Saturday, September 01, 2012

410 ~ Jejak Kasih di hari raya....



Sempena Hari Raya Aidil Fitri Yang Mulia ini.. akak membuat satu 'mission' iaitu menjejak kasih dan menemui saudara mara yang lebih 'senior' untuk bertemu dan menyambung tali silaturrahim kami...

Seawal raya kedua akak dah berpeluang bertemu dengan kakak saudara yang sewaktu akak kecil dahulu, dirumahnya dan dengan keluarganyalah akak dan emak akak sering bertandang. Keluarganya yang besar membuatkan kami seronok bila tiba waktu makan. Berebut-rebut dan sangat menyelerakan. Masa kecik dahulu memang akak sangat takut dan hormatkan kakak saudara ini dan arwah abang saudara.. tapi bila dah berusia begini kemesraan itu bagai adik beradik. Selalu mengenang kisah masa akak kecik2 dahulu bila bercerita...




Nenek saudara suami yang membuat akak rasa mempunyai seorang nenek... 20 tahun mengenali beliau.. seorang yang berlemah lembut dalam pertuturan...





Kakak saudara yang sudah akak anggap sebagai kakak sendiri sejak kecil akak dipeliharanya...
sebelum beliau mendirikan rumahtagga, kepadanya tempat akak menumpang kasih dan bermanja..




Terharunya...
Semalam, sewaktu Aisyah bersalam dengannya.. Dia merenung wajah Aisyah dan tertawa kecil  sambil bertanyakan nama Aisyah dan umur Aisyah. Akak rasa dia ternampak akak masa kecil bila melihat wajah Aisyah...





Yang ini akak belum berpeluang nak bertemu. Hari ini, Insya'ALLAH...
Kakak sulong kepada kawan baik yang dah menganggap akak sebagai anak dan adik mereka... Waktu hari pernikahan akak, Along lah yang paling sibuk menguruskan segala keperluan..
Terima kaseh Along menerima saya diwaktu saya benar-benar memerlukan keluarga....



Alhamdulillah... petang tadi dapat juga mencuri masa bertemu dengan Along.. memang dah sangat rindu padanya... Dengan terkejar nak pergi rumah terbuka, sempat juga bertemu dan pergi makan dengan Along, Zuraida, Sham dan kak Tina... Alhamdulillah.... Masih dapat beraya dengan Along....


4 comments:

  1. Replies
    1. doktor...
      gambar ni beraya dimerata-rata...
      yg memuler di Selayang, then Muor, then Kepong and last sekali di Desa Pandan....

      Delete
  2. marilah beraya dgn kerabat di ipoh pula...

    -sara-

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata