Tuesday, September 25, 2012

424 ~ Kerja Shift Malam.....


Baru-baru ni akak diberi headphone yang matching laptop... brand yang sama... Bila malam-malam suka dengar lagu taklah mengganggu teman sebilik. Tapi dalam pada seronok melayan kenkawan... dapat kerja baru pulak... DJ Radio Bangi...





Siapa masih ingat sekitar tahun 70an dulu? Hiburan kita tak banyak. Rancangan tv juga tidaklah sebanyak sekarang. Jika ada movie dan series yang kita suka pun terhad masanya... jadinya masa kita banyak dihabiskan dengan radio transistor guna bateri... Kerap buka radio, maka keraplah baterinya habis. Ada ketikanya tak da duit nak beli bateri baru, bateri lama tu kita jemur ditengah panas seharian... then malamnya kita guna semula... (rindunya masa dulu... kita lebih kreatif)

Tepat pukul 9 malam akak suka cari chanel FM Stereo. Kita boleh hantar request lagu pada stesen radio dan jika bernasib baik lagu permintaan kita akan di ke udarakan.

Ayat yang paling kerap didengar sebelum rancangan lagu pukul 9
" Ini pembesar suara sebelah kanan " suara lelaki
" Ini pembesar suara sebelah kiri " suara perempuan

Masa ni akak yang punya radio kaset, sempat sedia dengan kaset kosong dan secepat kilat sebaik dengar intro lagu yang kita suka... akak pun tekan 'tape'... dapatlah lagu free... nasib baik semua lagu yg ke udara malam tu kita suka... mana yang tak suka.. cepat2 tekan stop... rewind dan tunggu lagu yang lain.... Azab juga... tapi Fun.....

Sekarang dah mudah... melalui computer kita dah boleh cari lagu dengan mudah... type lirik lagu pun dah dapat terus lagu yang kita mahu... ALhamdulillah... akak rasa bersyukur sangat sebab dah rasa zaman dahulu dan zaman sekarang. Nampak perbezaan keduanya...

Melalui kenkawan juga, akak dapat mengingat dan dikenalkan dengan lagu-lagu yang berbagai-bagai rentak dan irama... Ingatan pada kisah lama.... dikongsikan sama-sama. Kenkawan buat request, akak cari dan post kat wall. Sama-sama dengar... Enjoy juga dengar lagu dalam citer Bawang putih bawang merah pilihan IM.. Lagu hindustan pilihan teman-teman sekolah.. kami berkumpul semula malam-malam buat permintaan dan mendengar lagu.

6 comments:

  1. Saya dulu pun peminat pilihan pendengar di radio fm..juga merakam lagu yg diminati..sekarang mintak anak download kan coz ibunya tak reti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan..
      samalah dengan akak... nak lagu minta anak tolong... puas diajarnya.. taklah dapat2.. kikikiki....

      Delete
  2. saya tujukan lagu Kuch Kuch Hota Hai kat akak. terimalah. hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      heheheheh...
      lagu lama.. waktu dalam pantang anak ketiga 1999... gigih beli CD...

      Delete
  3. iyer ler zaman dah berubah dulu selalu balik sekolah & hujung minggu tunggu nak downloadkan lagu-lagu yang best. Tapi lagu-lagu dulu nie semuanya best....Pilihan peminat menjadi pilihan k ita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Sukma...
      benar..
      Waktu kita dulu2 memang bergantung pada radio kerana TV takda TV berbayar yang byk seperti sekarang.
      Lagu dulu memang best...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata