Thursday, March 17, 2011

982 ~ Alhamdulillah....


Cuti dari ofis....

Masih bizi....

Awal pagi dah masak untuk keluarga....
kemudian pergi mengaji dengan Bib di Mutiara Bangi. Ustazah Ina adalah jiran depan rumah akak. Dah lama mengenalinya tapi belum pernah bersua dan berbual...
Kuasa Allah juga... akhirnya akak berguru dengan beliau. Memang kita tidak boleh menjangka.
Walhalnya kami berjiran tetapi tidak pernah ada usaha dari akak hendak mengenalinya....
( My mistakes...)

Tengahari selesai mengaji, akak terus ke Taman Tun Dr Ismail. Kak Ani yang sudah dianggap bagai kakak sendiri hendak mengerjakan umrah pada Sabtu ini. Kenduri doa selamat diadakan dan akak pun turut serta.

Selamat pergi dan selamat kembali kak Ani.....
Semuga perjalanan dan ibadah dipermudahkan dan diberkati dan dirahmatiNYA...Amin.


~ Sangat sayang dengan kak Ani kerana sudah terlalu banyak kami lalui bersama. Akak dibela oleh ibu angkat selama 18tahun... Akak menumpang kasih dengan kak Ani hingga ke hari ini.....
hampir 3/4 usia akak bersama-samanya.... Alhamdulillah...



Dari usia remaja hingga dah meningkat usia begini..... dah macam2 kami lalui...
urusan mencari kubur arwah mak, urusan harta pusaka, urusan sakit pening, urusan akak pergi haji dan kembali dan urusan kenduri nikah akak menjadi urusan kak Ani. Beliaulah yang menguruskan semuanya.



Antara tetamu yang hadir...



Kawan baik kak Ani juga menjadi kawan baik akak...
Kelihatan Kak Shima, Kak Seri dan Kak Lina teman sekolah kak Ani...



Untuk peringatan anak-anak ibu...

Jika seandainya ibu dah tiada nanti... teruskanlah hubungan dengan Mama Along, Cik Ani dan Cik Dah. Hormati mereka bagai saudara sendiri.


No one in the world who loves me like u do...


LUEM

4 comments:

  1. Salam DM

    Dah lama tak komen....KZ singgah je tp tak meninggalkan jejak. Mmg bertuah kalau ada ramai kawan/saudara yg ambik berat hal kita. Beruntung DM

    ReplyDelete
  2. Bertuah akak dikelilingi orang orang yang mengasihi.Tak semua bertuah begitu.

    ReplyDelete
  3. kak zah....
    untung mmg beruntung dan bertuah bila disayangi walau tiada ikatan darah/saudara....
    Syukur Alhamdulillah..... hanya itu saja yg boleh saya katakan..

    ReplyDelete
  4. cikgu....
    Syukur Alhamdulillah..
    mmg terasa bertuah.....
    semua org boleh menyayangi dan disayangi.... hendak dgn tak hendak saja....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata