Sunday, January 11, 2015

708 ~ Berkat .....



Tengahari semalam akak pergi menghadiri kenduri kawin anak kawan sekelas akak. Sekali dua org anak gadisnya berkawin. Sungguh meriah bertemu dengan kawan2 lama.






Ada seorg tu akak jumpa setelah berpuluhtahun tak bertemu. Lepas tingkatan 2, dia berpindah ke sekolah yg berdekatan dengan rumahnya.
Puziah namanya. Ibunya waktu kami sekolah tingkatan satu, menjual mee kari di rumah mereka. Pada akak, itulah mee kari yg tersedap pernah akak rasa. Kami tingakatan satu sekolah petang. Wajib singgah kerumahnya makan mee kari ataupun beli utk makan di sekolah.

Memang sangat puashati dan kenyang dengan masakan emak puziah. Sekarang, tiapkali akak membeli meekari, akak selalu berharap dapat rasa sama seperti mak puziah masak. Selalunya memang hampa.

Semalam, puziah menjemput akak kerumahnya utk dijamu dengan mee kari. Memang seronok laaa akak. Panjang umur mmg akan akak sahut pelawaan itu.



Selesai kenduri akak ke Bandar Baru Ampang. Disitu terdapat tailor yg sangat akak puashati dengan jahitannya. Alhamdulillah.. Sahabat baik akak yg mengenalkan tailor yg sangat bagus ini.
Sewaktu akak sampai ada seorang pelanggan yg sedang menempah baju.
Kami berbual2 sehinggalah waktu hendak pulang dia memberi panduan untuk pulang ke Bandar Baru Bangi melalui jalan yg tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas.

Dari kedai Tailor kami akak kena keluar ikut simpang ke kanan... Kemudian akan bertemu dengan lebuhraya Sungai Besi...
Dari situ perjalanannya sangat selesa tanpa kesesakan berbanding jika mengikut laluan yg biasa akak lalui.

Bayangkan selama bertahun Lebuhraya Sungai Besi telah ada, akak tak pernah tahu laluan tersebut dapat memudahkan perjalanan akak untuk berulang alik ke Bandar Baru Ampang.

Syukur Alhamdulillah...

Berkat bersikap ramah....
Alhamdulillah.....

8 comments:

  1. Seronoknya dapat bertemu dengan kawan2 dan berkongsi pelbagai cerita serta pengalaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik
      Mmg seronok kakcik
      Hendak2 dgn org yg selalu kita teringat2 masakannya...
      Ekekkekeek

      Delete
  2. mujur akak ramah berbual dengan pelanggan tu..kalau tak..samapai sekarang pun akak lom tahu lagi jalan shortcut tu...

    kak minta lah resepi mee kari dengan puziah..leh kongsi di blog nanti..yan nak tahu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yan...
      Mujurlaaaa pelanggan tu pun jenis peramah.... Menunjukkan jalan sampai keluar kedai...
      Mmg tak pernah akak menyangka ianya boleh diatasi dgn laluan Lebuhraya Sungai Besi.......
      Lepas ni mudahlaaa akak nak ke Bandar Baru Ampang.
      Nanti pasti akak minta resepi selepas merasai meekari Puziah. Itupun kalau sama rasa dengan airtangan emaknya....

      Delete
  3. Jauh nya akak ....
    Kalau dekat dekat , nak jugak pB tumpang jahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB tinggal dimana?
      Ikut Lebuhraya Sungai Besi dekat jer....
      Atau dtg bangi, kita pi sama2....

      Delete
  4. Saya memang suka makan mi kari. Kalau di kampung, ada mi kari Pak Latip tepi jaambatan. memang best.

    Kalau balik ke Penang, selalu singgah di RnR Gunung Semanggul. kalau masih boleh makan, akan beli mi kari di gerai Fiona Kitchen. Walaupun mi karinya taklah sesedap mana, janji mi kari... kira orait le tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla IM ni..
      Tekak tak lorat.
      Akak ni sbb dah rasa yg sedap... Sampai bila2 mesti nak dapat sedap yg serupa...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata