Wednesday, April 22, 2015

748 ~ Baru 3 hari.....


Semalam akak dgn geng pergi sarapan dirumah Ustazah Aslina. Kebetulan lg 2 org sahabat akak belum sampai rumah Ustazah Aslina yg baru.

Bertemu di rumah Datin Marina...
Datin Marina membawa kereta barunya.. Perjalanan yg akak ambil masa selama 50minit utk tiba di rumah Ustazah Aslina menjadi hanya 30minit sahaja bila dipandu oleh Datin Marina.

Tiba di rumah Ustazah, kami dijamu dgn nasi lemak dan teh tarik dan kopi o. Mmg sdg lapar, mkn pun laju jer. Kebetulan minggu hadapan hari ulangtahun kelahiran Datin Marina, akak bawa kek utk beliau.


Ustazah Aslina sudah mengemas rumahnya kira2 90%. Mmg cekap. Deko yg cantik dan sgt mengagumkan. Jika akaklah... Masa 3hari tu hanya dpt kemas 10% sahaja. Pernah akak pindah dari KL ke Melaka, masih terdapat kotak2 yg tidak dibuka lg sehinggalah akak pindah ke Penang, kotak itu hanya dibuka waktu di Penang.
Tiapkali tamu datang, akak dah bersedia dgn dialog..
" maaf ya.. Set cawan dan teko tak dpt keluarkan sbb masih dlm kotak.."
Jadinya tetamu dihidangkan menggunakan cawan campur2...


Sempat bergambar kenangan.
Entah bila lg dpt bersama....
- minggu ni jumpa lg di majlis perkahwinan anak Ustazah di Senawang.
Minggu depan pun ada plan nak bertemu...
Hihihihihihi
Ustazah ni mcm tak pindah jer ni....

8 comments:

  1. Inilah namanya jauh di mata dekat di hati... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah kakcik
      Kami ni mcm tak jauh
      Hari ni nak jumpa lg...
      Rasanya lg kerap dari duduk berdekatan dulu..

      Delete
  2. Seronok bila dapat berkumpul macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle
      Betul uncle. Akak mmg suka jumpa dlm skala kecil begini. Senang nak layan...

      Delete
  3. Memang cekap sungguh la ustazah mengemas.. minggulepas pindah minggu ni dah siap 90 %
    makchaq macam Rahmah jugak.. masa kami selalu pindah randah dulu, memang barang banyak yang tak buka.. bukak yang penting ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya makchaq.
      Ustazah ni mmg cekap bab mengemas. Cantik sungguh hasilnya.

      Delete
  4. Replies
    1. Jauh lebih baik dari akak.
      Jika akak.... Bertahun....
      Mmg bab mengemas dan menghias tiada dlm minat akak. Sebab tu jarang ajak tamu...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata