Sebaik lepas SPM akak mengikut kawan baik akak pergi belajar menaip. Sekitar tahun 1980an mmg setiap anak dara habis SPM akan pergi belajar menaip. Ada lagi satu pelajaran yg turut diambil iaitu trengkas.
Bagi yang ada kedua sijil menaip dan trengkas akan mudah mendapat kerja sebab itu antara ciri yg perlu untuk menjawat jawatan kerani atau setiausaha.
Oleh kerana memang sikap akak ni jenis mudah jemu... Tiada sijil yg akak dapat kerana selepas belajar sebulan dua, akak berhenti. Rasa macam penat laa nak belajar sebab akak lebih berminat nak sambung belajar dan tiada cita2 nak bekerja kerani atau setiausaha.
Tapi dalam pada belajar sekejap, akak tetap minta daripada arwah mak sebuah mesin taip. Seronok punya sebuah mesin taip manual. Rasa macam2 nak ditaip.
Bila ada masa lapang akak buat cerpen. Ada yg sempat akak kompile dan ada yg tidak. Bila baca semula berangan macam penulis hebat yg selalu digambarkan dalam filem. Kemahiran menaip setakat taip tanpa sijil yg diiktiraf... Memang seronok.
Bila akak bekerja sebulan sebelum arwah mak meninggal kerana seranan dari saudaramara yg menggalakkan akak bekerja sementara waktu sebelum arwah mak meninggal sebab nak bagi arwah mak rasai duit gaji akak, akak mula bekerja di Forwarding Agent di Subang Airport.
Kepantasan menaip sangat diperlukan. Mujur akak pernahlaaa belajar menaip.
Mesin taip letrik pertama yg akak temui
.
.
Setiap kali ditekan hurufnya, bergegar bebola hurufnya. Huruf yang ditaip tercetak beserta bunyi gegar... ( ada satu macam bunyi) kalau tekan laju2... Lagi kuat bunyinya....
Kemudian dalam tahun 80an juga diperkenalkan komputer meja. Kerja2 menaip menjadi lebih mudah dan lebih seronok.
Anak2 sekarang mmg dah tak merasa menggunakan mesin taip. Rindu pulak dengan mesin taip.
Senyum sendirian bila baca entri ini. Abah hadiahkan saya mesin taip bila dapat keputusan baik dalam SRP.
ReplyDeleteMulai dari saat itulah saya minat menulis hingga mak abah bising sebab tak boleh tidur mendengar mesin taip berbunyi memecah sunyi malam di kampung...
Kiranya IM lagi awal dihadiahkan mesin taip...
DeleteSeronokkan memiliki sesuatu yg jarang2 rakan sebaya kita ada....
saya boleh taip guna dua jari saja.Tupp tapp tuppp tappp.
ReplyDeleteCikgu...
DeleteKalau saya tak belajar menaip mmg saya menaip guna dua jari jer..
Tapi bila dah memulakan dengan huruf
ASDF...LKJH
Memang memudahkan jari utk menaip....
Saya bawa mesin taip naik bas dari Dungun ke KL. Silap saya sebab letakkan mesin di compartment bawah bas untuk letak barang. Sampai puduraya cari dah tak jumpa. Saya buat repot polis di Puduraya menghala ke jejantas nak seberang jalan...Polis kata, :selamat tinggal!"
ReplyDeleteAduh uncle...
DeleteGeramnya dgn pencuri tu
Akak pulak kawan pinjam, tapi bila rumahnya terbakar... Dgn taip2 akak terbakar....