Friday, September 21, 2012

421 ~ ALFATEHAH buat Nek Busu....


Tiapkali raya kami akan beraya di Muar.




Nek Busu Hendon
waktu kami bertemu dengannya bulan lepas.





Al-Fatihah
Buat Nek Busu yang meninggal dunia pada hari Khamis 20hb September 2012.

Dengan nama ALLAh Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan Sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, s.a.w. penghulu sekelian Rasul an juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

Ya ALLAH, jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya ALLAH, Engkau ialah Tuhan bagi si mati. Engkaulah yang menjadikannya dan Engkaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam, dan Engkaulah yang mencabut nyawanya. Engkau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada Mu untuk si mati ini.

Ya ALLAH, ampunkanlah kesalahan kami dan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan si mati ini, mohon limpah kurnia Mu jua wahai ALLAH, Tuhan sebaik-baik pengurnia rahmat.

ALLAH cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhamma serta keluarganya dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Segala pujian itu tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir sekelian alam.

AL-Fatehah....
Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkannya bersama-sama para solehin.

5 comments:

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata