Dahulu kalau nak balik kampong.. Mengambil masa agak sehari.
Pagi2 dah keluar rumah dengan arwah mak.. Ambil bas pergi ke Bangkok Bank.. Kemudian jalan kaki ke Pudu Raya. stesen bas lama sebelum Bangunan Pudu Raya di bina.
Kemudian ambil bas ke Hentian Bas Seremban. Turun di Hentian Bas Seremban, ambil pula bas menuju ke Pekan Nilai lama.
Begitu begini mengambil masa hampir sehari untuk sampai ke Kg Sungai Sekah.
Turun bas di stesen bas Nilai, berjalan kaki pula menyusuri tepi Masjid dan sekolah masuk kedalam kawasan perkampungan.
Rumah nenek saudara yg bernama Ayek Senah. Panggilan Ayek adalah nenek bagi masyarakat Minangkabau.
Akak mencari juga rumah ayah dan emak saudara yg mendaftarkan nama akak ke dalam suratberanak tapi sampai kehujung jalan tak ada. Hanya sebuah tapak rumah bersemak samun tinggi dan berpagar. Sayangnya... Bagaimana satu masa dahulu suasana rumah tersebut sangat memberikan ketenangan.
Sebaik melangkah masuk halaman yg bersih terjaga.. Ada dua pokok rambutan kiri kanan sebaik melangkah lagi kedalam kawasan rumah. Dengan pokok manggisnya dihujung tangga... Terdapat kolah air untuk digunakan menadah air hujan...
Halaman yg luas bersih kerana arwah bapa saudara yg dipanggil Ayahchik cukup rajin mengemas halaman rumah.
Makchik chap akan ke pasar membeli barang2 keperluan memasak.
Tetapi sebentar tadi, akak balik semula ke kampong Sg Sekah hanya mengambil masa setengahjam dari Bandar Baru Bangi. Kami ke Restoren Wati tepi kubur yg letaknya berdekatan dengan kampong akak. Selesai menjamu selera kami melihat kampong akak.
ALLAHUAKBAR
nak menitis airmata bagaimana mudahnya nak balik kampong berbanding waktu dulu dan sudah jauh bezanya suasana kampong halaman akak yg suatu waktu dulu sangat mendamaikan dengan air sungai yg nyaman di belakang rumah Ayahchik....
Pernah mandi sungai dan melihat anak2 ikan sembilang berenang2 di tepi2 anak pokok getah ditepi sungai.
Samalah seperti orang pergi ke Mekah dahulukala... berbulan-bulan baru sampai dengan menaiki kapal laut...
ReplyDeleteSekarang ini tak sampai sehari pun dah tiba.
Kita juga kian dimamah usia... betapa masa meninggalkan kita...
Sungguh kakcik
DeleteMasa berlalu mmg pantas berbanding kita kecik2 dulu. Nak menghabiskan cuti sekolah dua minggu rasa lama sangat...
Skrg, cuti 2bulan mcm seminggu jer....
mungkin dulu masih banyak hutan tebal lagi...tu yang bas ikut jalan jauh..untuk sampai
ReplyDeleteYan
DeleteBetul tu..
Dulu banyak ladang2 getah dan ladang kelapa sawit...
Bas ikut route yg jauh ikut jln persekutuan.
Sekarang dah ada highway...
Semuanya dah jd lekas nak kemana2...
makcik..dil sayu sangat baca entry ni..betapa cepat masa berlalu...:-(
ReplyDeleteSungguh Dil
DeleteTak ramai yg merasai apa yg makcik rasai dahulu.
Sungai di kg Dil masih jernih?
di kg abah dil dah banyak berubah juga makcik..pembangunan sana sini..bila balik dh tak rasa suasana kg tu...huhuhu..rndu sungguh saat itu..
DeleteMakcik pun sangat rindu kerana di kg itulaaa terasa sangat aman damai dan tenteram.
Delete