Friday, January 30, 2015

721 ~ Sibuknya semalam...


Semalam akak cuti dialysis. Mmg ingat nak rehat2 sebelum menghantar Qeeb ke kuliah.

Tetiba anak bgtau kesian Bagera.. (Anak kucing yg membesar dirumah kami dan tumpang menyusu dan bermanja dgn Mika) Bagera telah dipukul samseng kawasan perumahan kami. Ada dua tiga samseng yg akak kenal pasti tapi tak pasti pula penyerangnya.

Bagera mengalami luka yg agak besar hingga tersiat kulitnya. Telinganya juga cedera. Qeeb kuatir andai luka Bagera menjadi mudharat seperti luka Tuntung kucing oren kesayangannya yg terkorban walau dirawat.

Akhirnya akak pun bersetuju untuk menghantar Bagera mendapatkan rawatan. Dah bela sejak baby, dtg tagih kasih dgn Mika dan kami... Tentulah rasa sayang itu ada.

Hantar ke Vet di sahkan Bagera mengalami demam dan luka dicuci. Kena ambil antibiotik dan ubat demam. Cuci perlu dibersihkan dan disapu krim. Kerja2 merawat dan memberi ubat mmg dah jadi tanggungjawap Ain dan Qeeb. Mereka dah mahir memberi kucing makan ubat pil. Alhamdulillah.


Kemudian akak nak selesaikan urusan pembelian pakaian beragam untuk Aisyah dan Ain. Mujurlah akak bawa mereka untuk membeli kerana akak mmg tak menyangka saiz baju dan seluar pakaian beragam mereka mmg benar2 lain dari baju dan seluar mereka yg pernah akak belikan tanpa membawa mereka.

Ain dengan ukuran badan yang tinggi.. perlu seluar yg saiz 36. Tapi pinggangnya saiz 33. Jika ambil saiz 34.. Seluarnya senteng walau ukurpinggang berpadan.
Mujur akak ada kenal tukang jahit yg berdekatan rumah akak boleh tolong alter seluar tersebut.

Aisyah pula.... Saiz baju dah sesuai tp bila nak butang.... Tak lepas. Kena ambil besar sikit tp tak boleh besar sangat nanti baju tak cantik di pakai. Mmg dah tiba masa Aisyah kena diet...

Yg memeningkan akak sekarang ni nak kena jahit segala macam lencana pengakap dan tunas putri... Hadoi.... Ada ke tukang jahit ambil upah jahit?
Masa beli mmg best.. Pilih segala macam lencana.. Siap ada nama negara, nama negeri.. Nama daerah/zon... Dan lain2 lagi.... Baru Pengakap..
Tunas putri pula dgn lencana pelbagai nama....
Aiyayaya.......

Petangnya tetiba akak teringat satu tempat yg dahlama akak tak pergi mencari bahan2 masakan yg segar. Sejak teman ke pasar tani akak dah masuk kuliah... Akak dah jarang ke sini. Kebetulan semalam kuliahnya di batalkan maka akak pun mengajak Qeeb pergi ke sini.


Pasar Tani seksyen 16 setiap hari Khamis.

Rasa seronok melihat aneka pilihan ikan, udang, daging, sayur2an dan berbagai juadah makanan siap masak. Dengan diri akak berpuasa semalam mmg seronok dan tergoda nak membeli berbagai lauk.

Mmg dah jadi kegemaran akak walau dimana pun akak mesti hendak ke pasar. Rasa luas mata memandang dan terbuka minda.

Padahal...
Waktu bangun solat subuh mmg terasa nak berehat jer seharian.

9 comments:

  1. Anak2 kita kian membesar. Kakcik pun dah tak pandai nak agak saiz mereka. Bila beli ingatkan dah cukup besar, rupa2nya tak muat juga... :(

    Sehari dua ni kakcik pun rasa macam tak sedap badan, harap2nya tak melarat jadi demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga kakcik segera sembuh dan JJCM lg...

      Delete
  2. saya pun suka pegi pasar. walauun pasar tu busuk dan becak. kalau boleh pegi pekan hari atau pasar tani ...lagi best..

    ReplyDelete
  3. yan suka pi pasar lambak dan pasar malam lebih banyak pilihan :-))

    ReplyDelete
  4. saya paling malas pergi pasar atau pasar tani.Tak tau pasaiapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sbb cikgu bekerja.
      Jarang ke pasar.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata