pintu dan menyuruh Mika masuk.
Kelam kabut Oren mengikut Mika sampai pintu dan cepat2 akak menutup pintu.


Hahahahahahha
Kiranya Mika mmg Ratu kawasan ini..
Ada hero sanggup menunggu
Walaupun dah beranak Ampat...

Lagu Mudiak Arau
🎶 Baranak Ampek
Den nanti juo...
Den nanti juo...... 🎶

Selepas ni tak terkejut laaa kami kalau dapat anak kucing warna Oren..

Saat kegemilangan Kelabu




Nampak Kelabu Junior?

Lepas ni Oren Junior...

6 comments:

  1. wah..makcik..kelasss ada ratu dalam umah..hehehe..brtmbah ahlilah nnti..:-)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Betul kakcik
      Mika mmg ada kelas
      Mmg rupanya cantik dari kucing betina yg lain

      Delete
  3. gemuk2 nya anak kucing tu..nampak sihat..walaupun beranak 4..tapi body macam anak dara..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yan
      Anak 8 ekceli
      Sebelum ni beranak 4 juga..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata