Thursday, January 28, 2016

718 ~ Basikal akak dan basikal anak...


Melihat pemandangan ni mmg sangat menyakitkan mata...


Tuan punya basikal ni tak heran lansung basikal dia. Dia cuma teruja waktu hari pertama. Kemudian terus tak mahu lihat dan naik....

Akak ingat masa akak kecil2 dulu.
Basikal mmg tak punya.... Harap kalau kawan arwah mak datang rumah bawa basikal... Sambil dia duduk2 borak dengan arwah mak sambil dilayan dengan dijamu kueh dan kopi oleh arwah  makcik, dapatlah akak pinjam dan bawa keliling kampong. Pandai bawak pun melalui basikal pinjam jer.



Anak murid mak datang mengaji pun sempat juga jadi mangsa akak pinjam  waktu mereka dtg mengaji dirumah akak. Ada yg punya basikal saiz sederhana dan sangat sesuai dengan akak.
Merasa puas jugalah pinjam sewaktu beliau datang belajar mengaji dirumah akak. 

Bilamana akak pulang ke kampong Sg sekah, nilai, Ng Sembilan... Ayah saudara akak punya basikal tua.


Mmg basikal ni waktu awal 60an dan tahun 70an kiranya hanya orang berada mampu memiliki basikal ini. Arwah bapa saudara tu kiranya Tok Ampat di kampong tersebut. 

Bila akak balik kampong, basikal ni akan jadi mangsa akak untuk di bawa keliling kampung dan pergi cari sedara sebaya di ceruk kampong. Lepas tu kami akan sama2 ke pekan kecil untuk menikmati pemandangan kereta, bas yang lalu lalang di pekan tersebut.


Waktu usia akak 10tahun (baya aisyah) badan akak taklah besar sangat. Nak memulakan mengayuh basikal besar menggunakan berbagai cara jugalah.

Langkah pertama
1  kaki masukkan bawah palang
2  lengan sebelah kanan sangkut di palang basikal. 
3  tangan kiri untuk memegang handel basikal

Bila dah ada keyakinan baru tangan kanan turut pegang handel basikal.

Kemudian bila dah yakin dan lancar mengayuh begitu, ketinggian pun dah membenarkan akak untuk melangkahkan  kaki kanan sepenuhnya di sebelah kanan basikal. 

Bila dapat duduk di kerusi basikal dan mengayuh dah dikira kemenangan. Dah berjaya bawa basikal.

Aisyah tiada rasa ingin menguasai basikal.. Sebab tu baru sekali cuba dah mengalah. Keinginan hendak membawa basikal hanya ada pada seorang saja anak akak iaitu anak kedua. Anak pertama, ketiga dan keempat semuanya dibelikan basikal seorang satu... Tapi 'urge' nak bawa tak ada lansung. 

Waktu baru beli dan dipasang roda kecil disisi basikal, sukalah depa main... Bila akak buka dan biarkan tanpa roda sisi... Depa dah tak mahu perjudikan
Nasib mereka mengayuh sampai pandai.

Itu yg buat akak rasa sedih lihat mereka. Akak dapat basikal sendiri pun sewaktu harijadi ke 14. Arwah mak belikan dengan harga rm275 di sebuah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Balik bawa naik teksi. Berbunga-bunga rasa hati.


Jenama Raleigh.

Puas   bawa pergi sekolah, beriadah di padang... Tuition.. Mengaji..
Tapi taklama akak merasanya.
Ianya hilang sewaktu akak mengulangkaji dirumah seorang teman. Akak ambil sikap sambil lewa dengan meninggalkan basikal tersebut tanpa berkunci kerana fikirkan basikal itu akan selamat ditinggalkan di hadapan tangga rumah beliau. Memang kesal dan terkejut tapi lagi sayu waktu nak beritahu pada arwah mak basikal dah hilang. Arwah mak tak marah walau ada rasa sedikit kesal. Ada juga beliau ofer nak ganti yang baru tapi akak terasa tanggungjawap nak menjaganya sangat besar dan takut tak mampu menjaganya.

Baru faham kenapa arwah mak ambil masa nak belikan basikal itu untuk akak.
Al Fatihah buat mak.

Monday, January 25, 2016

717 ~ Akak pernah ada pokok ini..


Ternampak gambar buah ini dalam kumpulan gambar buah2 tempatan akak terus teringat masa kecil dirumah akak pernah ada pokok cermai.

Mungkin ramai yg tak berapa mengenal
Buah Cermai. Daunnya seakan daun belimbing buluh dan pokoknya yg agak tua akan merendang dan lebat dengan buah. Buahnya pula sentiasa masam walau dah masak ranum.


Anak dara akak memang tak pernah melihat buah cermai seumur hidup mereka. Tapi pada suatu hari sewaktu akak menanti anak balik sekolah, akak parking kereta dibelakang rumah seseorg yg mempunyai sepohon pokok ini. Akak menguji minda anak akak dengan bertanyakan apa nama pokok tersebut.
Lama juga diamatinya pokok tersebut. Akhirnya dia menjawap ..." Belimbing bulat ". 

Hahahahahahah...
Memang bulat bulat. 

Selalunya buah cermai ini diambil untuk dibuat jeruk atau ditumbuk letak cili api, garam dan gula. Makan begitu saja.  Buah ni punya biji keras dan walau ditumbuk akan terasa kasar sahaja. Untuk dijadikan sambal belacan makan dengan nasi agak kurang sesuai. Masam2 manis pedas dan berair selepas ditumbuk mmg sedap dimakan begitu sahaja. Tapi mungkin kerana bijinya keras dan rasa tak selesa waktu memakannya membuatkan buah ini kurang popular. Selalunya bila berbuah, ianya jarang diambil dan dipedulikan.


Friday, January 22, 2016

716 ~ 2bulan meningkat.. 2minggu menurun..


ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya.
ALLAH Maha Besar.

Akak dapat merasakan perbezaan berat badan akak sekarang. Mari akak cerita biar anda semua faham apa yang akak repetkan ni.

Selepas akak sesak nafas bulan September lepas, akak berusaha turunkan berat badan akak hingga 60kg. Daripada 70kg akak usahakan agar dapat 60kg. Alhamdulillah dapat capai 60kg.

Bila pada bulan November akak dialysis di Pusat Dialysis swasta, akak sarapan mewah dengan lemak setiap hari dialysis.. 2 bulan diet akak lebihkurang serupa. 2 bulan bermakna selama 24kali
Sarapan pagi akak adalah Nasi Lemak yg amatlah sedap berlemak dengan sambal udang atau sotong ditambah pula dengan kuah nasi dagang dan jelatah timun dan nenas. Allahuakbar.... Tak terkata enaknya.

Dalam masa itu pula berat akak sentiasa tak bergerak bila sampai hari dialysis boleh cecah 68kg... Tarik 3.5kg atau 4kg.... Makanya bilamana tiapkali balkk berat akak hanya dapat 64kg atau 64.5kg. Berhutang sebanyak 4.5kg selama 2 bulan. Memang membahayakan nyawa tapi org degil ni selagi tak sesak nafas... Selagi itu takkan beringat.

Bila akak berpindah dialysis di Hospital Shah Alam... Sarapan yg mewah begitu tidak lagi ada dalam diet akak. Nak pergi beli pagi2 mmg boleh sangat. Nak beli dan makan tiap2 pagi pun boleh sebab setiap pagi akak lapang selepas antar anak sekolah. Akak dialysis waktu petang sahaja... Tapi Alhamdulillah.... Akak berjaya menahan nafsu tekak yg membahayakan nyawa itu.
Di samping itu juga akak berusaha berpuasa setiap hari yg tidak ada dialysis.

Sekarang akak dah berjaya menurunkan berat badan hingga 65kg waktu datang dialysis dan balik boleh dapat 62.7kg selepas ditarik air 3.5kg. Akak nak cepat2 capai berat ideal 60kg semula. 

Baru dua minggu dialysis di Shah Alam..Berat  badan akak dah menurun. Semuga akak lebih bersemangat utk mencapai had berat ideal iaitu 60kg ataupun kurang daripada itu. Kerana bila berat turun, BP juga akan turun. Bila BP turun risiko penyakit jantung dan stroke juga turun.

Ya ALLAH...
Berilah aku kekuatan.

Wednesday, January 20, 2016

715 ~ Kenangan akak dengan buah Rambutan.



Buah yang paling akak rindui ialah buah rambutan.
Melihat ianya bergayut hijau dan merah memang boleh membuat akak rindu masa akak kecil dahulu.

Di kawasan rumah akak di Kg Baru dahulu, kami mempunyai dua batang pokok rambutan. Satu rambutan masam manis yang tak lekang dan sedap dimakan bila masak ranum dan sedap digunakan sebagai bahan masakan. Arwah makcik akak iaitu makcik Ramlah akan memasak paceri rambutan dan jem rambutan bila pokok rambutan kami berbuah lebat.

Pokoknya yang besar dan rendang terletak di sebelah kiri pintu utama hadapan rumah akak. Memang redup dan sejuk sahaja kawasan tersebut. 

Akak rasa bahagia setiap kali terlihat bunga2 dan putik2 setiapkali ia berbuah. Kemudian ianya menjadi hijau, kuning dan merah. Subhanallah.. Mmg indah pemandangan itu.

Lagi sepokok buahnya masak lekang. Kami dahulu mmg guna ayat 'lekang' dan 'tak lekang' pada buah rambutan yg berbeza.
'Lekang' bilamana isinya mudah dimakan dan tidak melekat dengan biji rambutan manakala 'tak lekang' buahnya melekat antara isi dan biji rambutan. Rasanya pun berbeza.

Buah yg lekang selalunya manis manakala buah yang tak lekang ianya masam2 manis. ( sewaktu akak sdg describe rasanya siap keluar air liur teringat kelazatan masam2 manis buah rambutan yang tak lekang ).

Buah yang masak lekang selalunya ramai yang suka. Makanya sebaik pokok rambutan lekang akak berbuah, penyewa2  di kawasan rumah akak akan berebut2 mengambil buahnya. Memang taklama pemandangan buah rambutan lekang dipokok sebaik buahnya berwarna merah. Berbanding dengan buah rambutan tak lekang di hadapan rumah akak.. Buahnya bergayut hingga merah hitam pun masih banyak berbaki di pokok. Hanya yg pandai memanjat saja yang dapat merasa buah2 hujung begitu kerana mana2 buah yg mudah di capai dan dijolok sudah habis diambil. Hanya buah2 yg berada di kedudukan tertinggi dan hujung2 dahan sahaja yg tinggal.

Tapi jangan terkejut bilamana arwah mak akan memanjat mengambil buah2 yg dipucuk2 tertinggi setiapkali arwah adiknya makcik ramlah menyuarakan hajat nak masak paceri rambutan utk dimakan dengan roti canai pada keesokkan paginya. Arwah makcik juga pandai membuat jem rambutan yang sangat enak dengan buah rambutan kami itu.

Al-fatihah buat arwah mak dan arwag makcik.

Monday, January 18, 2016

714 ~ Nak tetejutkan tite.. Depa yg tetejut


Sahabat sama kelas dan sekolah akak nak buat surpriselaaa kenkononnya....
Datang berkumpul di Hospital Shah Alam pagi td...
Tengok2 akak takda kat hospital.
Talipon akak, tanya akak dimana... Akak kata kat rumah...

Depa terus nak dtg rumah.
Akak bgtau suami dan suami bantu ambil anak sekolah bermakna akak boleh keluar awal.

Depa bawa akak lunch di Shah Alam.


Selepas kenyang lunch kami ke Menara TTDI utk membeli cake yg tetiba jadi igauan akak iaitu Coffee Cheesecake dan chocolate tart yg dibawa oleh tetamu pertama akak dari Singapore jumaat lepas.


###
Tetiba lah pulak akak teringin nak makan ni.. Walhal mmg takpernah teringin makan cake.

Tp.. Depa buat coffee cheese cake dan chocolate tart bukan selalu. Tunggu 4 minggu lg...
Hah?!!!!
Sabau jer laaa

Akak yg tetejut ni.
Boleh camtu pulak?

Akak try strawberry cake akhirnya...
(Hopefully kena dgn selera)

Sunday, January 17, 2016

713 ~ Bertemu kembali kita.


Persahabatan itu memang indah.
Berbagai cara untuk ianya bermula dan terus terjalin.

Kami bertemu pertama kali waktu akak ke USS tahun 2010. Beriya-iya beliau berusaha mencari jalan untuk kami bertemu. Alhamdulillah. ALLAH permudahkan pertemuan dua keluarga di Scott Road, Singapore. Kemudiannya kami dijamu dengan Nasi Padang di Masjid Sultan, Kampong Gelam, Singapore.

Sekian lama persahabatan terjalin maka baru2 ini beliau telah Ziarah akak di Unit Dialysis, Hospital Shah Alam.

Hari Jumaat hari yang dijanjikan. Tetapi petang tu hujan. Namun begitu beliau tidak putus asa. Masih mencuba utk mencari dan datang bertemu dengan akak. Terharunya waktu beliau dah berada depan mata akak petang Jumaat lalu.


Anak bujang dan anak dara bongsu beliau. Makin besar dan handsome si abang dan makin ayu si adik. Makcik doakan agar Husaini dan Husna berjaya  di dunia dan di akhirat.

Buat ibunya...
Semuga ALLAH permudahkan segala urusan. 

Saturday, January 16, 2016

712 ~ Percubaan pertama..


Umuq dah 52 tahun
ALHAMDULILLAH

Dulu waktu tinggal di Melaka.. Bila petang akak sering pergi Klebang membeli Kuih Keria Antarabangsa.
Rasanya yg lembut-dikurangkan tepung dan disira menggunakan gula melaka... Boleh bayangkan kan? Kesedapannya dan ketagihannya nak pekena untuk minum petang...

Semalam akak teringin sangat. Belajar resepi dari mydearest dan terus keluar perintah minta Qeeb belikan keledek.

Balik kedai Qeeb minta akak lihat adakah betul apa yg telah dibelikannya. Kerana kedai runcit takda label makanya dia tak pasti betulkah keledek yg dibelinya kerana keledek, keladi dan kentang diletakkan dalam satu kotak.

Was-was juga rasanya.
Alahmdulillah. Betul keledek yg dibawa pulang. Terus terang akak ni pun tak pernah guna keledek dalam masakan atau rajin nak buat kuih. Itu yg anak2 pun tak kenal yg mana keledek dan keladi.


Rebus sampai empuk.

Then lenyek sampai hancur.

Then letak tepung sedikit sedikit. 
Sampai adunan tak melekat.


Bentukkan.
Waktu awal mmg cantik kecil comel. Kalau jual satu 25sen.
Bila dah masuk biji ke empat.. Mulalah besar dan kalau jual sebiji seringit.
Hahahahahahaahha.

Then gorengkan.
Pastu angkat ketepi.
Masakkan gula dan letak air.

Kacau2 sampai berbuih.
Sampai tak nampak air .. Masukkan kuih yg dah goreng .
Proses menyira berjaya.
Alhamdulillah.
Pernah mencuba menyira... failed.
Lansung tak pernah cuba sampai semalam.


Alhamdulillah.
Bila makan rasa lembut.
Tepung tak banyak kuih tak keras.
Alhamdulillah.

Umur 52tahun.
Masih belajar....

Thursday, January 14, 2016

711 ~ Dah tender tetap...


Pagi tadi waktu akak keluar nak selesaikan kerja2, akak dengan Qeeb terserempak dengan Pak Halim..(jiran pucuk bebuas). Olehkerana kali
Ini akak naik kereta yang dipandu oleh Qeeb, Pak Halim tak perasan kan akak.

Sewaktu kereta kami berseliseh depan rumah jiran.. Pak Halim siap turunkan tingkap bertanya dengan Qeeb.

" Tumpang tanya.. Yang mana satu rumah Doktor Kahar...?"
Akak nak ketawa. Isu rumah Doktor Kahar belum selesai rupanya. Patutnya Mak Mah dah bgtau 'Darlingnya' Pak
Halim rumah Doktor Kahar no 8.... Tapi akak assumed lepas berdarling darling tu, Pak Halim terus terlupa.. Ekekekekekekekeke

Qeeb menunjukkan rumah kami dan kemudian keluar dari kereta nak menyambut pemberian daun pucuk bebuas dari Pak Halim.


Kadang2 faktor umur juga mainkan peranan buatkan episod mencari rumah Doktor Kahar tak jumpa2.... Tak mustahil walau dah diberitahu.... Bulan hadapan bila beliau menebas pucuk2 pokok bebuas tersebut... Beliau masih akan tercari-cari rumah kami ataupun akan menyangkut plastik berisi pucuk bebuas di pagar rumah jiran sebelah akak.

Believe me Pak Halim
I've been there
Done that.....

Wednesday, January 13, 2016

710 ~ Tarikan baru tepi pantai Telok Mas


Selalu balik Melaka mesti makan ikan bakar. Ikan bakar dan kumpul adik beradik mmg dah lazim bagi kami bila sesekali dapat berkumpul.

Alhamdulillah
Baru2 ni berkumpul 2 keluarga adik beradik.
Abah cadangkan makan ikan bakar dengan asam pedas Ikan Sembilang.


Ikan Sembilang Laut yg baru ditangkap dibuat Masak Adam Pedas. Mmg terbaek.

Hidangan masak asam yg pertama mmg jadi rebutan. Order se bekas lagi. Mmg sedap rasanya.

Lainkali bila balik Melaka, ke sini pula nampaknya. The best Asam Pedas Ikan Sembilang Laut.

Saturday, January 09, 2016

709 ~ Akhirnya.. Stop Assuming...

 Tiapkali menjelang raya cina akak nampak buah ini banyak dijual..
Puas memikir nak masak apa lah buah ni..


Tetiba terbaca kat blog kawan sekelas akak masa sekolah.
Cara dia cerita tu mmg sedap hasil gorengan keropok dari buah tersebut. Tapi akak ni lagi kreatif.. Assuming nak kena kopek buah tu dengan bergetahnya.. Nanti baik tak baik getahnya warna merah melekat kat tangan. Payah nak hilangkan..
Pastu akak assume nak hiris dia guna pisau mesti messy. Nak pegang dgn buahnya bergetah warna merah melekat kat tangan...
Eeeeeeiiiuuuuu rak sanggup akak.

Bertahun jugalah akak dok 'assuming' buah ni. Bila nampak macam nak ambil dan cuba goreng sbb kawan baik dah kata sedap. Akak ni mana boleh orang  sebut ayat 'keramat' SEDAP ...... Usaha juga nanti mencari.

Hanya baru2 ini hati akak terbuka nak cuba buat juga bila kat Ecconsave dok jual buah 'Arrow Head' beserta dgn alat hiris ni..



Maka berbekalkan air lemon madu hangat secawan, akak mulakan misi mengopek buah ni.
Ajaib... Jari tak merah.
Getah pun takda.

So far so goood.

Akak dengan yakinnya sagat buah tu guna alat tu..


Hasilnya ianya jadi hancur.
Macamana nak goreng???

Akak guna pula cara hiris dgn pisau..


Bagus hasilnya...
Sekeping sekeping....

Dah kopek semua... Dan hiris.. Akak pi lumuq garam..
Patutnya JANGAN.
Nanti buah tu berair...

Bila goreng..


Walla.....
Mmg sedap.
Lemak2 dan masin macam kita goreng sukun muda hiris nipis2...

Itulah
Kadang2 imaginasi akak ni bahaya...


Selamat mencuba..

Thursday, January 07, 2016

708 ~ Kenapa?????

Kenapa ya...
Bila kita lapar..
Kita buat cucur bawang...
Pastu kena kopek bawang
Pastu bersihkan ikan bilis
Pastu ayak tepung
Pastu masak air panas
Pastu mesin semua bahan
Pastu cari kuali
Pastu letak minyak.. Panaskan...
Sampai masa boleh dah nak goreng cucur bawang tu....

Jika rajin..
Tumbuk bawang putih
Mesin cili kering
Letak gula
Letak air asam jawa
Pastu jadi sos cili resepi arwah makcik Ramlah...
Al-Fatihah...

Then dah masak satu pusingan
Kita masak lagi sebab mmg lapar
Kita pun makanlah gorengan yg pertama
Datang pula gorengan kedua..
Makan juga

Then kita kenyang...
Burp....

Adunan masih berbaki
Hendak tak hendak kita yg dah kenyang ni kenalah bangun... Goreng baki adunan tu...

Then selepas letak semua dlm minyak..
Kita pun duduk.
Selesanya...
Bekas adunan dah rendam..
(Cuma tunggu anak sulong bangun then tolong basuhkan)

Pastu taklama tu terbau hangit
Oooooooooooooooopppsssss
Baru teringat
Cucur bawang masih ada lagi atas kuali...

Haaaaaaa
Inilah jawapannya kenapa cucur bawang yg last sekali mesti hitam....


Sikit lagi nak hitam....
Kalau hitam.. Mmg takda entry ni....
Ekekekekeke

Tuesday, January 05, 2016

707 ~ Kerana terlalu selesa....


Sebenarnya akak menumpang dialysis selama 2 bulan di An Nafis, seksyen 3, Bandar Baru Bangi dengan keadaan yg sangat selesa. Sehinggakan akak terlupa nak buat entry sewaktu dialysis di sana. Walhalnya, tiapkali akak dialysis di luar (selain dari Unit Dialysis Hospital Serdang)... Mesti akan ada entry sebagai tanda ingatan untuk kenangan akak nanti bila memori dah lupa-lupa.

Apabila kami pesakit diarahkan berpindah ke Unit Dialysis Hospital Shah Alam, suami akak mencadangakan agar akak mencari tempat dialysis kendalian syarikat swasta yang ada di sekitar Bandar Baru Bangi. MA Haji Mulok memberi satunama pusat dialysis swasta yang ada berdekatan dengan rumah akak.

Akak terus pergi bertanya pada seorg  petugas pusat tersebut. Beliau amat bertimbangrasa dan berjanji akan membantu dan berpakat dengan pesakit shift pagi andai ada pesakit yg sanggup beri akak shift pagi dan ambil
Shift tengahari. Alhamdulillah.. Setelah berbincang dengan pesakit tersebut, beliau berjaya mendapatkan akak slot pagi.

Lalu sejak bulan November 2015, akak memulakan rawatan dialysis di An Nafis dengan selesanya. Dahlah berdekatan dengan rumah, bila selesai nak ambil
anak sekolah pun amatlah mudah.

Tiba2... Sabtu 2hb Jan baru ni...
Petugas di Pusat An Nafis bgtau akak bahawa pesakit yg memberikan akak slot pagi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu telah mahu kembali slot beliau atas sebab2 peribadi.

Yang tinggal hanya slot kedua pukul 1130-330ptg setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

Akak masih mempunyai 2 org anak yg sekolah. Perlu di hantar dan diambil. Jika biasanya shift akak memang waktu pagi  800-1200tghari di Hospital Serdang... Akak mudah hendak menghantar dan mengambil anak sekolah. Slot pkl 1130pg -  320ptg mmg tidak sesuai.

Bincang dgn suami... Akak perlu mahu atau tidak buat dialysis di Hospital Shah Alam kerana disana ada shift ketiga iaitu pukul 430ptg - 830mlm.. Shift pagi memang dah tiada olehkerana awalnya  akak dah memilih utk dialysis di Pusat Dialysis swasta.

Syukur Alhamdulillah.
Sebaik dapat berita begitu terus akak hubungi Penyelia Ketua jururawat Sister Rodiana. Dengan kadar segera akak dapat tempat.

Jadinya..
Tak sempat akak nak berselfie2 di Pusat Dialysis An Nafis bersama dengan staffnya. Kerana dalam keadaan selesa yg amat memikirkan masih ada sebulan dua lagi akak akan dialysis di sana. Mana nak menyangka rezeki akak sementara jer di situ dan tertulis pula rezeki akak di Hospital Shah Alam walau dah cuba mengelak.

Disini ingin akak rakam setinggi2 penghargaan buat petugas yg bertugas merawat akak iaitu SN Ct, SN Ikin, SN Shikin dan SN Ina. Budi mereka akan akak kenang hingga akhir hayat. Rasanya nanti bila2 akak singgah dah ambil gambar dengan mereka. Terasa rindu juga dengan mereka.

ALLAH Maha Mengetahui.
Kita hanya boleh merancang....ALLAH dah tentukan. Macammana elakpun.....
ALLAHUAKBAR....
Insaf rasanya.



Monday, January 04, 2016

706 ~ Berpindah ke Shah Alam...


Unit Dialysis Hospital Serdang telah ditutup sementara waktu sejak bulan Nov.

Pesakit diarahkan buat rawatan dialysis di Hospital Shah Alam. 
Memikirkan jaraknya yg jauh dari Bangi utk berulang ke Shah Alam iaitu kira2 50km... Akak telah membuat rawatan dialysis di swasta di Bangi.
Petugas telah membantu mengatur jadual dialysis akak agar dpt shift pertama kerana akak perlu ambil anak pulang dari sekolah.
Ada pesakit shift pertama telah bertolak ansur berikan akak slot shift pertama dgn sanggup mengambil shift kedua. Tapi asalnya akak katakan hanya 2 bulan buat rawatan di situ.

Sabtu baru ni, sudah 2 bulan akak buat rawatan di swasta, petugas beritahu pesakit tersebut mahu kembali slot shift pagi kerana janji akak hanya 2 bulan.

Akak faham. Pesakit yg sanggup beralah selama 2 bulan itu pun dah banyak rahmatnya akak rasai. Petugas dialysis bgtau shift yg akak boleh ambil ialah hari isnin/rabu/jumaat pkl 1130pg.
Tempat itu tiada shift ketiga. Jika ada mmg akak akan ambil.

Akak perlu ada waktu anak balik sekolah pd pkl 130 dan 145pm. Bahaya biarkan anak menanti di sekolah hingga 330pm.

Jadinya dgn segera akak hubungi Sister Diana untuk mendapatkan shift ketiga di hospital shah alam.

Alhamdulillah...
Dengan segera jawapan diterima dan akak dapat slot shift ketiga. Sempat akak ambil anak dari sekolah dan terus pergi dialysis.

Ptg ahad, suami bawa akak mengenal route ke hospital shah alam. Ambil masa selama sejam jugalah dari Bangi ke Shah Alam.

Semuga ALLAH pelihara kesihatan akak sepanjang akak berulang alik ke shah alam.

Aamiin. Ya Rabbal Alaamiin.




Sunday, January 03, 2016

705 ~ Dah selamat dah....


Sabtu baru ni kami sekeluarga balik kampung. Lama sungguh dah tak balik kampung. Anak akak no 3 punyai kelas tuition sejak minggu pertama persekolahan hingga ke minggu akhir. Selama 6 minggu dia tuition dari pukul 8pagi hingga 530ptg.

Hanya pada minggu akhir ni baru kami dapat pulang ke kampung sempena majlis kenduri sambut menantu sepupu kami.

Alhamdulillah. Dapat bertemu sanak saudara. Mmg menyeronokkan.

Sebaik sampau dirumah.. Suami akak bercerita sebelum balik ke Melaka, beliau sempat menyorokkan Laptop Surfacenya ditempat selamat.

Tapi...

Masalahnya...

Beliau pula terlupa dimana beliau menyorokkannya....

Aduhai.....selamat selamat dah..tapi dah lupa dimana....


Habihtu... Cammana?????