Jarang sekali akak bercerita tentang anak yang sulong. Nama yang dipilih untuknya adalah sempena nama arwah neneknya iaitu Fatimah. Cucu sulong dari belah abahnya. Orangnya tidak banyak kerenah. Lembut dan penyayang... Tak banyak akal yang akan memeningkan kepala sampaikan kadang-kadang terlupa usianya dah remaja.
Jika dibandingkan dengan ibu diapada usia yang serupa manis 17... memang dah macam-macam akal yang menjadi asam garam hidup ini... contoh : kata lepas tuition ada grup discussion... tapi ikut kawan kerumahnya di Kg Nakhoda..mandi sungai.. Alhamdulillah...sedikitpun anak yang sulong ini tidak mengikut dan memeningkan kepala ibu dan abahnya....
Sekarang akak perhatikan kakak (Zahrah) sangat pandai menjaga penampilan. Jerawat....sebijipun takda... rajin dia menjaga kulit mukanya dengan membeli segala macam krim yang sesuai dengan wajahnya. Maklumlah dah menjadi anak remaja....
Tutur katanya lembut dan selalu menurut apa diminta. Sewaktu arwah neneknya masih ada... kakak akan selalu menemankan neneknya di dalam bilik sambil memegang tangan neneknya dan duduk disisi neneknya. Tiapkali balik kampong, kakak tetap akan melihat neneknya dahulu dan duduk sambil memegang tangan neneknya.
Jika dia disakat.. kemarahannya hanya sekejap dan bila perkataan maaf diucapkan... Kakak akan terus melupakan kesilapan yang dilakukan oleh ahli keluarganya terutama sekali penderaan ibu dia. Memang akak perhatikan Kakak cepat memaafkan dan penyayang pada adik-adiknya.
Gambar terbaharu. Kelihatan Kakak agak rendah berbanding Qeeb dan Ain.
Apapun .. ibu amat bersyukur punya anak sebaik kakak. Tak pernah sekalipun kakak melawan cakap ibu. Tak pernah membantah. Menurut walaupun ibu tahu kadang-kadang kakak tak suka dan terluka. Kakak punya sifat cepat memaafkan dan penyayang dan ibu tahu kakak akan menjadi tempat adik-adik menumpang bila ibu dan abah sudah tiada nanti.
Ibu tak tengok jauh.. jika ibu bandingkan dengan perangai ibu yg selalu bagi nenek terkejut-terkejutmemanglah ibu tersangat bertuah mempunyai anak sebaik kakak....Alhamdulillah.
Tahun ini kakak akan menghadapi peperiksaan SPM. Ibu doakan semuga akak berjaya dan beroleh kejayaan... Amin Ya Rabbal Alamin.
LUEM
Alhamdulillah, Zahrah anak yang baik, lembut dan menyenangkan. InsyaAllah Zahrah akan cemerlang dalam SPM. Saya tengok selalu adek jadi lebeh tinggi.
ReplyDeleteSejuk hati mendengar kebaikan sifat-sifat Zahrah. Slalu anak sulung mmg cam tu kot kak? Mak Long saya, Kak Long, anak sedara yg sulung kurang lebih cam tu. Macam n3 saya 'SEBUAH KISAH MENGENAI SEORANG KAWAN'tu ank sedara sulung. Bila yg sulung dah mcm Zahrah, senang. Dihormati dan menjadi contoh teladan adik-adik.
ReplyDeleteehem... saya anak sulung (sambung komen ate) ;)
ReplyDeleteAkak
ReplyDelete"Amin".
Rupa Zaharah n Qeeb sama mcm rupa Aisyah versi sekarang cuma Ain ada lain sikit. Diorang mesti seronok dapat kawan serumah esp bila besar nanti, ada tempat mengadu dsb. T selalu tanya kenapa Umi tak beranak lagi? Tanya tu sebelum kilang disitar tapi segala2nya urusan Allah, kan? <- ustazah hari Kamis.
aLHAMDULILLAH....SEJUK PERUTKAN
ReplyDeleteSetuju dgn Kak Som.. (eh eh tetibaaaa plak kan?)
ReplyDeleteAkak, Kakak ni boleh jd pemimpin yg baik bg adik2 dia, sbb dia setkan teladan yg cukup baik melalui keperibadiannya.. Beruntung Akak..
eh qeeb tinggi betul lah~~
ReplyDeleteFatimah AzZahrah...perlakuannya seiring dengan namanya...alhamdulillah...
ReplyDeleteSalam DM
ReplyDeleteKakak sulung mmg selalunya amat bertanggung jwb lebih2 lagi kalau anak perempuan. Syukur DM.... KZ doakan semoga Kakak cemerlang masa SPM nanti
madora...
ReplyDeletejazakallahu... :-)
Ann...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
selalunya memang begitu.... yang sulong akan lebih menyayangi adik beradiknya.
KOG...
ReplyDeletedah agak dah...
sebab itu warna oren dan gomuk....
Kak som...
ReplyDeletememang semuanya urusan ALLAHlah jua....
Chik Att..
ReplyDeletebukan setakat sejuk perut..
BP pun stabil....
Ja...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
sama-samalah kita mendoakan...
bujal..
ReplyDeleterasanya adiknya Ain akan menjadi lebih tinggi sebab Ain lebih muda dari Qeeb. Alah... takpayahlah tinggi2.. susah makcik nak cari menantu...
Shina...
ReplyDeleteJazakallah dan Alhamdulillah...
Mudah-mudahan...
Waalaikummussallam kak zah...
ReplyDeleteInsya'Allah dan jazakallah kak Zah... Amin...