Minggu lepas akak ada buat entry mengenai Kak Ani yang pergi Umrah pada hari Sabtu 19hb Mac 2011 dan beliau kembali ke tanahair pada 27hb Mac 2011. Malangnya kepulangannya dengan kesihatan yang agak membahayakan apabila beliau di sahkan pagi tadi menghidap wabak H1N1.
Allahuakbar....
Pemergiaan beliau ke Tanah Suci Mekah diuji pula dengan dugaan ini. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui mengapa semua ini terjadi pada beliau.
Semoga anda semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semuga beliau segera sembuh dari segala yang memudharatkan kesihatannya... - Al Fatihah juga sangat baik dibaca bukan hanya untuk menyedekahkan pada mereka yang telah pergi.
Sekarang beliau masih dirawat dan di kuarantin. Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian. Insya'Allah.
Insyallah ida pasti mendoakan buat kak Ani..muga2 dia cepat sembuh..
ReplyDeleteHani doakan dia akan bertambah baik, insyaAllah.
ReplyDeleteAkak, I doakan Kak Ani segera sembuh n terpelihara drp segala yg memudharatkan..
ReplyDeleteNak tunggu dengar perkembangan Kak Ani..
Al-fatihah..
Akak,
ReplyDeleteSemoga Kak Ani terlepas dari bahaya...I doakan kesembuhan Kak Ani. Al-Fatihah...
Semoga Kak Ani cepat2 kembali sihat....amin..
ReplyDeletesaya doakan kak ani cepat sembuh dan kembali sehat. tahun lepas, kawan saya juga terkena h1n1. lama juga dia kritikal, 2/3 minggu. Alhamdulillah dia sekarang sehat.
ReplyDeleteMoga Kak Ani cepat sembuh dan di beri kekuatan dalam menghadapi ujian sakit ini.
ReplyDeleteIda...
ReplyDeletecikgu Hani..
Ja...
Lili...
Ai...
madora..
Ann Huda...
Ribuan terima kaseh kerana sama-sama mendoakan kesejahteraan kesihatan Kak Ani, Setakat malam tadi dengarnya kak Ani masih batuk2 tapi dah agak sedar. ALhamdulillah....