Monday, January 26, 2015

718 ~ Manja kakaknya...


Mungkin sebab waktu akak melahirkan Aisyah, kakak Qeebnya berusia 10tahun. Dah besar dan dah berani memegang dan memandikan bayi.

Tiapkali waktu pagi, akak rajin keluar mengaji dengan maktok waktu tinggal di Pulau Pinang, waktu itu Qeeb curi2 memandikan Aisyah yang masih bayi. Pembantu rumah juga tidak pernah bgtau akak malah akak tak pernah tahu sehingga Qeeb menceritakannya beberapa tahun lepas itu.

Baby mmg seronok di peluk cium dan dukung. Mungkin sebab itu Qeeb tak boleh menahan dirinya dari tidak memandikan Aisyah walau sudah dipesan tidak berbuat begitu.

Malah, waktu Aisyah meningkat besar... Sekitar usia 5/6/7/8 ... Bahkan usia begini dgn berat mencecah 45kg.. Qeeb lah orangnya yg akan mendukung Aisyah bila2 Aisyah rasa tak larat nak jalan waktu pergi jogging atau menyopping... Kami mmg tak larat nak melayan jika Aisyah merengek minta dukung bila tak larat jalan. Kakak Qeeb laaa orangnya yang akan volunteer tanpa disuruh, mengencang adiknya sepanjang jalan.


Walhal jika ditimbang, berat Aisyah melebihi berat Qeeb.

Dah sayang...

Kakak Zahrah pula menunjukkan kasihsayang dgn cara berbeza. Tugas menyediakan sarapan dan pakaian dan kelengkapan sekolah menjadi kewajipannya. Kakak Zahrah lebih mengetahui Aisyah suka makan roti disapu dengan apa... Jika goreng telor suka telor dimasak bagaimana dan air untuk sarapan air apa. Kerjarumah yg diberikan oleh guru kelas mmg kakak Zahrah yang pantau.

Kakak Ain pula...
Waktu Aisyah lahir, usianya baru 6tahun.
Fahamlah kan Ain rasa bagaimana.
Tapi sebab Aisyah mmg sangat menyayangi Ain walau apapun... Sehinggalah Aisyah bukan seorang anak yg bergantung penuh pada pembantu rumah sprt kakak2nya yg lain.... Bila pembantu rumah balik  bercuti atau berhenti mereka akan rindu. Aisyah pula lansung tak peduli. Yg penting kakak Ainnya ada. Jika ibu dan abah tak ada pun tidak jadi masalah... Kakak Ain mesti ada. Sedangkan kami nak bawa hanya Aisyah keluar, Aisyah takkan mahu andai kakak Ain tidak bersama. Sanggup ditinggal dirumah bersama kakak Ain.

Alhamdulillah...
Seronok mengenang dan melihat hubungan akrab dan kasihsayang mereka adik beradik. Semuga hubungan kasih itu akan kekal hingga keakhir hayat.

10 comments:

  1. Anak bongsu mmg menjadi kesayangan kan...perhatian tertumpu kpd dia lagi2 bila jarak tu agak lama:-) Untung Aisyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Agaknya semua perempuan.. Rapatnya lebih lagi...

      Delete
  2. tuah anak bongsu dikelilingi kasih sayang...

    ReplyDelete
  3. akrabnya hubungan adik beradik..saling memahami.. :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Ibu bapa pun main peranan utk mengeratkan sesama depa.

      Delete
  4. anak perempuan lain cara tunjuk sayangnya..
    anak lelaki lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Doc
      Bandingkan dgn anak adik ipar akak yg semuanya lelaki.. Memang sgt berbeza. Bagai langit dgn bumi jika compared dgn kami.

      Delete
  5. Aisyah sama berat dgn auntie ai! hehe...
    alahai..anak bongsu mmg lain kan kak? tp kalau kat rumah ai tu rasa mcm ada 2 org bongsu. BB + Adek. Sorang ganas ala2 boboi, sorang lagi ala2 ostajah diva divana. Tp sronok je melayan dowang ^_^

    ReplyDelete
  6. Iyer?
    Aisyah sama berat dgn Ai???
    Mmg anak2 ni berbagai ragam

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata