Dah lama akak tak cerita mengenai office mate akak. Sejak akak dipindahkan dari geng uncle yg suka memerhatikan akak makan dan akan tanya apa yg akan akak makan.... Akak dah jarang melihat2 uncle yg ada depan akak. Kalau auntie yg datang shift kedua, akak rajin juga berbual dengan mereka.
Uncle yg seorang ni memang dahlama dialysis. Antara orang yg akak jumpa waktu akak mula2 buat rawatan dialysis di Hospital Serdang.
Memang dari awal akak perhatikan beliau seorang yang banyak mempraktikkan berbagai2 cara untuk kekal sihat. Cara yang dia sendiri rekacipta. Antaranya:
- Sambil duduk dialysis, dia akan hentak2kan kaki kirinya kelantai kerana katanya kakinya perlu dihentak untuk peredaran darah yg baik.
- Dia juga menepuk2 dadanya untuk lancarkan darah kejantung.
Baru2 ni dia mengalami masalah penglihatan. Penglihatannya sudah tinggal 30% sahaja. Apabila di cabut jarum dari fistulanya.. Dan disuruh tekan lukanya, dia tak dapat nak pastikan samaada dia menekan luka ditempat yg betul sehinggalah kami terlihat darahnya yang meleleh ke lantai.
Mujur kejadian berlaku ketika ramai pesakit dan petugas perasan. Jika tidak memang berbahaya pada nyawanya andai darah berterusan meleleh keluar dari luka.
Cara membersihkan darah yang tumpah ke lantai ialah dengan menabur sejenis serbuk putih seakan tepung dan selepas tepung meresap darah tersebut, darah tersebut mudah untuk dibersihkan. Andai gunakan mop dan air, akan kotorlah semula lantai tersebut dengan campuran darah dan air. Payah nak dibersihkan.
Nanti akak tanyakan tepung/serbuk apa yg mereka gunakan untuk membersihkan darah yang tumpah.
Kalau di hospital, peralatan mereka lengkap untuk urusan perubatan dan yang berkaitan.
ReplyDeleteKalau di rumah, bila darah tumpah mesti kita lap pakai kain buruk atau mop...
Itulaaaa
DeleteSaya nampak kalau pakai mop mmg lagi payah nak bersih..
Lagi merebak kawasan yg tak terkena darah...
kat tempat ai haritu makcik shift tghari gi cabot jarum masa tengah cuci. 2-2 jarum lak tu dicabutnya. banjir dgn darah centre tu akak. huhu..bila ditanya, dia kata tangan dia rasa gatal. tu yg dia garu sampai tak perasan jarum tercabut. Tp sebenarnya dia dah tak berapa ingat. Sekejapan je. Masa ai memula tengok dia, dia ok sihat. Sekarang ni dah tak berapa sihat. Smp kadang tu misi pun dia ingat anak dia :( sian ai tengok....
ReplyDeleteHadoi kesiannya makcik tu
DeleteDahlah sakit begini.. Pelupa2 pula tu... Mmg bahaya...
Bahagian masing2 kan.
Ai jaga kesihatan ya.
pernah nampak serbuk ni sewaktu menunggu di wad kecemasa..masa tu ada pesakit muntah...serbuk ni ditabur atas muntah tu..
ReplyDeleteYan
DeleteBaguskan utk kegunaan kita bila2 kecemasan begitu.
Pealatan untuk memudahkan kerja kak, kalau tak jenuh nak mop. Mungkin serbuk tu menyerap bau sekali dan dah sedia anti septik dalam tu.
ReplyDeleteRasanya laaa Aina
ReplyDeleteSerbuk itu memudahkan kerja2 pembersihan.