Thursday, January 29, 2015

720 ~ Demam serumah...


Pagi ni waktu kejutkan Aisyah, katanya dia sakit tekak dan rasa tak sihat.
Kejutkan Qeeb, katanya class dibatalkan pagi ini. Qeeb balik semalam kerana mencabut gigi geraham bungsu yg baru tumbuh dan menyakitkan gusinya. Buat appointment dengan mak sedaranya.. Balik kelas semalam terus cabut.

Sedang memantau Aisyah yang sedang memakai nebulizer, tetiba datang Ain yang dah siap berpakaian sekolah meminta akak merasa dahinya. Katanya dia pun tak sihat dan batuk. Melihatkan kesungguhannya datang mendapatkan akak dan meminta merasa dahinya.. Akak pun keluarlah surat kebenaran bercuti buat Ain juga.

Jadinya pagi ini semua ada dirumah kecuali abahnya yang pergi kerja.

Padahal akak waktu solat subuh tadi dah terbayang2 nak sambung tidur kerana rasa badan pun tak sihat sejak hari Isnin. Kebetulan hari ini akak puasa ganti... Ingatnya nak sambung tidur sahaja. Hmmmmmm Qeeb pulak sempat suges minta akak buat bubur untuk seisi rumah yang tak sihat ni....

Teringat akak waktu kecik2 dulu.. 
Kalau bgtau arwah mak akak demam, arwah mak sure belikan air ini....
.
.
.


F & N ice cream soda

Rasanya masam2... Mmg sesuai untuk org demam...

Tapikan ada seorang cikgu tu dia lebih ngidamkan ini bila demam..



Semuga cikgu Son segera sembuh ya.

10 comments:

  1. Semoga seisi rumah yang demam itu segera kebah dan sihat kembali sepenuhnya...

    Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      Terima kaseh kakcik
      Saya tak jadi demam
      Postponed...

      Delete
  2. Masa saya kecil dulu di kampung, keraplah demam satu rumah.

    Tapi sejak berkeluarga sendiri ni, rasanya belum pernah lagi kecuali bila terkena campak besaratau orang Perak gelar pelentong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu demam mudah jangkit kan?
      Mungkin sekarang imunisasi kita lebih dari dulu... Kebal sikit..

      Delete
  3. ice cream soda tu my fevret tak kira demam. ye lah kenapa org dulu beri minum air gas untuk demam? i ingat mak belikan sarsi. muga semua cepat sembuh.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. U tau
      Mlm tu Aisyah belikan ibunya Ice cream soda.
      Padahal dia bukan baca pun blog ibunya....

      Delete
  4. Kalau demam semua benda rasa tak sedap kak dapat yang masam-masam baru terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aina
      Mesti pekena tomyam baru kebah rasanya

      Delete
  5. Semoga cepatlah sembuh seisi keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh Uncle...
      Aamiin Ya Rabbal Alaamiin

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata