Tuesday, January 06, 2015

704 ~ Ibu lagi lasak....


Bila ke IOI Citymall ada suka pergi menjengok di satu ruang yang disediakan untuk Main Luncur Ais kerana pada usia 14tahun akak cukup gemar melakukan xtvt bermain luncur ais setiap hari sabtu dan ahad. Waktu itu hanya di Sungai Wang Plaza mempunyai ruang main Luncur Ais.


Berbeza sekali dengan waktu akak main dahulu. Ruang ini lebih luas dan terbuka manakala di Sungai Wang Plaza ianya berada di tingkat 2 dan agak rendah bumbungnya. Bila dah ramai2 berkumpul di dalam kawasan tersebut, nampak sekali kesesakannya.

Akak taklah pandai mana pun. Sekadar boleh luncur sikit2 dan bergerak la jugak. Tapi tetap tak lepaskan peluang untuk meluncur setiap hari sabtu dan ahad. Lama kelamaan luncuran yang awalnya bertatih tatih... Menjadi lancar cuma tidaklah selaju mereka yg mmg pandai dan mahir meluncur.

Anak2 akak yang melihat permainan luncur ais ini tidak pula teringin mencuba
Sebagaimana akak waktu seusia mereka. Qeeb beri alasan takut jatuh dan patah tulang... Ain dan Aisyah belum dapat ilham bagaimana nak memulakannya. Nantilaa akak usha sikit2... 



Rasanya Aisyah akan berminat jika disewakan sekali Penguin tersebut. Akak pun tak tahu ada khidmat sewa penguin sebagai bantuan untuk bergerak dengan mudah bagi mereka yg baru belajar. Akak gugel nampak harga untuk menyewa...

Jadinya... Aisyah .. Ain...
Jom.....

10 comments:

  1. Jom...boleh bayangkan dak.Nenek nenek cuba ice skating.

    ReplyDelete
  2. Hahaha ...

    Anak-anak sekarang lebih cintakan permainan atas talian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesangat kakcik
      Anak2 sekarang main pakai jari jer
      Jom kita tunjuk kat depa kita lagi lasak..
      Jom kakcik, cikgu kita pi main luncur ais....

      Delete
    2. Jommmm... tapi kakcik takut hilang imbangan je dek badan yang terlebih comel ni... Dah le kat tulang belakang ada skru... :)

      Delete
    3. Kakcik
      Kita jamin selamat sebab guna khidmat Pinggu :-)

      Delete
  3. Replies
    1. Ha ah serupa
      Kalau akak tuntun belakang tu lagi ohsome...
      Ekekekekekkekeke

      Delete
  4. budak kecik dua dah berkali2 mintak nak iceskate, mak yang tak lasak ni yg tak bagi.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak tak lasak takpa..
      Budak kecik 2 tu ada abg dan kakak boleh pantau....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata