Selama ini tiapkali ingin memandikan Aisyah, dia akan seakan ketakutan dan mengelak daripada dibasuh rambutnya dan di basuh mukanya. Dia akan menjerit dan berlari ke tuala untuk mengelap mukanya....
Selama bertahun-tahun juga akak dah cuba untuk menghilangkan traumanya. Tetaplah tak berjaya. Rambutnya hanya dapat akak basuh hanya sebulan sekali... Dia sama sekali tak akan membenarkan rambutnya dibasahkan dan dicuci. Untuk mengelakkan dia menangis-nangis akak selalu membiarkan sahaja.
Tapi hari ini akak dah tak tahan. Dah terlalu lama dia dengan sikap takut dan traumanya itu..
Dengan nada yang tegas aka perintah dia berdiri diam dan akak terus saja membasuh kepalanya. Berulangkali juga dia ingin lari ke tuala untuk mengelap mukanya.
Akhirnya....
Ibu : Aisyah..... adaker patut ibu nak lemaskan Aisyah setelah ibu bela Aisyah dari kecik... bagi makan... bagi susu.... sayang pada Aisyah.... Aisyah fikir ibu hendak bunuh Aisyah ker? ( bercakap dengan nada tegas....)
Aisyah : ( Mendengar dan nampak sayu...)
Ibu : Aisyah... takkanlah ibu hendak bunuh anak ibu sendiri.... Aisyah ingat ibu tergamak nak bunuh Aisyah dengan basuh rambut Aisyah dan cuci muka Aisyah?
Aisyah : Tidak ibu.......( Nampak hiba dan mendengar...)
Ibu : Biarlah ibu cuci rambut Aisyah.... Aisyah kena percaya ibu akan buat baik-baik... kan mudah kalau Aisyah diam dan tidak menangis...
Aisyah : Baik ibu.....
Wah! Akhirnya.... akhirnya akak dah berjaya menerangkan pada Aisyah bahawa mencuci rambut itu tidaklah menakutkan.....
Rambut Aisyah dicuci dengan mudah tanpa perlu Aisyah berlari ke tuala untuk mengelap wajahnya.
Anak-anak.. adakalanya kita kena terangkan dengan secara tegas dan kadangkala secara berhemah... Cara lembut telah 6 tahun akak cuba... cuma pertama kali akak guna cara agak tegas dan agak kasar bunyinya.
LUEM
malu nak cakap.saya masa kecik camtu gak~~haha~
ReplyDeleteAisyah nak join kelab aunty Ja @ MakNgah Ja & aunty Som ke?
ReplyDeleteT dulu tak nak bukak n salin baju bila tiba waktu mandi petang. Tension gak.
tapi bila swimming boleh masuk muka dalam air?
ReplyDeletehehe akak ni lembutnya. saya pekik2 suruh look up bila nak rinse rambut.
ka aisyah anak baik, dengar kata ibu walaupun hiba :)
r u sure she's not scared coz she had juz permed her hair at the saloon?
ReplyDeletebujal...
ReplyDeletedalam 4 orang anak akak... masing2 ada perangai yang berbeza... kena pulak yang bongsu tak suka shampu rambut....
Kak som...
ReplyDeleteaisyah suka mandi tapi aisyah tak suka shampu rambut...
anak2 ni memang macam2.... pandai sangat depa nak menaikkan BP kita....
madora...
ReplyDeleteitulah yg menghairankan...
bila swimming tak per pulak muka basah kena air...
bila shampu rambut yang trauma sangat kalau basahkan muka....
You kata akak lembut? Tidak... akaklah yang paling garang dalam rumah tu....
Madam nothing...
ReplyDeletesetakat ini dia belum pernah permed rambut lagi... setakat gunting biasa ajer....
terima kaseh sudi singgah dan salam kenal.....