Tuesday, February 03, 2015

723 ~ Serupa macam ibu dia...


Bila Aisyah menunjukkan minat nak memasak, teringat kisah akak waktu kecik dulu. Sebelum pandai masak, akak main masak2 dgn kawan sebaya.

Kami menggunakan periuk mainan utk masak nasi. Pasang api dari kayu. Batu bata jadi tungku periuk kami.

Nasi mmg masak.. Kadang2 mentah.. Tapi sedappppppppp
Rasa sangat nikmat dpt makan nasi yg seciput tu dalam periuk nasi mainan jer pun... Tapi nikmat sungguh makan panas2... Periuk penuh jelaga pun tak kisah. Badan bau asap pun tak kisah... Janji dapat makan beras yg kami bawa dari rumah dan kami masak jadi nasi.

Lauk selalunya kami rebus telor. Kalau
Nak goreng pun kami goreng ikan bilis dalam kuali mainan juga. Itu pun rasa nikmat juga.....

Bila lihatkan anak2 akak sekarang tak pandai nak lasak2 diluar rumah macam akak rasai waktu 40 tahun dulu... Kesian juga... Macamana kami akan petik segala daun2 yang jadi pokok pagar seperti pokok pandan serani.. Bunga raya.. Bunga yg berwarna warni.. Kami jadikan bahan jualan. Kenkononnya sayur2an...

Jadinya petang tadi bila Aisyah teringin
nak goreng telur dadar sendiri.. Akak biarkan tapi dipantau oleh kakak zahrahnya...



Chef Aisyah
Lengkap pakai apron dan topi chef kakaknya.

Siap telur dadar, bagi ibu rasa.
Perfect rasa garamnya.....
Nanti belajar nasi minyak pula....

10 comments:

  1. Dah namanya anak perempuan, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik
      Dah sifat perempuan...
      Lambat cepat akan terserlah juga..

      Delete
  2. sekejap je anak kita dah 10tahun

    madora

    ReplyDelete
  3. Amboih...dari telur dadar terus melompat ke nasi minyak!!! Briyani bila pulak?

    ReplyDelete
  4. Uncle
    Briyani- belum berani
    Sbb ibu dia pun masak guna yg dalam kotak...

    ReplyDelete
  5. memang seronok main masak2...budak2 sekarang mana tahu bakar kayu...senang pakai dapur gas..petik keluar api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan
      Mmg banyak yg budak sekarang tak rasa apa yg kita rasai zaman kita dulu... Maybe pengalaman akak lg banyak berbanding Yan sebab akak lagi tua dari Yan.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata