Wednesday, March 30, 2011

994 ~ Sekali lagi ....


Buat kali kedua dlm minggu ini akak dah berjaya mengurangkan jumlah pengambilan air...
Datang pagi tadi dengan berat hanya 63.4kg..
balik hari isnin hari tu adalah 61.5kg...
jadinya berat yg meningkat.. hanyalah 1.9kg...

ALHAMDULILLAH....
makin bagus pengawalan akak dalam mengambil air....
jika selalunya naik hingga 3kilo....
sekarang makin dapat mengawal.....

Bagi orang sihat memang lebihan sekilo dua tidak memudharatkan berbanding kami pesakit buah pinggang....
lebihan air bermakna jantung akan bengkak dan bekerja lebih kuat...

Akak harus memastikan berat tetap kekal 61kg.....

ALHAMDULILLAH.....




keranamu sayang.... Sayang yang memungkinkannya..... Sangat Sayang Awak....


LUEM

Tuesday, March 29, 2011

993 ~ Tolong doakan sama-sama






Minggu lepas akak ada buat entry mengenai Kak Ani yang pergi Umrah pada hari Sabtu 19hb Mac 2011 dan beliau kembali ke tanahair pada 27hb Mac 2011. Malangnya kepulangannya dengan kesihatan yang agak membahayakan apabila beliau di sahkan pagi tadi menghidap wabak H1N1.

Allahuakbar....
Pemergiaan beliau ke Tanah Suci Mekah diuji pula dengan dugaan ini. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui mengapa semua ini terjadi pada beliau.

Semoga anda semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semuga beliau segera sembuh dari segala yang memudharatkan kesihatannya... - Al Fatihah juga sangat baik dibaca bukan hanya untuk menyedekahkan pada mereka yang telah pergi.

Sekarang beliau masih dirawat dan di kuarantin. Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian. Insya'Allah.





Monday, March 28, 2011

992 ~ Sangat bersyukur....


Alhamdulillah....
pagi ini akak timbang naik berat cuma 3.3kg walau tak puasa...
walau time balik kampong...
walau time keluar pi makan-makan....

Alhamdulillah...
Selalunya bila 2hari cuti dialysis... dan tidak puasa.. berat akak boleh naik hingga 6 kilo....
masa tu mmg rasa geram... marah... sedih....
tapi bila minggu ini akak berjaya naik dengan kadar 3.3kg....
memang rasa megah dan gembira...
sebab masih berjaya mengawal pengambilan air

Alhamdulillah....


saya sayang awak..bukan sekadar ucapan..bukan hanya panggilan..tapi saya benar2 sayangkan awak.. hanya kerana diri awak.. awak amat bermakna..sayang

LUEM


Saturday, March 26, 2011

991 ~ Valek Kamfong...


Bukan sebab kenduri kawin..
bukan sebab cuti sekolah..
bukan sebab .........

tapi memang ada sebab....

Valek Kamfong.....

Sebeum sampai rumah mertua..kami singgah makan di suatu restoren. Nampak sangat meriah.. Banyak kereta orang yang datang makan disitu. Dah selalu nampak meriah.

Belum sempat duduk, dah ada orang ambil order.. KIta tak sempat nak pikir nak makan apa. Nampak ada menu tomyam. terus order.

Taklama jer.. datanglah makanan... cepat sungguh.

Tapi...
rasa makanannya memang tak sedap.

Pengajaran:

Kalau bukan kedai Tomyam.. janganlah order/pesan tomyam
memang out...
padanlah masa mintak daging masak merah.. dia kata takde...
Hanya kedai tomyam yang punya tukang masak orang thailand/siam sahaja yang boleh masak tomyam dengan sempurna.....




Alhamdulillah..For God blessed me with you


LUEM

Friday, March 25, 2011

990 ~ Khas buat Ain



Sewaktu melihat gambar-gambar lama... akak jumpa gambar ini. Lama sudah gambar ini dirakam. Sewaktu kami pergi bercuti ke Hadyai. Waktu itu kami masih tinggal di Pulu Pinang jadinya bila ada cuti kami akan bercuti ke Hadyai. Selain boleh menyopping... tomyamnya memang antara yg tersedappppp......

Sewaktu Ain masih kecil, Ain memang manja.... cuma bila adiknya lahir..Ain sudah membawa diri sendiri.....




Restoren Hamid Tomyam di bandar Hadyai.... Rindu betul dgn tomyamnya dan daging masak merahnya. Mmang yg paling sedappppp.........



Waktu ini Ain berusia lebih kurang 4 tahun..masih manja...



Bila lihatkan Ain dah besar dan meninggi... sengaja akak cari kembali gambar2 lama Ain. Semuga Ain masih dapat mengingati bahawa waktu kecilnya Ain memang dimanjakan sama seperti Aisyah sekarang...

Ibu perasan macamana Ain selalu merasakan seperti ibu dah lupakan Ain sebab asyik melayan Aisyah.... Aisyah sering berebutkan perhatian. Ain selalu rasa dipinggirkan....

Ain... ibu juga bersalah dalam perkara ini... dan ibu berjanji tidak akan buat Ain rasa begitu. Walaupun kadang-kadang ibu sibuk dengan Aisyah tapi ibu harus tetap tidak patut biarkan Ain meminggirkan diri. Insya'Allah... lepas ini, ibu akan jadi lebih baik dari dahulu.....




Perhatian itu bukan sekadar perkataan. Luas pengertiannya.... Sayang..terima kaseh kerana mengenalkannya dan menunjukkannya.....Sayang Awak setiap masa.....


LUEM

Thursday, March 24, 2011

989 ~ Anak sulong ~ Fatimah AzZahrah




Jarang sekali akak bercerita tentang anak yang sulong. Nama yang dipilih untuknya adalah sempena nama arwah neneknya iaitu Fatimah. Cucu sulong dari belah abahnya. Orangnya tidak banyak kerenah. Lembut dan penyayang... Tak banyak akal yang akan memeningkan kepala sampaikan kadang-kadang terlupa usianya dah remaja.

Jika dibandingkan dengan ibu diapada usia yang serupa manis 17... memang dah macam-macam akal yang menjadi asam garam hidup ini... contoh : kata lepas tuition ada grup discussion... tapi ikut kawan kerumahnya di Kg Nakhoda..mandi sungai.. Alhamdulillah...sedikitpun anak yang sulong ini tidak mengikut dan memeningkan kepala ibu dan abahnya....

Sekarang akak perhatikan kakak (Zahrah) sangat pandai menjaga penampilan. Jerawat....sebijipun takda... rajin dia menjaga kulit mukanya dengan membeli segala macam krim yang sesuai dengan wajahnya. Maklumlah dah menjadi anak remaja....

Tutur katanya lembut dan selalu menurut apa diminta. Sewaktu arwah neneknya masih ada... kakak akan selalu menemankan neneknya di dalam bilik sambil memegang tangan neneknya dan duduk disisi neneknya. Tiapkali balik kampong, kakak tetap akan melihat neneknya dahulu dan duduk sambil memegang tangan neneknya.

Jika dia disakat.. kemarahannya hanya sekejap dan bila perkataan maaf diucapkan... Kakak akan terus melupakan kesilapan yang dilakukan oleh ahli keluarganya terutama sekali penderaan ibu dia. Memang akak perhatikan Kakak cepat memaafkan dan penyayang pada adik-adiknya.

Gambar terbaharu. Kelihatan Kakak agak rendah berbanding Qeeb dan Ain.


Melihatkan gambar dibawah... pada usia begini.. Kakak kelihatan lebih tinggi daripada Qeeb dan Ain.


Apapun .. ibu amat bersyukur punya anak sebaik kakak. Tak pernah sekalipun kakak melawan cakap ibu. Tak pernah membantah. Menurut walaupun ibu tahu kadang-kadang kakak tak suka dan terluka. Kakak punya sifat cepat memaafkan dan penyayang dan ibu tahu kakak akan menjadi tempat adik-adik menumpang bila ibu dan abah sudah tiada nanti.

Ibu tak tengok jauh.. jika ibu bandingkan dengan perangai ibu yg selalu bagi nenek terkejut-terkejutmemanglah ibu tersangat bertuah mempunyai anak sebaik kakak....Alhamdulillah.

Tahun ini kakak akan menghadapi peperiksaan SPM. Ibu doakan semuga akak berjaya dan beroleh kejayaan... Amin Ya Rabbal Alamin.


Hanyalah satu...yang bertakhta di hatiku...hanya dirimu .. yang kusayangi...


LUEM

Wednesday, March 23, 2011

988 ~ Ain dan Qeeb...




Gambar ini sewaktu Qeeb berusia 8 tahun manakala Ain 4 tahun.



Gambar dibawah adalah gambar terbaru Qeeb dan Ain.




Qeeb adalah anak kedua akak..
Ain adalah anak ketiga....
beza umur mereka +- 4 tahun....

Tapi bila usia Ain memasuki 10tahun, Ain bertambah tinggi.
Sekarang Ain sudah berdiri sama tinggi dengan Qeeb.
Kemungkinan untuk Ain meningkat tinggi makin cerah sebab umurnya baru 11 tahun...

Qeeb memang selalu meminta agar Ain tidak tinggi melebihi ketinggiannya.

Gambar dibawah sewaktu Ain berusia 10tahun...




semenjak kau hadir dalam hidupku.... tiada lagi keresahan...


LUEM

Tuesday, March 22, 2011

987 ~ Ain - Kucing




Jarang sekali akak dapat bercerita mengenai anak ketiga akak iaitu Ain...
Sifat sayang pada haiwan, serangga (waima semut sekalipun) memang ada pada dirinya sejak kecil lagi, Bila-bila kami pergi makan dan jumpa kucing, Ain akan memberikan bahagian makanannya untuk kucing, Jadinya apabila abahnya beri kesempatan anak-anak membela kucing, Ainlah antara yang paling gembira. Tiap-tiap hari selepas balik sekolah, dia akan terus pergi ke kandang kucing dan melayan dan menguruskan makan dan kebersihan kandang kucing-kucing tersebut.

Tibalah pada suatu petang...

Ain : Ibu.... saya dah tak larat lagi nak kemaskan kandang kucing ni... (sebaik melihatkan kucing-kucing tersebut membuat kekotoran yang teramat sangat. Kebetulan pada hari itu Ain sedang demam)

Ibu : Ha..... itulah.... dulu lagi ibu dah bilang.... bela kucing ni satu tanggungjawap yang besar..... Ain nak jugak bela kucing... Kan ibu dah kata tak payah bela...Ain yang GATAL sangat nak bela..... ( Typical sikap ibu.... selalu nak Pulang paku buah keras....).

Ain : Tapi ibu.... memang badan saya dah GATAL-GATAL sejak kena bersihkan kandang kucing ini....

Tak sangka pula itu jawapan Ain.... Ayat Gatal digunapakai ditempat yang sesuai.





makin deras degup jantung ini bila menyebut Sayang Awak kerana makin lama ianya makin bermakna.....

LUEM

Monday, March 21, 2011

986 ~ Deposit Aisyah...


Aisyah memang suka mengumpul duit. Duit selalunya dia dapati dari abah atau ibunya dan juga jika baki duit ibu yang tinggal sewaktu membeli barang-barang. Makanya dalam masa yang singkat Aisyah mempunyai wang yang banyak.

Setiapkali ibu atau abah membawanya keluar ke 7-Eleven.... Aisyah akan menggunakan taktik yang paling licik untuk dibelikan segala kehendak hatinya. Wang simpanannya diberkan kepada abah atau ibu dan Aisyah akan memilih saja apa yang diingini. Misalnya, dia memberi abahnya RM50 sebelum tiba di 7-Eleven.. dan setibanya di 7-E.. Aisyah mula memilih apa yg dihajati.

Bila semua barang sudah dibayar........ dan sebaik masuk ke dalam kereta..... Aisyah akan bertanya:

Aisyah : Abah.... mana duit yang saya bagi abah tadi?

Abah : Eh! bukan duit itu untuk bayar apa yg Aisyah beli tadi ke?

Aisyah : Iya... tapi ken (Aisyah mmg suka sebut ken bila menyebut kan) saya ken anak abah.... abah ken abah saya.... Abah ken sayang saya.... Abahlah belanja saya...... Abah bagilah balik duit RM50 saya......

Abah : Hmmmmmm.... mmg duit yg Aisyah bagi abah hanya untuk deposit sajalah nampaknya.....

Abah cerita pada ibu dan berkata Aisyah mmg boleh jadi ahli perniagaan yg berjaya.....


Kau yang ilhamkan bahagia.. sehingga aku terasa INDAH.... thank you sayang..

LUEM

Sunday, March 20, 2011

985 ~ Fuasa....


Semalam akak ke KLIA mengantar kak ani umrah...
balik dari KLIA akak sekeluarga ke Mines Shopping menyopping baju budak-budak dan dinner.

Minum memang dah terlebih... jadinya hari ini akak puasa semula. Lama juga dah tak puasa..



Bangun pagi untuk solat subuh dan sambung tidur semula hingga pukul 12tengahari.
Duduk mengadap laptop dan mendengar lagu..

Nak mencari lauk untuk berbuka nanti...

(mencari idea apa nak di masak untu berbuka...)


setiap nafas yang dihembus..setiap degupan jantung..aku selalu memikirkanmu


LUEM

Friday, March 18, 2011

984 ~ Bila dah Geram akhirnya......


Selama ini tiapkali ingin memandikan Aisyah, dia akan seakan ketakutan dan mengelak daripada dibasuh rambutnya dan di basuh mukanya. Dia akan menjerit dan berlari ke tuala untuk mengelap mukanya....

Selama bertahun-tahun juga akak dah cuba untuk menghilangkan traumanya. Tetaplah tak berjaya. Rambutnya hanya dapat akak basuh hanya sebulan sekali... Dia sama sekali tak akan membenarkan rambutnya dibasahkan dan dicuci. Untuk mengelakkan dia menangis-nangis akak selalu membiarkan sahaja.

Tapi hari ini akak dah tak tahan. Dah terlalu lama dia dengan sikap takut dan traumanya itu..
Dengan nada yang tegas aka perintah dia berdiri diam dan akak terus saja membasuh kepalanya. Berulangkali juga dia ingin lari ke tuala untuk mengelap mukanya.

Akhirnya....

Ibu : Aisyah..... adaker patut ibu nak lemaskan Aisyah setelah ibu bela Aisyah dari kecik... bagi makan... bagi susu.... sayang pada Aisyah.... Aisyah fikir ibu hendak bunuh Aisyah ker? ( bercakap dengan nada tegas....)

Aisyah : ( Mendengar dan nampak sayu...)

Ibu : Aisyah... takkanlah ibu hendak bunuh anak ibu sendiri.... Aisyah ingat ibu tergamak nak bunuh Aisyah dengan basuh rambut Aisyah dan cuci muka Aisyah?

Aisyah : Tidak ibu.......( Nampak hiba dan mendengar...)

Ibu : Biarlah ibu cuci rambut Aisyah.... Aisyah kena percaya ibu akan buat baik-baik... kan mudah kalau Aisyah diam dan tidak menangis...

Aisyah : Baik ibu.....

Wah! Akhirnya.... akhirnya akak dah berjaya menerangkan pada Aisyah bahawa mencuci rambut itu tidaklah menakutkan.....

Rambut Aisyah dicuci dengan mudah tanpa perlu Aisyah berlari ke tuala untuk mengelap wajahnya.

Anak-anak.. adakalanya kita kena terangkan dengan secara tegas dan kadangkala secara berhemah... Cara lembut telah 6 tahun akak cuba... cuma pertama kali akak guna cara agak tegas dan agak kasar bunyinya.


kasih sayang... terlalu indah untuk dikenang.....


LUEM


983 ~ Bila dah marah....



Aisyah : Ibu... lainkali ibu jangan ambil Ain dari sekolah ya...

Ibu : kenapa pulak?...

Aisyah : Saya main baru satu kali (main pingpong) dgn Ain.. Saya baru menang satu kali... Ain marah pada saya....

Ibu : Iyer?... hebatnya anak ibu.....Aisyah kalahkan Ain?

Aisyah : Iyer.... tapi Ain tak suka saya menang..... nanti ibu jangan ambil dia yer....

Ibu : OK....

Inilah modal Aisyah bila marah dengan kakak-kakaknya....



tetap sayang dan rindu selama-lamanya


LUEM





Thursday, March 17, 2011

982 ~ Alhamdulillah....


Cuti dari ofis....

Masih bizi....

Awal pagi dah masak untuk keluarga....
kemudian pergi mengaji dengan Bib di Mutiara Bangi. Ustazah Ina adalah jiran depan rumah akak. Dah lama mengenalinya tapi belum pernah bersua dan berbual...
Kuasa Allah juga... akhirnya akak berguru dengan beliau. Memang kita tidak boleh menjangka.
Walhalnya kami berjiran tetapi tidak pernah ada usaha dari akak hendak mengenalinya....
( My mistakes...)

Tengahari selesai mengaji, akak terus ke Taman Tun Dr Ismail. Kak Ani yang sudah dianggap bagai kakak sendiri hendak mengerjakan umrah pada Sabtu ini. Kenduri doa selamat diadakan dan akak pun turut serta.

Selamat pergi dan selamat kembali kak Ani.....
Semuga perjalanan dan ibadah dipermudahkan dan diberkati dan dirahmatiNYA...Amin.


~ Sangat sayang dengan kak Ani kerana sudah terlalu banyak kami lalui bersama. Akak dibela oleh ibu angkat selama 18tahun... Akak menumpang kasih dengan kak Ani hingga ke hari ini.....
hampir 3/4 usia akak bersama-samanya.... Alhamdulillah...



Dari usia remaja hingga dah meningkat usia begini..... dah macam2 kami lalui...
urusan mencari kubur arwah mak, urusan harta pusaka, urusan sakit pening, urusan akak pergi haji dan kembali dan urusan kenduri nikah akak menjadi urusan kak Ani. Beliaulah yang menguruskan semuanya.



Antara tetamu yang hadir...



Kawan baik kak Ani juga menjadi kawan baik akak...
Kelihatan Kak Shima, Kak Seri dan Kak Lina teman sekolah kak Ani...



Untuk peringatan anak-anak ibu...

Jika seandainya ibu dah tiada nanti... teruskanlah hubungan dengan Mama Along, Cik Ani dan Cik Dah. Hormati mereka bagai saudara sendiri.


No one in the world who loves me like u do...


LUEM

981 ~ Aisyah dan abahnya



Nampak gambar di atas..
bagaimana sibuk Aisyah waktu abahnya main games...
inilah antara perbualan mereka...

Aisyah : Abah... abah jangan bagi pompuan ~ (lawan virtual adalah perempuan) tu menang...

Abah : Kenapa?

Aisyah : Abah kan lelaki... lelaki mesti kuwat.... mesti boleh kalahkan pompuan....

Abah : Tapi susahlah...

Aisyah : ( Nada beri semangat ) Abah mesti menang...abah mesti menang....

Abah : Aisyahlah yang tolong lawan....

Aisyah : Tapi saya bukan boy..... abahlah yang boy... abahlah yang kuwat... abah mesti menang...

Cerita abahnya.... memang stress Aisyah melihat abahnya kalau kalah...
Inilah sorang anak yang cukup kasih pada abah dan ibunya....



sangat mencintai kamu juga...sayang...


LUEM

Wednesday, March 16, 2011

980 ~ Dah agak Dah....



Inilah alatnya....
sambung dengan playstation
boleh main memanah, ping pong, volleyball, boling, dan beberapa permainan lagi...





Dah memang betullah tu....
Abahnya beli...
dan abahnya yang nak main.....



Enjoy sungguh bila bermain ' Table Tennis'
Akak cuba jugak tapi tak fandai sangat....



Tapi jika dah pandai control 'alat control' tu..
semuanya jadi mudah...



Berpeloh jugaklah...




I had your love..i had it all....

LUEM

979 ~ Permainan masa kini...



Anak kedua akak ingin memasuki pasukan Archery ..
tapi abahnya tidak membenarkan atas sebab keselamatan..

Abahnya belikan games ini....

Qeeb boleh praktis tanpa cedera...




Sejak semalam Qeeb leka bermain permainan ini...



Gaya memang ada dah...



As long as Qeeb happy


atau....

abahnya yang nak main sangat permainan tersebut?....
Musyhkil sungguh.....!!!!


978 ~ Anak Bongsu....



Mempunyai anak yg masih belum baligh mmg fun....
bila dia belum bangun tidor... kita boleh gomol-gomol....
sebab dah besar sikit badannya....
takut kita pulak digomolnya.....

nak citernya disini...
kerja2 menggomol ini dimulai oleh arwah mak akak masa akak tak berapa kecik dulu....
Arwah mak tetap suka baring2 sama dengan akak dan dok gomol2 dan kalau dia terjumpa mana2 kudis di badan akak..... dia akan kopek......
mmg terkejut2 dibuatnya...
tapi itulah kemanisannya....
kenangan paling indah dgn arwah mak....

jika dia balik pasar.. tengok akak masih belum bangun..
dia akan join sekali...

# padanlah Qeeb menurun perangai arwah mak yg suka mengopek kudis....




Aisyah mmg suka masuk bawak meja bila dibawa ke kedai makan...
terutama bila kita kepong dia duduk tepi dinding....
cara yg paling berkesan nak lepaskan diri ialah masuk bawah meja untuk kemana-mana..



Tapi....
sebaik diberi 'pembasuh mulut' aiskewwim....
Aisyah dah cukup bahagia......

Setiap pagi Aisyah akan menangis bila akak hendak ke hospital...
sekarang dia tiap2 pagi akan mendoakan..
" Ya Allah... bagilah ibu saya sihat dan tak perlu pergi hospital....."

Itulah anak........


I sleep like a baby thru the night..maybe it helps to know...you'll be there tomorrow...


LUEM

Monday, March 14, 2011

977 ~ Mandi Sungai Semalam....


Gambar2 ini adalah dari kamera anak akak Zahrah... sejak dihadiahkan kamera pada hari lahir baru ini, dia selalu membawa kameranya kemana-mana. Alhamdulillah... mujurlah dia ikut kata hatinya membawa kameranya bersama.. Kalau ikutkan ibunya... ~ bukan apa.. takut dia salah letak dan tertinggal....
Thank you..kakak....

Allah tu kadang-kadang ingin mengingatkan akak bahawa percaya dengan kakak.... OK kakak... ibu dah insaf....
~ Ibu suka jugak pergi makan kat Restoren Insaf satu waktu dulu... Jus mangganya... wooooooo Power....

Jalan masuk ke tempat mandian diraja.. selalu terlupa... ini yang ambil gambar nak kasi ingat....





Ini adalah kakak sepupu kami a.k.a. Kak Enab. Beliau adalah ibunda kepada biras akak iaitu Dr Mazlina. Sejarah akak dan Kak Enab ialah pertama kali bersua sewaktu bibik Azai kirimkan makanan kenduri di Melaka untuk akak (waktu itu akak dan suami... masih peringkat baru nak kenal...). Kak Enab yang kebetulan tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.. sanggup datang menghantar kiriman makanan tersebut pada akak di Taman Keramat....) Akak kenang sampai akhir hayat jasa budi baik Kak Enab dan Arwah Abang Mad. Kiranya kami buat 'blind date' kat Stesen Petronas, Taman Keramat.....



Aisyah dan ibu Aisyah......
(Macamlah U all tak kenal....)



Akak, Lin dan adik beradik Lin... Win dan Zura bersama anak-anak mereka...

U all tak geram lihatkan airnya yang sangat jernih....
nyaman...dingin hingga ke tulang....
lepas tu kena pulak tiupan angin...
hadoi.... memang boleh kancing gigi sebab sejokkk.....



Kami ni, namanya saja tinggal di kawasan taman perumahan yang sama... jumpanya memang jarang.... Akak sebok depan lektop... Lin sebok rawat gigi pesakit... Where got time Ma....???
Bila jumpa macamni barulah dapat borak-borak dan bewamas meswa....

Lupa nak citer....
Airnya punyalah sejukk....
untuk orang yg dah tak berapa nak muda ni.....
sejuk mencucuk hingga ke lutut.....
( Memang itu tanda-tanda orang yang dah tak berapa nak muda....)



Aisyah dah jadi anak dugong....
berendam tak hingat nak balik...



Umar anak BIL memang selalu datang kesini...
tempat ni dah jadi tempat mandi hujung minggu mereka....
Ain pun teruja hendak berendam walaupun sudah salin baju kering....



mencintaimu tak mengenal ragu..keyakinan hatiku hanya untuk dirimu..

LUEM

976 ~ Hari Minggu...


Awal pagi semalam pekena nasi lemak lagi... dan lagi.. dan lagi...
kali ini dgn BIL dan biras...
sarapan sekeluarga kekdahnya.....

memang best.....



sedang memilih lauk apa yg nak makan...



verdict..
BIL dan biras kata sedapppppp.....
puas hati sebab depa suka....




Petangnya kami berkumpul lagi di tepi sungai yg sejuk dan dingin...
memang best mandi manda ramai-ramai...

Gambar?.....
~ mak andeh dah siap charged batewi kamewa...
tapi mak andeh lupa nak masukkan Memory card....
kena tumpang kamewa adik beradik Lin.....


Selalunya bila tak plan..... jadi....
plan bagai nak rak.... tak jadi.....


kasihku... kuamat mencintai kamu... kerna kau beri erti hidup...

LUEM

Sunday, March 13, 2011

975 ~ Malam 'movie'.....


Malam minggu adalah malam tengok 'movie'
nonton movie melalui projector...

Suami masakkan 'popcorn'
sediakan air coke...

Movie bermula...

Malam tadi kami menonton 'Despicable Me'



Persediaan untuk 'movie'




Anak-anak memang enjoy...
tak perlu masuk panggung dan balik tengahmalam lagi....
terasa ngantuk...
boleh tidur...
enjoy.....


Saturday, March 12, 2011

974 ~ Kembali 'MeMinang'kan diri......


Setelah hampir 2 minggu akak asyik 'meMamikan' diri sendiri.. maka si TM ~ Tekak Minang telah meMinangkan semula dirinya yang telah terkesima dengan Kari Velimbing. Walaupun vekalan Velimbing dah di dapati dengan mudahnya di Pasar tadi... si TM dah tak sanggup menjauhkan tekaknya dari merasai kelazatan Masak Lomak Cili Api....

Sebaik ternampak Pucuk Paku di ikat dengan harga RM3 hinggit seikat.. ~ teringat akak masa akak kecik2 dulu kalau ikut arah mak ke Pasar ChowKit.. seikat Pucuk Paku baru 20sen.... sekarang, RM3 hinggit.... Kalau dulu yang menjual pucuk2 kampong dan ulam-ulam adalah makcik2 yang datangnya dari Gombak, Kuang dan Rawang....

Hasil selepas di gandingkan dengan Udang,Serai, Santan dan Daun Kunyit........
Voila........


Si TM kalau dah masak Lomak Cili Api... mestilah ada sambalnya kan...
Not Sambal Velachan...
Sambal IkanG Kerisi....

Voilla.......



2 Lauk ini sudah cukup untuk meMinangkan semula Mami Celup.....

Daaaa......


Pesanan Penaja
Harap air liur yang terjejes itu dapat ditampung dengan berhati-hati...


sedetik lebih.. selepas selamanya..

LUEM