Aisyah memang suka mengumpul duit. Duit selalunya dia dapati dari abah atau ibunya dan juga jika baki duit ibu yang tinggal sewaktu membeli barang-barang. Makanya dalam masa yang singkat Aisyah mempunyai wang yang banyak.
Setiapkali ibu atau abah membawanya keluar ke 7-Eleven.... Aisyah akan menggunakan taktik yang paling licik untuk dibelikan segala kehendak hatinya. Wang simpanannya diberkan kepada abah atau ibu dan Aisyah akan memilih saja apa yang diingini. Misalnya, dia memberi abahnya RM50 sebelum tiba di 7-Eleven.. dan setibanya di 7-E.. Aisyah mula memilih apa yg dihajati.
Bila semua barang sudah dibayar........ dan sebaik masuk ke dalam kereta..... Aisyah akan bertanya:
Aisyah : Abah.... mana duit yang saya bagi abah tadi?
Abah : Eh! bukan duit itu untuk bayar apa yg Aisyah beli tadi ke?
Aisyah : Iya... tapi ken (Aisyah mmg suka sebut ken bila menyebut kan) saya ken anak abah.... abah ken abah saya.... Abah ken sayang saya.... Abahlah belanja saya...... Abah bagilah balik duit RM50 saya......
Abah : Hmmmmmm.... mmg duit yg Aisyah bagi abah hanya untuk deposit sajalah nampaknya.....
Abah cerita pada ibu dan berkata Aisyah mmg boleh jadi ahli perniagaan yg berjaya.....
LUEM
haha~~aisyah hebat~~meh bagi pakcik pinjam sekeping dua~~
ReplyDeleteHebat hebat! Boleh jadi peniaga berjaya. Jangan masuk MLM dan skim piramid dah le Aisyah :)
ReplyDeletebijak Aisyah! kumpul duit, dah banyak, nak beli apa?
ReplyDeleteKecik2 dah ada duit dalam tangan 50 hinggit..
ReplyDeletePandai dia selit kat manalah gamak nya duit tuh..
he he he
AISYAH HEBAT...
ReplyDeletePANDAI SIMPAN DUIT SENDIRI, BELANJA AMBIK PADA IBU DAN ABAH KAN?
Hahaha..Aisyah bukan saja berwajah manis tapi mulut pun manis. Pandai guna 'sayang2' untuk mencairkan hati ibu abah dia.
ReplyDeletepakcik bujal...
ReplyDeletekalau temberang aisyah dan helah aisyah dah tak laku... duit RM50 Aisyah memang setakat sekeping tu jer la... pakcik....
pakcik ismail...
ReplyDeletemak dan abah aisyah pun tak pernah masuk MLM apatah lagi aisyah....hehhehehehhe..
madora...
ReplyDeletekalau macam nilah cara dia mengumpul duit.. memang mufliskan ibu dan abah dia....
Kak nani....
ReplyDeleteAisyah memang simpan dalam poket... kalau nak selit, memang takder tempat lagi nak diselitkan....
Sya...
ReplyDeleteakak perhatikan yang kecik ni memang lebih licik dari kakak2nya.... mudah2an bolehlah kami menumpang bila dah tua nanti....
Ann...
ReplyDeletepart cair mencairkan ibu dan abah.. dalam 4/4 anak kami... Aisyah memang the best.....
kadang2 t*** telingan kita pun boleh cair dibuatnya.... sabar jer banyak2...